Entah kenapa, nafsu makan saya tiba-tiba membuak-buak. Nafsu tidur pun sama. Bolehla imagine kesan dia jika bereterusan lebih dr 1 minggu. Kalah orang pregnant, okay.
Ketika orang lain sibuk berpuasa 6. Alhamdulillah, kesihatan kembali kepada sediakala. Sepatutnya saya sudah bersedia untuk berpuasa semula. Hanya seminggu dapat mengawal makan. Lepas tu, hancuss. Now, dah 'export' bonda saya ke rumah kakak saya. maknanya, saya akan uruskan perihal rumahtangga sendiri bersama suami. Maknanya saya ada peluang besar untuk mengawal susun atur makanan yang masuk ke dalam mulut sendiri. Sendiri punya estimate mahu masak sederhana sambil berdiet. Cewah!. Semangat tak hengat. Sekali suami minta buat extravaganza dan saya yang makan lebih. Cemana...
Sekarang saya berada di daerah lain. Mencari kemeriahan berbiznes dan bergembala. Mata dan kepala rasa mengantuk bila mengadap laptop lama-lama. Punca asal mahu settlekan kerja yang tertangguh. Tugasan yang buat saya separuh senyum bila pulang dari kerja. Sebab saya masih pelik kenapa masih terkandas. Inilah bahananya. Dapat db table yang incomplete. Kadang programmer tak perasan pun masalahnya berpunca dari ketidaksempurnaan db. Sebab programmer hanya perlu fokus dengan coding. Sebab itulah wujudnya jawatan db administrator. System analyst juga bertanggungjawab memastikan db lengkap/tepat dan memenuhi keperluan sistem. Bila dapat db yang cincai, kamu sendiri yang jawab natijahnya. Bila kerja lambat siap, kamu sendiri lah teka siapa yang terpalit prestasi buruk. Kamu semua cerdik pandai boleh meneka kesan buruk hanya akan efect pada pekerja level mana. Kan?
(Tiba-tiba membebel pasal kerja. Bila berada di rumah, bukan nak kata malas tahap gaban sangat, tapi sekurang-kurangnya tak mahulah buat kerja yang perlukan penyelesaian yang susah yang perlu fikir banyak2, berat2. Nanti tak menjadi lah tugasan runmah/rutin yang lain angkara emosi sudah terganggu. Disebabkan hal kerja/tugasan emosi saya ke arah hal2 lain sudah menyimpang.) Sebabnya bila berada dirumah, fikiran perlu mencapah ke arah yang lebih jauh. Perlu memikirkan plan dan stratergi yang perlu disusun untuk menghadapi hidup esok-esok-esok-hari.
Saya tidak sabar untuk selesaikan 2 tugasan lagi. Hopefully, saya dapat selesaikan dalam masa 2 hari berkerja akn datang. Sebelum meeting progress akan datang.
Wahai teman yang bekerja, adakah kita pernah terfikir tentang keseimbangan tugasan dengan jumlah gaji kita?
Adakah kita suka membebankan orang lain yang gaji mereka jauh lebih rendah dari kita?
Adakah semakin banyak gaji kita, semakin sedikit/ semakin senang kerja kita?
Kamu suka tak jika orang anggap kamu suka buat kerja secara cincai sedangkan kamu punyai baaaaanyak masa untuk tidak mencincaikannya? (Dengan tahap gaji kamu sekarang.)Suka?
Adakah kita suka menuding jari pada pekerja lain demi melepaskan tanggungjawab sendiri? Tidak ada orang pun yang sanggup menunjukkan kelemahan diri sendiri.
Semoga saya dapat menyelesaikan tugasan saya dengan seberapa segera.walaupun terpaksa melakukan post-mortem 'kelelehan tugasan orang lain' tanpa saya rela.
*Off-topic: Pagi ini sehingga tengahari saya sempat menolong kakak no1 masakkan nasi minyak untuk jamuan 50 orang officemates anak sedara saya, lepas tu berpeluang buat kerepek pisang dari A to Z..sempat lagi tidur dan lepak2.
No comments:
Post a Comment