Fuh! Mood semakin malas nak mencoret sesuatu di sini.
Rupenye perasaan emo yang maha berat dikandung dikendong selama ini adalah pre-mentrual simptom.
Mana taknya, sejak keguguran bulan 6 yang lepas saya hanya dikunjungi miss period slps 6 mggu cycle.
Satu cycle yang maha panjang bagi saya.
Tepat 6 minggu.
Masih stabil? Tapi cycle sebegitu adalah bermasalah.
Lantas, tanpa putus asa saya consume dengan minum HPA Moments dan GLA Shaklee.
Itupun baru setengan bulan.
Dengan izin Allah SWT, tepat 4 minggu Miss Period kunjung tiba dengan bergayanya.
Orang TTC menangis bila period muncul setiap kali.
Saya memilih untuk cuba bersyukur, kerana cycle kelihatan pulih.
Ya, saya mahu hanya 4 minggu. Bukan lebih.
Misi yang pertama ialah memulihkan cycle period.
Banyak jalan usaha yang perlu dilakukan untuk 1 tujuan ini.
Tapi saya perlu kuatkan jiwa untuk KURUS, slim. Macam dulu-dulu.
Zaman kegemilangan ketika bujang.
Boleh jika yakin dan tekad.
Tapi saya sudah 'terbeli' 1 produk tersohor.
Tunggulah jika ada hasil, akan saya buat testimonial, itu pun jika rajin dan teruja.
Baru 3 hari.
3 hari yang masih success.
Nampaknya kene beli penimbang yang baru.
Penimbang lama mungkin menipu.
Buku sukatan makanan pun dah jd mobile.
Perlu dicatit setiap makanan yang masuk ke mulut, perut.
Diet Level 1: Durasi 2 minggu
1. Tidak makan malam.
2. Elakkan minuman bergula, sekali sehari sahaja.
Diet level 2: Durasi 4 minggu
1. Pagi: Berat,
2. Lunch: 'jus kurus'.
3. Petang: Nasi 1 senduk dua.
4. Malam: Ringan.
5. Usahakan minum air 0 lebih.
Diet Level 3:
Belum buat perancangan.
Mungkin, 'pil herba kurus' yang diidam-idamkan selama ini pulak. Tunggu.
Silap2 haribulan I pegi sambar clomid. Yo!
Kerja:
Meeting terbaru agak 'open'.
Sesiapa boleh membebel semahunya.
Oh, saya suka ambil peluang tu. Haha!
Si pengerusi harus tadah telinga.
Tapi, dengan pengerusi-pengerusi sekali terkena tempiasnya. Ahaks!
Bila kene buat dokumentasi jer, mood mengantuk dan boring akan menerpa.
Lama dah saya tunggu mereka2 tu beri sample dokumen tender yang dah comlete.
Tapi, hampeh.
Hari ini tender pertama bahagian saya sudah siap.
Sudah submit.
Masuk tender ke-2, kembali termenung dan mengeluh banyak kali.
Where to start?
What to write?
How?
No guidance.
Macamana mahu menang?
Kelas:
Yeah! Esok bermulalah satu lagi kelas tambahan.
Kelas jahitan baju melayu.
Bertempat di pusat giatmara marang (Bukit Payung).
Sepatutnya kelas itu adalah kelas jahitan blouse, pilihan saya - orang yang agak gilakan blouse.
Tapi dapat kelas jahitan baju melayu, takpe, tetap bersyukur.
Impian nak belajar menjahit secara formal akhirnya datang depan mata.
Semoga Allah izinkan saya belajar dengan berjaya.
No comments:
Post a Comment