Almost 24w: Tak Nampak Sangat



Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, kandungan saya hampir mencecah 6 bulan. Walaupun pagi ni kakak yang jual sarapan pagi dekat rumah tak tahu lagi yang mama dah ada baby kat dalam mama. Baru la mama bagitahu. Katanya tak Nampak sangat bump mama. Nampak semakin gemuk jer. Mama gelak je lah. Tak kisah la mama Nampak makin berisi, yang penting baby semakin kuat dan sihat. InsyaAllah.. bab kata kawan baik mama, anak pertama memang bump kurang jelas. Sebab perut dan Rahim masih kemas lagi. Factor ni terpulang jugak pada tubuh badan masing-masing.
Rupanya dah nak masuk trimester ketiga, T3. Betulla seperti pembacaan saya, trimester kedua biasanya terasa cepat masa berlalu. Sebab utamanya ialah trimester yang paling enjoy, tanpa symptom yang mengganggu aktiviti seharian. Tambahan pula dengan kesibukan tugas yang memerlukan focus yang tinggi.
Alhamdulillah,
Dari sehari ke sehari pergerakan baby semakin aktif. Dan saya semakin faham jadual si sweetheart kat dalam my womb. Pendek kata, selaras dengan lumrah ciptaan Allah SWT, bonding antara anak dan ibu semakin kuat dan serasi.
Time mama bz, dia pun bz jugak la bersilat dan bergendang sakan. Time tu mama pun tak terlayan sebab terllau bz dengan tugas di office dan kadangkala menyambung tugasan di rumah sehingga jam 1,30am. Selama tu lah juga baby temankan mama buat kerja.
Time mama kepenatan, baby pun sama lah. Punya la dia malas nak bergerak. Sampai mama kerisauan. Pujuk2 pun tak makan dah. Diam je sampai la mama pulak yang merajuk. Aci ke mama merajuk dengan baby? Bukan merajuk, sebenarnya mama tak nak terllau memaksa baby untuk bergerak. Mama tahu baby perlukan bila2 masa saja untuk berehat, bermain dan macam2 aktiviti baby kat dalam Rahim mama. Subhanallah.. dats why mama akan cuba elakkan daripada terlampau penat. Sebab mama tak nak baby penat macam mama.
Satu perkara yang sangat cliché, bila daddy nak rasa pergerakan baby, baby dia. Sampai daddy bosan menunggu yang sambil2 buat keje lain and mama akn bgtau semula bila baby gerak. Apepun daddy dah beberapa kali merasa pergerakan baby. Kalau baby malu, daddy akan dekatkan telinga ke perut mama untuk dengar aktiviti baby. Time tu daddy akan dengar bunyi buih-buih meletup yang jelas. Walaupun mama tak dengar bunyi tu, melalui pembacaan dan pengalaman orang lain juga, mama tahu itulah bunyi aktiviti baby kat dalam mama.

* Ader orang tu dah tak malu nak bahasakan diri PAPA to baby.

SEMOGA ZURIAT MAMA & DADDY SIHAT DAN CUKUP SIFAT SERTA JADI ANAK YANG MENYEJUKKAN HATI KAMI NANTI..AMIN

No comments: