Approaching 7w

Perkembangan terkini.
Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT saya masih brda dlm kesihatan yang baik. Segala pergerakan dibataskan. Dan diawasi oleh dua insan tercinta. Terbit rasa bersalah dan menyusahkan. Walaupun saya tekad untuk menjaga kandungan kali ini sebaik mungkin. Namun itu tdk bermakna saya mesti banyak tidur. Saya cuma melayan tidur sekadar kehendak mata. 

Pemakanan.
Agak sedikit tertekan kerana kenbimbangan. yang mana boleh yang mana tidak. Kadang-kadang DM(dear mum) kata boleh tapi saya rasa mcam cannot jer. DM dan sebahagian besar kakak saya tidak ada masalah semasa pregnancy. Kandungan mereka kukuh. Bukan seperti saya. Penat saya nak beritahu jangan samakan saya dengan mereka. Apabila pemakanan agak kene pilih-pilih, jadinya saya cepat bosan dan hilang selera sampai tahap tak tahu nak makan ape. Akhirnya, saya menyuarakan pada DH bahawa, saya inginkan western food. Spaggethi yang dia buat. Saya nak mushroom sup dan roti mcm pizzahut tu. DH kata nak buat sendiri jgk yg tu. OK fine, cuma perlu tunggu hari minggu yang lebih tenang.

Buku Pink
Bila saya menyuarakan/bertanya bila sebaiknya BAGI saya untuk buka buku pink, ada yang cakap terlalu awal. Saya tahu terlalu awal bagi kandungan yang tak ader masalah/orang yang senang nak mengandung. Bukan saya. Saya tertekan lagi. Whatever pun saya akan pergi scan buat pertama kali dalam minggu ini dan selepas itu akan terus pergi daftar buku pink ke klinik kerajaan berdekatan. Saya bukan nak dengar sangat cakap orang yang xde masalah, saya cuma mendengar kata hati dan kebimbangan sendiri. Akhirnya kakak ipar saya yang budiman bertanya pada jirannya yang kerja nurse. Sah lah bahawa saya perlu daftar seawal mungkin sebaik sahaja tahu conceive! See!! Siapa yang betul? Saya tahu conceive semasa kandungan belum cecah 4weeks lagi, dan sekarang dan nak masuk 7weeks. Saya hanya mampu berdoa supaya Allah SWT pelihara kandungan saya ke tahap yang terbaik. Saya merayu. Hanya Allah tempat saya bergantung dan mengharap.


No comments: