Duhai hati, tabahlah! Himneja Ju Yu Rin..;)

Hmm, dah lama saya tak menulis dengan feeling2 pemenang anugerah nobel.
Okay, ayat awal dah merapik meraban.
Seronot melayan blogger lain menulis kisah masing-masing. Penuh tulus.
Baru sajer siap berurusan dgn mudah.my.
Oh! Saya mahu let go henpun baru saya.
Biasalah, saya. Cepat bosan dengan barang-barang.
Dengan orang? Tak kot. Heh heh.

Entry lepas saya tulis intro pasal tekanan emosi yang saya rasa.
Hormon wanita meracau kot.
Saya jarang jadi begitu.
Dan saya amat bencikan perasaan sebegitu.
Oh, saya rasa ini ada kaitan dengan jerawat besar yang tumbuh di pipi kiri.
Surut di sana, ia muncul di dahi. Surut di situ, sekarang sudah terjah di kanan pula.
Ni lah yang membuatkan saya benci pada diri sendiri.
Tapi, saya manusia biasa.
Yang punyai gejolak rasa.
Yang kesekian saat dan minit saya sudah sebaik mungkin mengawalnya.
Mengingati Dia.

Perasaan tu bermula sejak minggu lepas lagi, ketika suami out station ke Kedah.
Ia tambah parah selepas saya berkomunikasi dengan seseorang kawan.
Okay, saya berfikiran positif.
Sebab saya rasa Allah beri saya sdkt 'kekuatan'.
Selama suami di Kedah, ada beberapa ujian menimpa.
Tapi anggap diri saya kuat dan saya tidak mahu mengadu-ngadu.
Saya anggap itu antara saya dengan Allah sahaja.

Satu pagi saya rasa sangat sarat.
Hanya sehari bertemu suami, kemudian dia perlu ke Perak pula 3 hari
Itu bukan pokok pangkalnya.
Tapi, entah kenapa, ada sesuatu dan sebenanrnya banyak yang menusuk fikiran.
Ianya bersimpang siur-bertali arus.
Ada 2 sms yg saya karang kepadanya.
Tapi hanya sms ke3 yang muncul di inboxnya.
Saya minta maaf kerana beberapa kali tidak sempat menjawab panggilan.
Tambahan pula saya tidak mahu dia mendengar suara saya ketika saya dirundung kecamuk.
Biarlah saya gundah sendiri.
Saya tidak berhak untuk mengheret insan lain bersama perasaan saya.
Sudah la si dia sibuk, tidur pula tidak cukup, makan pun bukan seperti biasa.
Manakan saya perlu menambah perkara-perkara tidak enak.
Mereka hanya perlu dijamu dengan perkara gembira dan menyenangkan hati.

Untuk hari-hari seterusnya, saya sudah mengatur beberapa perkara yang dikira boleh mengalih perhatian terhadap hal yang lebih menceriakan.
Semoga ia berkesan.

Dan mungkin juga buku ini boleh membantu..

InsyaAllah...
Duhai hati, tabahlah.




No comments: