Jangan pisahkan

Hari ni selesai moderasi soalan final exam.
Mood masih emo dengan isu semasa KESENGAJAAN lumba haram yang ragut nyawa awam.
Emo.
Marah amat.
Malu dengan anak bangsa sendiri.
Si kecil itu terus ke jannah.
Terfikir kakaknya berdua.
Yang masih perlukan belaian.
Menyentap banyak perasaan.
Teringat anak-anak.

Sebelum Tsaqiif hadir, tumpuan 200% pada Qushayyi.
Tidur pun kiri kanan dikepit Walid and Mommy.
Begitulah selalunya.
Hadirnya adik, kasih sayang terbelah dua. Walid focus Abg.
Mommy dengan Adik.
Bila Walid not around, mommy akan curi masa untuk pamper abang.
Lebih-lebih lagi bila sampai masa mahu tidur.
Bila dia terjaga, dia akan cari. Mommy atau walid.
Usap2 tangan and sambung tidur.
Jadi, itu lah kanak-kanak.
Wajarkah mereka dipisahkan oleh jarak dan masa?
Harap semua orang faham.
Betapa hati siibu tidak tenteram bila anak tidak di depan mata.
Begitu juga si anak.
Setiap hari setiap malam tidur berteman orang sama.
Bila tiada...mengertilah kalian!

Kat rumah family aku ada sekor kucing terbuang yang cantik jelita.
Kesahnya dia beranak 3 ekor.
Pada 1 malam, datang perempuan status jiran aku mahu ambil slh seekor anak.
Kitorg pesan, kalau nak, amik semua.
Kenapa dipisahkan mereka?
Katanya nak sekor je anak.
Buat ganti yang mampus.
Eh! Perempuan ini memang dasar! Ko xde mak bapak ke x pernah beranak?
Kejam!
Maka tinggal lah si ibu kucing dengan anak berdua. Yang comel2.
Aku perati salah seekor anak yang ada tu warna matanya MasyaAllah..terlalu cantik tak terkata.
Subhanallah Subhanallah tak terhenti rasanya.
Qushayyi seronok lah bergurau senda tengok anak2 kucing comel tu.
Selepas beberapa malam, sunyi sepi.
Anak2 kucing tu dah tiada.
Ibu dia asyik mencari.
Memanggil-manggil ke sana ke mari.
Manusia memang spesis kejam jika siorg yang mencuri.
Selfish.
Crying.

Aku titipkan doa.
Semoga Allah beri aku kesempatan utuk bersama-sama anak-anak aku sehingga mereka benar-benar matang untuk membuat keputusan dalam kehidupan.
Aku ingin bersama-sama mereka.
Sehingga mereka berumah tangga.
Jika aku tidak sempat untuk melihat cucu, aku redha.
Kerana aku terlalu bersyukur dikurniakan anak-anak.



No comments: