Preparation Aidilfitri 2011

Edisi bajet tapi meriah.

*Amaran awal: Tidak ada unsur riak kerana yang dipaparkan hanya yang ordinary, tiada yang extravaganza pun.

Nak cerita dr part preparation...mana yg sempat je la..part baju memang upah dah awal, x mo las menet mcm bese..tp dpt nye las menet juger. So, x beria lah nk mencari tudung yg match. Recycle je lah. Jimat + kedekut. Cewah. Round punya round cuma beli inner 3 helai yang matching baju. *Kaler hot red, gold n color belacan. - tepek2 batu manik2 sikit kasi up mood raya.

Ha, mari2! Pilih2!
Tak perlu berlanggar buntut kat kedai kain ye Jah..

Cotton 2 psg untuk pakai g keje. Lagi sepasang color hot red. 4 psg berbunga/tudung merah. 
Free gift, lagi sepasang hadiah dari insan yang sama. Tocey2.
Malam raya. Berpakat dengan anak2 sedara pergi buang sampah. Time tu dah jam 11malam. Pdhl lepas tu direct pergi pekan BP nak tepek manik kat baju. Dah janji dengan tuan kedai spya tutup lewat. Paling haru biru, adik tu teka umur saya around 24@25 y.o. Kembang kuncup hidung ni Jah..tabur je manik kat mana2 i dah suka. Bila habaq pi kat dia umo saya 30, xmo caya. Lantak ler Jah. Anak2 sedara saya dah termuntah-muntah ayam dah kat depan2 manik tu. *sumpah mahal manik tu sebijik 80cens. Nak dijadikan cerita, beg yang menagandungi wang berjuta telah tertinggal kat dapur. Akibat keluar dari dapur. Akibat mahu jalankan misi rahsia. Bila singgah kat stesen minyak, teraba-raba. Luckily, anak sedara ader terbawak note rm50. Bedal la duit dia dulu sepuehnyo.

Handbag harus yang besau2 sebab nak tapau kuey raya n collect angpau banyak2.  Tipu jer. Sandal mesti tinggi untuk bagi elemen slim walo dah makan manyak dan harus ade elemen refleksi kasi sehat nak banyak jalan raya. Hue3
Kerusi:
B.E.R.S.I.H in theme you!

Sarung kusyen? Wajib ganti. Once a year je pun. Ala2 masyuk dengan color dinding, kira boleh lah kan. Hopefully xde yg kritik. Biasa femfuan lah kan. Nsb baek kak ipar puji..kata lawa jer..Sofa? Dlm senarai idaman hati. Belum lagi. Keluarga makin besar. Ruang makin sempit. Cemaner?

I jenis yg cpt bosan dengan benda yang sama. Tetiba I. Jd, perlu ubah mna patut utk bg mood raya berbeza. Alhamdulillah beberapa ruang yg saya ubah ramai puas hati dan cakap nampak lebih luas. Apekan daya bajet tak de, kalau tak saya buat lebih lagi hingga adik badik sumer impress dengan cita2 saya nak jd interior designer, eleh tetiba. ;)

Keluasan adalah penting untuk diorg tidur bergelimpangan nanti. Dan aktiviti salam raya uhuk-uhuk.

Interior:
Amaran: Ini cuma 80% siap ubahsuai. Tak kemas pun lagi. Letih. Kul 1am. Lupa nak capture susunan yang dulu.
Entrance - bercita-cita utk tukar itu pintu. Kasi lebih safety n menariks. Tapi entah bila..

Ruang sosial - sbb ni fav port utk lepak, especially kakak2 jahit baju, kak ipar main dgn anak. mop siap display.

Ruang solat - b4: ade tv kat celah tu. mcm x seswai bebenor. Dengan cable arial yg panjang.

Ruang nonton - b4: ade almari mangkuk hayun. mangkuk pinggan la tu
Bedding:
Katil queen bawah - request by bunda supaya nak pasang cadar baru.  Kedut bagai.  I beli je la yang murah2 ala kadar. Janji new. Hue3 Katil ni biasa jadi port kakak yan beranak-pinak. Seblah katil bunda dalam ruang tengah.

Lighting:
Pelita Buluh
Yang ni saya yang beria-ia bebenor nak pacakkan depan umah.
Ni elemen melayu traditional. No tanglung-tanglung. Nehi lilin-lilin.


Bekas Kueh: 
Pakai yang beli last year. Hati meronta-ronta mahu beli yang baru. Tapi saborr. Lagipun bukannya beli/buat pun kueh cantik2. Semua subsidi dari kakak-kakak terchinta dan ibu mertuaku.

Lampu lip-lap: 
Masih ok lagi. Elok lagi yang tahun lepas punya pasang tak buang2. Wajib ado. Kasi mood warna-warni aidilfitri gituh.

Penting ni. Free from co.


Perfume:
Cinta baru. Suka!
Bila la leh dpt dolce & gabbana ni..huhu
Langsir:
Tunggu bajet next year.

Gross expenses: RM910
Excluded expenses untuk kereta.


Sekian cerita prep raya edisi bajet.

No comments: