Resepi Okonomiyaki

The so called okonomiyaki
Night version 1.0
Breakfast version 1.1

Cara saya. Malaysian taste assorted pancake. Ala, adaptasi dari jemput-jemput jer..aka cekodok bawang. Cuma presentation jer agak menarik air liur sikit. But the concept of okonomiyaki is there. Ewah. Dengan kadar mata hampir layu, tiba2 ader satu kuasa yang menarik saya ke dapur n keluarkan semua bahan-bahan yang patut utk freestyle cooking at the late night. Lbh krg 10 mnt, siaplah 'the so called okonomiyaki' ni. 10 menet menjelang jam 12mlm.

Bahan-bahan;
Batter:
Tepung gandum
tepung naik sendiri
kubis - core
lobak merah - optional
bawang besar
Bilis halus
isi udang
fishball (selain sosej) - potong dadu/kecik2
telur
taugeh (stok banyak, tu psl la sesuka ht add on)

Topping:
Daun kucai (lagi?)
Sos cili (Sepatutnya sos okonomiyaki lah, kendur hati nak g cari bila baca ramai cakap kene berhati-hati tgk bahan2 nya sebab ada tulisan jepum. OK, lupakan sj sos tu..susah2 ajer kata felix..)
Salad dressing (pon sodap)

Goreng dalam frying pan, buat bentuk pancake, ikut saiz yang anda suka. Saya buat saiz penampar tapak tgn jer. Sebelum balikkan tu pastikan udang duk atas landing baik punya. Pastu tabur hirisan bawang besar.
Pastu balik-balikkan hingga masak.
Bila dah masak, angkat and hias. Tabur hirisan daun kucai. Taruk cili sos(dibaca: okonomiyaki sauce), dan segala bagai sos yang anda suka. Stok mayonis tak de.

Potong 4 dan makan!
Siyes tak cukup!..
Tak sabar tunggu pagi esok. ;)

Selamat mencuba, freestyle cooking. Habis hancur resepi orang jepun i kerjakan.

2 comments:

chinta... said...

yumyum...pos kat chinta sikit ek...sedap2...macam nak cuba buat je...chinta singgah cni n terus follow...salam perkenalan jugak...

Leeda said...

tryla buat..ikut citarasa sendiri..hehe
thanx sudi follow. salam kenal..blh share2 resepi.
saya pon dh add u to my list