Tuan,
Perkara: Memohon Cuti Sambil Bekerja Selama Dua(2)
Bulan Dengan Dibayar Separuh Gaji
Sehubungan dengan
perkara di atas, saya ingin memohon kebenaran pihak pengurusan syarikat
mempertimbangkan permohonan saya untuk bercuti sambil bekerja selama 2 bulan
bermula dari 10 Jun 2012 sehingga 10 Ogos 2012.
2. Permohonan ini adalah disebabkan oleh masalah
kesihatan yang saya alami iaitu rahim lemah dan pernah mengalami keguguran awal
kandungan pertengahan tahun lepas.
3. Saya sudah diberi tugasan oleh Puan
Rozita Binti Endut dan Puan Noraida Binti Hitam untuk dilaksanakan selama bercuti.
Tugasan tersebut ialah mengubahsuai dan menambahbaik laman web Solartif dan
menguruskan Sistem E-Fit. Saya tidak ada masalah untuk datang ke pejabat
bila-bila masa yang diperlukan terutamanya jika dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.
Saya juga tidak keberatan jika dihubungi oleh mana-mana staf melalui panggilan
telefon dan e-mel berkenaan urusan kerja.
Saya akan
lampirkan surat sokongan kesihatan dari doktor pada 10 Jun 2012 memandangkan surat
tersebut akan keluarkan pada 9 Jun 2012.
Segala
pertimbangan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima
kasih.
Yang benar,
__________________
(XXXXXX BINTI XXXXXXX)
No comments:
Post a Comment