Mumu Akuaku

* Amaran awal: Catatan ini tidak bersangkut paut dengan hal rumahtangga dan kasih sayang keluarga, harap maklum.

Wah rasanya tak dapatla nak hipokrit nak tulis yang gumbira-gumbira jer kat diari terbuka ni. Hajat di hati nak mulakan kerja-kerja kritikal seawal mungkin tapi apakan daya, pagi-pagi hari dah rasa tersentap. Orang kata tengah berbadan dua ni tak boleh fikir perkara negatif, kene sentiasa positif. Kita bukannya malaikat untuk mengawal perasaan yang baik-baik sahaja. Saya cuma manusia biasa yang kadangkalanya hati terusik. Kadangkala emosi keterlebihan. Cengeng sekali.

Hati terkecik dengan seseorang yang dulunya dianggap seolah-olah macam ahli keluarga sendiri. Kini semakin jauh dan jauh. Entah la, konfius mahu menghadapinya setiap hari dengan reaksi yang bagaimana. Berjayakah saya mengabaikan rasa sendiri yang bengkak, kecewa dengan perubahan dan kesombongan orang lain yang tidak diketahui puncanya. Mungkin saya ada tersalah apa-apa tapi saya tidak pernah tau. Rasanya saya sebaik mungkin menjaga hati semua kenalan.

Saya tanamkan dalam hati. Allah tu sentiasa adil. Maha segalanya. Serahkan saja urusan di luar kawalan kita padaNya. Dia berikan sesuatu kesenangan pada seseorang tu dan dalam masa yang sama ada kesusahan yang melanda.

Do our own business!


No comments: