Saban tahun mesti ade perbezaan pendapat tentang hukum sambutan hari ibu. Tiap-tiap tahun jadi isu. Kalau hari valentines tu ye lah ramai orang yang paham..aku jugak yg x paham2. Sambut jugak. Memanglah, sebab tu harijadi lakiku. Hueh3! Dah tua2 ni takde la nak sambut sangat pun, cuma bagi hadiah je.
Balik ke pangkal jalan nak cerita pasal hari ibu. Sudahnya orang tak paham2 jugak hukum sambutan hari ibu yang sebenarnya. Termasuklah aku! Tak paham jugak hokey. Dalam tak paham2 tu aku tak sambut pun. Reason? Aku tak tau pun tarikh hari ibu tu bila. Wahkaka. Siyes.
Seorang hamba Allah nak ucap hari ibu hari ahad. Dia dengar ustaz cakap ucap/sambut hari ibu = haram. Dia tangguhkan nak wish pd hari selasa. Isnin mak dia koma, selasa mak dia dijemput Allah SWT. Dia agak terkilan dan sangat marah dengan ustaz tersebut.
Persoalan...kenapa nak tunggu date hari ibu tu baru nak call/wish kat mak? Kenapa tak hari2 sebelum tu? Apatah lagi bila mak sakit. Aku rasa andainya kita selalu call ibu tanya khabar, skali seminggu ke, 2X seminggu ke, 3x seminggu ke atau tiap2 hari ke atau 2minggu sekali ke. Tak kisahlah janji kita selalu tanya khabar ibu,bapa sendiri. Kalau kita buat macam tu mungkin....mungkin kadar keterkilanan tu kurang terasa.
Saya menulis bukan atas dasar saya masih tinggal dengan ibu. Bukan sebab itu. Saya memahami keluhan rakan2 yang berkerluarga dan tinggal berjauhan dari ibu bapa. Saya pernah juga berjauhan. Seawal umur 13 tahun saya sudah berpisah. Masuk sekolah asrama di negeri berlainan. Hampir setiap kali bila bas akan bergerak tinggalkan mak dan negeri tumpah darahku, saya menangis. Perasaan bagai disiat-siat saat melambai mak. Maka menangislah saya seiring dengan bas bergerak. Kat asrama, selalunya public phone memang selalu ada penggayut. Kalau tak ada orang tu maknanya phone tu tak boleh gunalah tu. Wehu! Bila ada peluang, saya akan call mak.
Tiba2 teringat pasal kawan asrama. Malam tu dia kol mak dia. Dia ckp wiken tu rasa nak balik. Kuantan-Jengka tak jauh mana. Tapi, mak dia nasihat, tak yah la balik. Dia taat. Dia tak balik. Pg esoknya, saya cari dia kat dorm dia, dia takde. Ahli2 dorm dia bgtau dia balik kg. Mak dia meninggal sebelum subuh hari tu. Ya Allah!! Ada yang bagitahu masa kawan saya ni dapat panggilan dr ahli keluarga, kawan saya menangis kuat sangat dengar sampai atas. Sedih tak terkata. Sangat2 sedih tak dapat nak tahan.
Lepas abis skolah menengah, saya matrik pulak di negeri lain. Melaka. Jauhnya dari Terengganu. Oho! Demi pelajaran saya okay saja. Saya redah. Matrik tak lama. Setahun lebih2 sikit je. Dekat2 nak habis matrik, maka isilah oleh kami borang-borang UPU. Saya terdetik untuk memilih kampus di tanahair sendiri untuk sambung pengajian. Orang ikut minat, saya ikut tempat. Wehu! Maka pilihan pertama saya adalah course software engineering kampus by the sea. Kenapa software eng? Kenapakah? Ingat senangkah? Saya tahu ia satu cabaran sebab saya sudah belajar asas programming semasa di matrik. Sebab itu saya yakin untuk teruskan juga walaupun saya juga ader minat dalam bidang2 lain tapi pada masa tu saya tak nampak peluang. Dengan izin Allah pilhan pertama saya sangkut. Alhamdulillah, dekat dengan mak. (Sebenarnya jarang balik rumah sebab bz konon dengan course.) Kampus hanya beberapa minit dr rumah sista #2. Jd, cuma sering muncul di rumah kakak je, buat aktiviti haru biru kat situ macam main bakar2 ayam..bbq.
Selepas berakhir 3 tahun pengajian, saya cuba2an bekerja dengan kompeni oil n gas kepunyaan kwn baik abang ipar di kemaman. Bermula kembali episod berjauhan dari mak. Maka tinggallah saya dengan sista #3, selama 8 bulan. Saya dah bosan hidup di Kemaman, saya mula mengorak langkah ke kota metropolitan. Saya nekad untuk kejar cita2. Bukan company sekarang menyekat cita-cita saya tapi saya tak dapat 'feel' kerja yang saya nak.
Hiduplah saya di Kajang. Tak jauh dari rumah abang #5. Pun tak ada feeling sebab sunyi hidup di Kajang. Tak best. Bila dah bosan, saya nk break bekerja dan sambung belajar. Nah, hiduplah saya di tengah2 kota kuala lumpur. Beberapa minit jalan kaki dari KLCC. Menyewa bilik sama dengan kawan Terengganu, yang sama2 matrik di Melaka dulu.
Lps tu dapat praktikal di Shah Alam. Nah kau, makin jauh. Tapi dekat dengan rumah abang #9. Tinggal dengan dia.Habis praktikal dapat kerja di bangunan yayasan selangor, tak jauh dari HKL. Walaupun tinggal dengan family abang, saya semakin merindui mak, rumah, negeri sendiri. Apatah lagi mak saya hidup sendirian bila kakak-kakak semua bertemu jodoh. Saya sebagai anak bongsu mula panas punggung memikirkan semua ini. Saya mula merisik-risik kerja di tanahair dari kenalan2 lama. Dalam seminggu, ader la dalam 3X saya akan call mak. Saya akan cerita atau cakap apa saja. Saya tak kisah atau berkira berapa banyak duit untuk kredit, yang penting saya dengar suara mak.
Oh! sungguh dan serius director dan manager enggan lepaskan saya pulang bekerja di tanahair. Ah! Tak kira, saya terpaksa, Rezeki dah datang, saya kene pulang ke pangkuan mak. Bila dah hidup dengan mak, tak kiralah hari apa pun, kalau saya nak bagi hadiah, saya tak tunggu harijadi mak, atau hari ibu. Bagi saja bila2 pun. Sebulan skali bila dapat gaji. Apa yang saya amalkan ialah saya cuba penuhi apa yang mak saya harapkan. Ala, bukan benda2 bsr pun..
Tahun ke2 saya bekerja di negeri sendiri, pd satu pagi saya dpt sms dr kwn baik sejak sekolah rendah.
"Ida, mok aku ninggal doh..".
Mata saya terbeliak baca sms tu. Terngiang-ngiang suara mak dia time kitorg lepak2 rumah dia masa abis waktu sekolah. Saya terus kol kwn ni. Saya ajak sorg kawan ofc pergi melawat jenazah. Sampai2, muka kwn saya sembab, bengkak, mata merah, dia tengah mengandung 7 bulan anak pertama..
"Ida, dok dang mok aku nk tgk ank aku..."
Oh! Azura...(sesungguhnya kesedihan ini tak mampu buat aku berkata-kata lagi.). Saya hanya mampu menggosok-gosok belakang bdn dia. Kami masuk baca Yasin. Dia pun baca lagi sama2 saya dan kawan office. Time saya baca, saya tak dapat nak tahan sedih. Menangis dalam diam, takkan saya nak menambahkan airmata kawan baik sendiri. Sebelum kami berpisah untuk kembali ke pejabat, tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan. Waktu bersalam, saya hanya memandang matanya dalam2, sayu, redup. Perkataan sabar bukan lagi terbaik dan tidak cukup untuk saya ungkapkan. Saya peluk dan gosok2 lagi belakang dia.
Sesungguhnya kawan2 baik saya sungguh kuat dan tabah. Sebab itu Allah uji dengan ujian berat. Dan Allah menggantikan dengan nikmat yang lain pula.
Berbalik ke topik asal. Jadi haram ke tak sebenarnya sambutan hari ibu ni? Entah.
Pada pendapat saya yang hina dina tak pandai agama sangat ni, sebelum sambut hari apa2 pun, kita kene tahu sejarah dulu. Kalau date tersebut takde sangkut paut dengan agama bukan Islam, its OK. Else, janganlah tebeng. Takot tersasar akidah. Jangan kerana nak menghargai ibu sampai akidah terpesng. Ingat, niat tidak menghalalkan cara. Dan tak ade darurat pun yang menyebabkan kita kene jugak hargai hari ibu ON THAT DATE kan. Banyak lagi hari2 lain kalau nak ambik bulan yang sama pun. Saya malas nak research pasal date hari ibu tu. Keluarga saya sambut juga kebetulannya bukan pada date tersebut, tapi asalkan ibu kami berkunjung ke daerah anak2 anak tinggal. Jd, mereka ambik kesempatan utk raikan. Sambut hari ibu tu tak ada salahnya bagi saya namun membesar2kan tarikh itu mungkin jadi masalah akidah SEANDAINYA tarikh itu berkenaan sejarah yang jauh dari agama kita.
Jump to conclusion, tak perlu nak tunggu date hari ibu (yang dicipta/ditentukan oleh org bukan Islam) tu, pilihl a hari lain mana2 hari yang kita suka, kene dengan masa lapang kita dan kita sepakat dengan ahli keluarga, adik beradik untuk meraikan mak kita. Kaaaan?
No comments:
Post a Comment