You & Me
Selingan ketika tgh biol..
Lately..
Tangga - Kesempatan Kedua
tutupi maksud hati yang justru hidup karenamu dan bisa mati tanpamu
reff: andai saja aku masih punya kesempatan kedua pasti akan ku hapuskan lukamu menjagamu, memberimu segenap cinta
ku sadari tak selayaknya selalu penuh kecewa kau lebih pantas bahagia bahagia karena cintaku
repeat reff
kau bawa bersamamu sebelah hatiku separuh jiwaku yang mampu sempurnakan akurepeat reff [2x]
Survey
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? [Ya]
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran? [Ya]
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing? [Ya]
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? [Ya]
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? [Ya]
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? [Ya]
( 8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya? [Ya]
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak? [Ya]
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya? [Ya]
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ? [Ya]
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu? [Ya]
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya? [Ya]
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? [Ya]
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga? [Ya]
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? [Ya]
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? [Ya]
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? [Ya]
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian
From: Somebody
Kenali hati, cinta lelaki
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah. Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.Petanda Jodoh
Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan? Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?
Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.
- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.
Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?
Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.
- Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.
- Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.
- Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.
- Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.
Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.
- Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.
- Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.
Petua Mengikat Kasih Sayang
Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.
Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.
Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.
Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.
Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.
Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.
Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.
Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.
Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.
Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.
Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.
Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.
Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.
Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.
Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.
Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.
Belajarlah berterus terang. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.
Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.
Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.
Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.
Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.
Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.
Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.
Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.
Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.
LAgi c.i.n.t.a
Cinta Bukan Untuk Pengecut
Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time `dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.
Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.
Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”
Anda Takut! Risau!
Apa kena dengan anda ni?
Takde apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.
Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah… takut dan risau pun bertambah juga.
Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!
Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat `girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..
Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon `parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.
Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!
Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.
Anda akan `berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.
Tapi JANGAN buat begitu.
Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.
Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.
Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.
Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.
Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.
Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.
Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.
10 Ciri Lelaki Kasanova
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.