My new boyfriend...

Hensem kan? Sila angguk kuat2.
(Tak boleh ker kalo post gambo je xyah cerita. Tapi gagal. Kene cerita jugak kebaikan doktor yang menjadi buah mulut kami2 di office ni ).

Klinik NurAeen. Yang paling dekat denga tmpt kerja kami. (Kejap kami, kejap saya, kejap mama..uh wateva lah...)

Puas la duk fikir kat mana boleh buat 3D scan selain kat specialist tu. Buat2 kedeks dulu la kot ade alternative lain. Susah2 sangat lepas google tak dpt tahu jgk, terus decide nak pergi saccing jer kat mana2 klinik at least boleh tahu gender cukup lah.

Malam tadi SIL - K.Nurul rekemen la klinik ni. Kat klinik ni siap boleh buat rutine check up untuk ibu menagndung. Wah! Ini baguss bangat! Tak payang buang masa kat klinik gomen lagi. (Mentang2 tgh bz projek.)

Asalnya pergi klinik ni sebab dah seminggu macam tu rasa macam berlayar jer. Mula2 buat dek jer sebab tak fikir apa2 risk. But then, tiba2 terfikir takut BP naik ke kan. Mula la terbayang kes itu dan ini. Oh! Terus lah mari jumpa doktor kat klinik ni for my very 1st time. Lepas check itu dan ini, rupanya BP saya turun sket. Walaupun tak bahaya tapi kene jugak amik langkah jaga-jaga. Puncanya: Kurang exercise dan kurang makan (berzat).

Kurang exercise - konpem lah sebab otak je yang bekerja sambil duduk je sekerat hari bru bangun.
Kurang makan(berzat) - Kurang makan mungkin yer, zat tu tak tahu lah sebab tak sukat. Tapi sentiasa usaha makan buahan.

Then, doc check gula dlm darah. Normal. Tak tinggi. Lepas tu minta doc scan sebab nak tau baby gender. Yeyeah... Gi baring..gi baring..

Nah kau!! TV besor kat depan tu har. Nengok lah sampai buntang mata. Ni baru gempak. Ini klinik lain sampai terteleng2 kepala kita nk tgk screen. Sumpah suka sangat klinik ni.

Bilamana doktor letak je benda scanner tu kat perut..adoi.....anak mama dah siap kangkang! Doktor gelak2 sikit sambil control sopan. Nakal la anak mama ni. Sungguh telus. Sebab dia tau2 n paham2 je niat mama hari ni. Tak main sorok2 dah, tunjuk terus. Puas la saya minta doctor explain psl saya naif jgk bab2 imej scanning ni.  Doc tunjuk la secret part anak mama tu...hehe..malunya nak explain. Kata doktor memang jelas.

Alhamdulillah, keyakinan mama bertambah. No more pinky ye syayang..and the toughest part is kami belum ada simpanan nama untuk boy. Nama girl je ada atas persetujuan bersama. Nasib masa panjang lagi untuk fikirkan benda yang susah ni.

Lepas dah siap scan, doktor yang baik dan cute ni siap cakap..lepas ni boleh la pergi shopping barang baby. Barang je baju dia sebut ntah la. Lupa. Siap tanye nak shopping kat mana? Saya cakap bz punya pasal biasa shopping online jer. ;B Then doktor siap rekemen web fabolousmom.com..

InsyaAllah akan berkunjung ke sini lagi..buat check up.

No comments: