Antara kerja dan keluarga

Selalu juga atau kadang-kadang kita berada di persimpangan. Biasanya orang akan cakap, family 1st! As for me saya tak nak la korbankan terus salah satu. Kene ada timbang tara juga. Ada orang terpaksa fokus salah satu hingga menyebabkan perkara yang satu lagi banyak terjejas. Contoh kerjaya doktor. Selalunya perlu fokus dan komitmen yang tinggi sehingga masa keemasan keluarga terjejas teruk.

Alhamdulillah kerjaya saya membolehkan saya berkerja dari rumah jika tidak ke pejabat. As long as ada talian internet untuk upload/menghantar tugasan. Jika tidak adapun, masih boleh siapkan secara offline di locallhost.

Sebenarnya, saya sangat risau jika tanda2 pasti untuk bersalin datang semasa waktu kerja. Tak mahu kawan-kawan kerja turut panik sebab saya. Lebih2 lagi tak nak menyusahkan diorang. Walaupun suami cuma bekerja kat office sebelah, tapi beg2 hospital masih lagi di rumah. Malasnya nak letak dalam bonet ke hulur ke hilir. Teruknya..huhuhu..Kalau sakit, InsyaAllah masih sempat balik ambil dan terus ke hospital.

Oleh kerana bonda saya mahu stay kat rumah, saya serba salah nak tinggalkan dia sengsorang kalau saya g kerja. Kesian dia nak masak, nak mandi dengan sebelah tangan bersimen. Tak sampai hati pula nak paksa dia tinggal rumah kakak saya lagi. Alasan sebenar dia tak nak tinggalkan saya. Mungkin bonda saya nak dia ada time saya sakit-sakit. Tu la pengorbanan ibu kita kan. Wlaau macamana susah pun, dia tetap fikirkan anak dia. Dia kata tak boleh tenang asyik fikirkan keadaan saya kalau dia tinggal kat rumah kakak. Kesian lagi kalau dia tak boleh tidur.

Hari kerja saya masih berbaki 2 hari menjelang cuti Tahun Baru Cina. Terasa sayang juga cuti. Kalau tak, memang saya kene EL. Tapi saya mesti sayang lagi bonda saya. Apa lah sangat EL(rekod cuti) tu kan. Kalau bonda saya boleh berkorban untuk anak dia, kenapa tidak saya? Mestilah berganda-ganda lagi boleh. Yang penting saya masih boleh bagi komitmen kerja walaupun di rumah. Harap2 tak ada hal yang membataskan saya bekerja di rumah. Jangan la ada gangguan lain. Masih ada bugs2 yang kene saya selesaikan. Kesian kat teammates nanti.

Prinsip saya mudah. Yang dikejar mesti dapat, yang dikendong jangan berciciran pula. Punya lah tamak kan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat berbakti untuk orang sekeliling. Semoga saya tidak menyusahkan orang lain ke tahap maksima.

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak itu menambahkan lagi kasih-kayangku terhadap ibuku, kau jadi lah aku seorang ibu..amiin"


No comments: