Mula mencatat gerakan baby

Assalamualaikum readers(dgn mood perasan mcm ramai jer readers blog ni),

Saya ada tulis draft blog pasal pola pergerakan baby saya. Tapi belum post. Masuk 28 weeks, dah kene mula catat/kira pergerakan baby dalam buku pink. Kene cukup 10X dalam sehari antara jam 9am to 9pm. Dengan kadar excited dan confident yang tak terkawal, saya dah start kira hari Jumaat konon2 dah genap 28weeks ikut perkiraan saya dari awal. (Macam lah dah cukup ilmu nak mengira kan..). Gerak sikit, catat, rasa gerak sikit, catat. Sudahnya jam 11am dah dapat 10 gerakan gituh. Hamboi pandai beno ngko Ida..Cukup  2 hari catat, hari Ahad tu time utk g check up. Nurse tengok saya dah catat tu, diorg tanye la mana tahu cara nak catat ni, kabo la kawan ajor. Nurse gelak2 cakap advanced nye la tanyer kawan, ada jugak patient sebelum ni buat gini. Nurse yang comey tu bagitau la, kalau baby gerak 1 pusingan baru catat 1X gerakan.

Aaaaper?? 1 pusingan (samesoult??) Mana la nak tau dia buat pusingan ke buat u-turn jer kan? Dah tak nampak kat dalam. Hati berbisik. Jenis malas la nak tanya soalan2 lawak time2 gini, haha. Cuma..aaa..aaa kan je lah. Konon mcm dah tau sangat. Pendek cerita, kiraan 2 hari tu tak bley pakai. Lepas check up tu baru saya surf2 cara nak kira pergerakan baby. Baca forum, blog. Rasangan dah faham dah. InsyaAllah. Bila tanya pengalaman kawan2 even kakak sendiri, diorg mesti cakap; Ala..kadang2 ngelat jer..dah kadang tu time bz mmg x perasaan pun. Main agak2 jer. Saya pun tak bley nk over confident jgk dpt kira btl2 memandangkan sekarang tgh bz develop system. InsyaAllah cuba yang terbaik demi anugerah Allah yang mahal tak terhingga ni.

Bila kat office, saya teragak-agak untuk bukak n catat kiraan tu ats meja kerja walaupon pengalaman ibu2 lain selamba jer buat mcm tu. Sebab? Rakan kerja saya masih ber-TTC. Saya pernah berTTC, dah saya sebolehnya tak nak lukakan perasaan dia. So, dlm smggu jgk saya x kira dlm buku pink terus. Saya catat masa gerakan dalam buku kerja dulu. Cukup 10X dalam sela masa berasingan, balik rumah baru lah saya catat dalam buku dan waktu terakhir gerakan ke10. Weeks seterusnya, saya mcm rsa leceh bila kene tulis masa dan buat pulak analisis sela masa tu nak kira as 1 gerakan ataupun tak. Konon2 dlm mood dah terror sikit la nak kira. Sebelum staf2 lain sampai, saya keluarkan buku pink dah bukak siap2 kat page kiraan tu, then saya tindih dengan buku catatan kerja saya. Tiapkali baby buat movement, saya angkat buku kerja dan catat kat buku pink konon2 tanda something yang berkait dengan kerja, dengan harapan kawan TTC saya tak perasan dan terlindung skrin laptop dia. Harap2lah kan.

Kadang2 memanglah terasa risau bila terbaca dalam forum ada yang kes kene czer awal disebabkan gerakan baby x cukup 10X, ada kemungkinan ada masalah kat dalam(tak sanggup nak tulis). Maknanya kiraan gerakan baby SANGAT PENTING dan jangan buat sambil lewa. Pesanan untuk diri sendiri terutamanya. Saya percaya mommies kat luar sana lebih expert dari saya. ;)

Malam tadi, baby saya agak active masa saya baru nak menidurkan diri. Walhal jam 10.30pm dah ngantuks. Tapi, sebab baby duk main2 laama pulak tu, so layankan jer lah, saya pusing kiri kejap pusing kanan untuk selesakan dia. Mayb lebih setengah jam jugak dia duk main2 buih kat dalam. Lepas hubby kol dari KL, entah pukul berapa saya terlelap. Pagi esoknya, baby 'bangun' awal. Saya suka sebab ia tak merisaukan saya. Tengah cakap2 dengan SIL, saya tergelak sebab geli. Baby geletek mama belah kanan dekat dengan pinggang mama. Hari ni sepanjang hari baby buat movement dengan seragam, veen sekarang pun dia masih tendang2 lagi. Saya cuba jugak la raba2 nak kenalpasti anggota apakah yang terjojol, haha. Memang kdg boleh rasa la tapi tak sure part apa. Main teka-teka je. Kalau kuat sangat tu,mayb kaki la kot yg menendang.

As per my plan, mama(mama pulak??) basuh sikit keperluan baby; tuala 2 helai, bedung aka selimut 2 helai, lampin sehelai. Tu jer? Yer..sebab tuala tu besar dan tebal, so besen baby dah full. Lagipun mama tak sempat la sayang, dan lagi pulak kebetulan hari mendung. Tengok cuaca esok pulak okay. Jika cuaca cerah, mama akan teruskan misi basuh baju2 pulak atau sebahagian mitten n booties. Tengok la mana yang penting2 dulu. Ape pun, mama dah kene stamby sedikit sebanyak yang perlu in case je la kan. Hopefully, tak de la kecemasan terlalu awal.

Hari ni jugak mama sempat kemas bahagian atas tempat mama kumpulkan keperluan baby. Biar ruang ni cantik dan cute, tempat mama solat, iron baju dan juga guna laptop. ;) Tinggal sikit je lagi nak settle. Tak larat jugak nak turun naik tangga banyak kali bawak turun sampah bagai. Lagipun lately, rasa macam tegang bahagian bawah perut dan rasa nak terkucil jer. Sampai satu tahap, mama dah tak boleh sangat nak tidur tingkat atas. Sebab tu nak kemas sekarang. Siap hias dengan 2 ekor ikan. Gambar nanti akan disertakan kemudian. Malas lagi nak transfer. Sebenarnya impian nak bela ikan guppy ni dah laaaaama. Beli akuarium dah laaaaama. Beli batu cantik2 dah laaaaama. Tapi ikannya tak beli2 jugak! Hari ni dah nak jadi rezeki mama, SIL hadiahkan jer ikan2 tu. Ah, suka!!! Semoga mama rajin nak jaga.


2 comments:

JayFarhana said...

hi! wah bestnya dah nak deliver dahh...oo mmg kena catit pergerakan baby ehhh? (naive gila takde experience) hope u'll deliver a healthy n gorgeous baby soon! :)

Unknown said...

hehheh, thanx Jay, for the Doa. fuh, nervous jgk mikirkan nk deliver. nk kene telan minyak hari2 bg licinkan jln.
Jay dah buat buku pink kan? ada bahagian blkg2 tu, kene catat gerakan baby biar cukup 10X dlm msa 12jam. Sblm peknen xtau jgk, pastuh nmpk kakak catit, pastuh nmpk kwn ofc catit.
Nnt leh lah Jay mengira bila dah sampai 28w! Happy pregnancy!!