Short update

Short update check up 32 weeks.

  • EDD berganjak 2 hari ke belakang, dari 9/2/2013 ke 11/2/2013. Berpandukan kalendar pregnancy by weeks [http://www.babymed.com] berdasarkan LMP & CL, genap 40 weeks memang jatuh pada date 11 February 2013.
  • hB: 11.6 [turun 0.1 from previous month]
  • berat naik 1/2kg shja dlm 2 weeks ni. [even makan banyak bila dalam last 2 weeks x naik langsung, statik jer.]. My SIL said, its normal bila dah hujung2 pregnancy.
  • BP - normal. 110/70
  • Kadar degupan jantung baby: 140
  • Tinggi rahim: 32cm [cuma meningkat 1cm dr bln lps]


+ jus delima(given by brother) - masam x boleh nak elak. dah nature rasa dia mcm tuh. buat air + dgn honey utk kurangkan rasa masham. kuat betul masham dia.

Sedikit info tentang jus delima;

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

No comments: