29 weeks - babycenter |
Approaching 29 weeks. 79 days to go (based on pregnancy ticker). Maknanya posisi kepala baby dah berada di pintu serviks? Patutlah mama rasa tendangan2 padu kat bawah dada tiap masa. Kuat betul, kadang rasa macam terhinggut-hinggut je tubuh mama. Nak-nak kat office, sampai stop buat kerja and peratikan gelagat si kecil. Hopefully, xde officemate(s) yang perasan.
Sebenarnya mood untuk membeli-belah barang baby macam down sikit. Sebab dah fikirkan perkara lagi ke depan. Sebenarnya mood panic dah melenggang datang...Mana taknya, bila orang tanye je dah baper bulan, lepas jwb tu sure diorg akan cakap..ooo x lama lg dah!
Dush!!
Mula la tak sabar nak tunggu weekend untuk basuh seme pakaian baby. Sebelum ni siap tanye nurse, week ke berapa nak kene basuh sampai nurse muda tu tergelak! Jawabnya tak kesah bila2 pun. Dalam hati, oooo ingatkan week 30 ke atas. Bendul wallurus betul saya rasa. So, malam bru ni dah jalankan misi unpack seme pakaian yang dah beli tu sambil suami mengadap kelakuan dan kerakusan isteri buat aktiviti tu. Huwaa..sebab packing nya comel-comel sayang la pulak. Menimbun la plastik. Memandangkan ni masih musim cuti sekolah jadi, saya belum ada 'privacy time' untuk buat semua kerja2 excited ni.
Check list;
- Kene basuh pakaian baby - sort - simpan.
- Ke rumah bidan
- Air selusuh
- Homopati - selusuh
No comments:
Post a Comment