Jagalah hati sesama insan
Saya TTC 3 thn setengah. Ada orang rasa lama, ada yang rasa sekejap. Sekarang sedang menunggu masa lebih kurang 1 bulan lagi untuk deliver. Selama pregnant, cukup teliti saya ingin menjaga hati orang-orang yang tengah TTC lagi. Dan cuba ingin membantu setakat yang boleh. Jika mahu ikut, ikutlah. Terpulang. Seboleh mungkin, sebaik mungkin saya akan menjaga hati orang berTTC, ok. AKAN JAGA. Sebab saya faham betapa peritnya rasa itu. Faham sangat. Jika orang TTC terganggu jika melihat kelibat saya, saya tak dapat nak berbuat apa-apa. Takkan saya nak berkurung selama 9 bulan 10 hari? Itu pun bump saya tak de lah obvious mana. See! My baby pun reti menjaga hati orang-orang di luar sana. ;) Tapi, cukupkah alasan orang TTC untuk menyakit hati orang lain pula atas dasar mereka sensitif? Adakah alasan itu kukuh/dibolehkan?? Tak apalah Allah kan Maha Menilai. Apa pun yang berlaku sekitar saya, saya cuba sebaik mungkin untuk sentiasa positive. Aura positive akan mengalir pada baby pula. Semoga zuriat saya akan mejadi orang penyabar dan sentiasa bersangkan baik serta mudah memahami. Amin.
No comments:
Post a Comment