5w


Alhamdulillah,
Walaupun perjalanan pregnancy baru bermula, ia masih terlalu jauh. Harini 11/6/2012 - genap 5 minggu. Estimation saja. Saya akan scan menjelang minggu ke-6 atau ke-7. Saya akan sabarkan diri untuk menunggu heartbeat baby. Pregnancy tahun lepas, keguguran berlaku pada usia 5w3d pregnancy. Pasti lah tempoh ini sangat kritikal bagi diri saya.

Hari tu, saya keluar dengan geng office untuk pergi cari hadiah kawen officemate. Dah beli hadiah kat level bawah, sorang kawan ajak naik tingkat 2 pulak. Saya dah serba salah. Kene lah teman juga. Tapi saya tahu tindakan bershopping-shoppingan dalam pasaraya secara berlama-lamaan akan menambahkan risiko buruk untuk kandungan saya. Susahnya. Orang tak tahu kondisi kita, bagaimana kita mahu mengelak?

On the way back to office, saya berfikir panjang. Akhirnya saya tekad membuat keputusan. Saya akan ambil cuti 2 bulan. Tanpa gaji. Permohonan saya untuk mendapatkan separuh gaji dengan status bercuti sambil bekerja dirasakan agak berat untuk ditunaikan oleh CEO. Mungkin berat. Apa pun keputusannya, saya redha demi menanti tumbesaran zuriat ini.

Sedangkan sebelum ini  saya dah bincang dengan DH. Bahawa saya membatalkan hasrat untuk bercuti 2 bulan kerana office sudah berpindah. Dan saya tidak perlu lagi mendaki 4 tingkat untuk sampai ke office. Office baru hanya 2 tingkat. OK lah berbanding dulu. Tapi, saya sendiri harus menukar keputusan tersebut bila memikirkan risiko-risiko jika saya bekerja. DH tidak ada masalah dengan sebarang keputusan saya. Baik bagi isterinya, baiklah bagi dia.

Perasaan pregnancy kali ini agak berbeza dengan yang pertama. Keterujaannya agak terkawal. Saya sudah tidak berangan-angan berlebihan selagi saya tidak dapat merasai bump di perut ini. Walaupun sebelum pregnant lagi mata saya selalu tertangkap pada 1 babycot kat kedai perabot tepi jalan on the way balik keje. Baby cot jenis kayu, warna pink+putih. Pendamkan saja dulu perasaan itu coz kita tidak tahu lagi apa jantina bayi ini. Segala persiapan akan mula dilakukan setelah kandungan melewati usia 5 bulan.

***********************************************Kerja*****************************************
Dah masuk 2 hari saya bercuti. Semalam, saya  mengemas rumah. Sebaik sahaja semua adik beradik sudah berangkat ke worktown masing-masing. Saya sambung kembali impian saya untuk menghias rumah. Walaupun beberapa kelengkapan seperti pasu tinggi belum sempat beli, kene lah sabar dulu. Tunggu masa yang sesuai untuk keluar membeli.

Awal pagi dah dapat sms dari pengurus IT client yang baru sahaja sahkan 'pemberian' projek pada syarikat kami. Saya pun forward lah kepada orang-orang tertentu; managing director, manager dan senior. Entah bagaimana ini kali ke2 marketing manager 'terhidu' sesuatu. Saya pun bagu tahu lah perkembangan projek ini.

Stop dulu...

No comments: