Perempuan yang tidak manja itu...

Saya memilih untuk melakukannya sendirian. Dan saya bangga saya berjaya. Setiap yang berlaku mempunyai pengajaran dan semangat di dalamnya.

Pagi itu, saya keluar semula untuk ke kedai fotostat. Kebetulan rumah ada tetamu, keluarga ibu saudara dari Kuantan. Jadi depan rumah full of cars.

Jadi, saya kene keluar mengudur melalui selekoh yang agak tajam melalui longkang sederhana besar.

Fakta:
Selekoh tajam.
Longkang tak kecik, tak besar sangat.
Keluar secara undur.

OK. Sila imagine. Macam mudah. Tapi saya suka mencuba.

2X adjust position, akhirnya halangan berlongkang berjaya dilepasi. Namun, saya agak tidak peka dengan tahap kedalaman becak laluan padang depan rumah.

Tidak peka. Paham-paham saja musim hujan-hujan begini. Keadaan becak agak parah.
Saya pula anggap kereta kecil saya serupa 4 wheels drive.

Undur-undur punya undur untuk dapatkan ruang terbaik untuk turn kereta, akhirnya kereta stuck. Tak dapat gerak.

SAH! Tayar belah kiri, depan dan belakang separa tenggelam dalam becak yang lumpurnya lembik sungguh.

Tekan minyak, tayar hanya berpusing tapi tak berjaya keluar. Cubaan hanya sekali, dua jika berlebihan akan mengundang parah lagi besar.

Ramai lelakis dalam rumah sekarang; Husband(agaknya tengah ketiduran lagi time tu), abang ipar, abang sepupu(Ajer), adik2 bujangnya Khatib, Halim, Ibrahim.

Ah, mahu cuba selesaikan sendiri juga. Sendiri punya kerja. Rasakan cabarannya..yeah. Nampak lah sekeping papan merah. baek punya papan.

Bajet feeling ala-ala amazing race, 4X4 expedisi, maka saya sodok papan tu betul-betul bawah tayar depan.
Jarak depan kereta tak jauh dari longkang yang tak berapa nak kecik tu.

Sila agak, jika terlajak tekan minyak kereta lepas tu, konpem masuk perangkap ke3. Terjun longkag la jawabnya.

Dengan lafaz Bismillah..minyak ditekan kuat supaya menaiki papan tu, agak-agak dah naek sikit, terus belok ke kiri untuk elak dari masuk longkang.

Yeah!

Perempuan pun boleh!!

Saya bukan perempuan manja. Saya yakin boleh melakukannya dengan bantuan Allah.

Bestnya perasaan tu. Haha..poyos.

Moral of the story; Yakin boleh!

No comments: