Ramadhan 2014 & Dugaannya

"Daaa..letihnya..dok tau nok kabo guaner..Baru saya tau n faham sebab pe Allah lambat beri saya zuriat..."

"Yuuu..mcm yg kita prnh bincang dulu..(sblm msg2 dpt zuriat).. Kan ke kita selalu doa supaya Allah beri bila kita dh bersedia..So, skrg kita kene kuat. Anak pertama adlh pelajaran bagi kita. Ida sdri pun masih terkial-kial dlm time mgmt. Mmg jauh lg dgn gelaran supermommy. Tp masa sdg mengajar..Risau dh skrg fikirkan bila dh ank 2 nnt. Maunya terkejor-kejor lbh dr ni.."

Yu...kelelahan & pengorbanan kita bukan untuk dibalas manusia. Bukan untuk dihargai sesiapa. Bukan untuk dibalas oleh anak2 pun. Semuanya LillahiTaala..semua akan diberi ganjaran olehNya as long as kita ikhlas menggalas cabaran ni.

Kita buat yang terbaik.
Kita didik anak2 kita dengan Quran & hadis.
Supaya jd generasi ummati.
Macam arwah Ahmad Ammar.
InsyaAllah Yu.
Kita usaha sama2.

Ramadhan 2014 saya diberi sedikit kekuatan untuk mengejar si permata sulong yang tengah aktif. Dengan perut menghampiri 7 bulan. Kali ni Allah beri perut tak berapa besar macam sebelum ni. So takde lah kelihatan sgt seperti big momma mengejar anaknya dalam shopping complex, haha. Sementara walid tengah memilih kurtanya. Walid agak cerewet. Tu sebab saya biarkan dia take his time to choose. Penat saya jeling2 kerepek yang pelbagai jenis tu hehe tapi tak sempat nak beli sebab asyik kejar anak. Dia tak mau dipegang. Dia nak bebas sebebas bebasnya. Dia berlari. Bukan tahap berjalan dah. Saya pun berlari sama. Kesian adik kat dalam pun sure kene berlari sama. Sebab tu kami pilih waktu malam untuk amik masa sekejap beli keperluan asas untuk raya. Kalau siang, maunya pengsan! Saya berpeluh. Walid pun sama. Lawak. Kami usahakan balik cepat2. Haha. Nak sangat selami suasana raya setahun sekali membeli belah mencuci mata kat jualan raya kan kan...kan dah exercise.


No comments: