Tiba-tiba rasa confuse la pulak, selagi belum pergi scan. Bajetnya biarlah tunggu ade heartbeat dulu baru pergi scan. Saya masih memantau suhu badan untuk memastikan keadaan saya OK atau sebaliknya.
My last period: 4/5/2012
Based on calendar/ FF calculation of days.
4w: 31/5/2012
5w: 7/6/2012
6w: 14/6/2012
Tp, based on pregnancy ticker baru 5w2d. Berbanding FF: 5w6d.
Saya bukan over excited nak calculate2 seme ni, cumanya saya curious dan dalam tempoh berjaga-jaga untuk melepasi tempoh keguguran yang lepa siaitu ketika 5w3d. Seandainya benar usia kandungan ini sudah masuk 6w esok hari, saya amat bersyukur pada Allah SWT kerana telah melepasi tahap pertama. Dan setiap minggu malah setiap hari adalah kritikal bagi saya.
Semoga Allah melindungi kandungan saya kali ini. Biarlah baby ini yang sentiasa kami nanti, membesar dengan sihat. Saya tetap bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang alahan atau pembawakan mengandung. Kerana dengan adanya alahan itu, bermakna kehadiran permata hati dalam rahim ini.
No comments:
Post a Comment