Persoalan hukum hudud yang always hot

Asyik fokus pada diri sendiri. Tidak baik juga untuk kesihatan. Asyik fokus kepada sekeliling tidak baik juga untuk ketenangan jiwa. Namun, setiap masa perlu peka dengan situasi dan isu semasa. Kadang-kadang ia amatlah non-sense.

Sekarang isu hudud kembali bergema. Non-sense maksud saya di atas ialah berkenaan pendapat-pendapat orang awam. Wardina sudah bagi amaran pada para artis.

H.u.d.u.d.
Sebelum membuka bicara amat wajiblah menelaah sebanyak mungkin sehingga pening apa itu hudud. Sebab perkataan itu bukan yang kita cipta OK. Bukan yang manusia tetapkan OK. Bukan yang terbit dari kamus dewan bahasa dan pustaka OK.

Sebelum perlu melancarkan kata-kata member pendapat perlu atau tidak, elok sangatlah mencari makna hukum hudud yang sebenar-benarnya.

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum  arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dll.

Ada faham tak? Atau masih slow? Oh, ayat saya sudah berbau garang macam Hamka Kereta Mayat pula. 
Sebelum bercakap tentang perlu atau tidak, diminta khatam betul-betul APA ITU hudud. WHAT come first. Then barulah WHEN, WHERE dan seterusnya sehingga HOW. Jika WHAT sudah failed, W's yang lain-lain pun lagilah failed. Apatah lagi H(How).

Kenapa pendapat hukum hudud ni masih bercanggah? Why? Sebab fokus kita sudah lari. Fokus sudah twist. Siapa yang lebih patut dikasihankan? Mangsa rogol atau perogol? Mangsa curi/ragut(sehingga hilang nyawa) atau peragut? Setiapkali berlaku kes curi/ragut yang agak kejam semua seolah geram akan si pesalah. Eh! Rasa nak belasah je kan pesalah tu sampai tak boleh bangun? Tapi, bila tiba persoalan hudud, hukuman buat pesalah. EH! EH!(macam majalah EH! pula), eh tiba-tiba je nak menyebelahi pesalah. Kesiannya pada pesalah. Nanti dia tak cukup tangan. Apakah tangan dia dicipta Allah untuk mencuri. Yes, mungkin dia terpaksa, tetapi perbuatan itu tetap salah. 

"Ala, si budak tu, dah berapa kali masuk keluar penjara, tak serik-serik jugak".

"Dulu matanya dah lebam dipukul polis sebab mencuri, tapi baru-baru ni, dia buat lagi kat kedai Pak Mamat." (Kesian pada matanya yang lebam ke kesian pada Pat Mamat yang rugi?)

"Kalau dah sekali berzina, agak confirmlah hal demikian akan berulang dan berulang."
(Kesian pada penzina tu ke atau kesian pada mak ayah yang melahirkan dia dan ahli keluarganya yang lain? Kalau termengandung, terlalu kasihan pula pada bayi tu. Nasib tak baik awal-awal kene bunuh. Kalau lahir pun nasibnya malan juga. Terpaksa beribu bapakan penzina.)


* Refer komen seorang ustazah yang kini seorang menteri di jabatan perdana menteri berkenaan isu hudud.
(Don't do that at public, in front of anyone.)

Tangan putus je ker yang dia orang bayangkan? Harapan-harapan mangsa kecurian yang putus tu dia orang nampak tak? Katakanlah si pencuri ni berjaya merompak duit hantaran saya lebih 2 tahun yang lepas. Ada harapan ke saya kahwin time tuh? Wah gitu contoh kisah benar.

* Refer pula pendapat Ustaz-ustaz tersohor berkenaan perkara tersebut.

Buka(jangan tepuk) kitab Allah, dan baca terjemahan dan tanyelah diri sendiri. Mana yang betul mana yang salah. Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan dari kesalahan daripada terus berlaku.

p/s: Laptop saya(sebenarnya co. yang punya) sampai sekarang belum dapat kat tangan. Pencuri sudah menyusahkan hidup saya. Kesian kat dia kan kan? Sebab hidupnya terpaksa mencuri. Tak perlulah kesian pada saya, saya kan taukey kilang Dell. Padahal peminat dell jer. Nak minat Apple tak mampu.

No comments: