Sebagaimana yang kita tahu dan praktikkan lebih-lebih lagi di zaman IT ni, sesuatu perkara yang baik wajar dikongsi. Lebih sedap lagi jika saya kata wajib dikongsi. Adapun jika perkara itu tidak memberi kesan kepada diri sendiri, mungkin ia akan memberi kesan kepada orang lain jika pun orang lain itu ikhlas menerima sebarang kebaikan dari sebarang sumber tanpa ada rasa apa-apa. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikan dariku walau sepotong ayat". Jadi, amat murni hati bagi yang menyampaikan kebaikan apatah lagi berpesan-pesanan.
Namun, hati dan otak malahan nurani kita tidak pernah dijadikan oleh Allah SWT sudah sedia penuh. Melainkan kita MENCARI dan MENDAPAT ilmu tersebut dari sumber-sumber tertentu. Mungkin secara percuma atau berbayar. Apabila kita mencari/mendpat maklumat daripada sesuatu sumber, kita juga tahu sumber itu juga bergantung kepada sumber yang lain selain dari hati dan pendapat orang itu sendiri itupun berdasarkan pengalaman dan ilmu yan dia ada. Kadang-kadang ilmu itu mereka dapati dengan cara yang susah. Dan mungkin didapati dari tempat yang jauh. Dan setip milikan seseorang(termasuk ilmu) wajar dihormati oleh kita.
Jika kita memetik kata-kata seseorang, lebih manis jika memaparkan siapa yang mengeluarkan kata-kata hebat seperti itu, nescaya baru lah orang akan percaya dan menilai. Jika terlupa pun manakah sumber yang kita cedok, cukuplah sekadar menyatakan sumer secara general sama ada dari blog/forum/ceramah/buku dan sebagainya. Itu menunjukkan ia bukan lahir dari hati kita secara original. Itu bukan bermakna tuan punya sumber tidak membenarkan dikongsi-kongi begitu malahan mereka berbangga dan gembira apabila perkara kebaikan disebarkan, namun lebih manis jika dengan etika seppatutnya lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan harta intelek/idea.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment