Ramadhan 2014 & Dugaannya

"Daaa..letihnya..dok tau nok kabo guaner..Baru saya tau n faham sebab pe Allah lambat beri saya zuriat..."

"Yuuu..mcm yg kita prnh bincang dulu..(sblm msg2 dpt zuriat).. Kan ke kita selalu doa supaya Allah beri bila kita dh bersedia..So, skrg kita kene kuat. Anak pertama adlh pelajaran bagi kita. Ida sdri pun masih terkial-kial dlm time mgmt. Mmg jauh lg dgn gelaran supermommy. Tp masa sdg mengajar..Risau dh skrg fikirkan bila dh ank 2 nnt. Maunya terkejor-kejor lbh dr ni.."

Yu...kelelahan & pengorbanan kita bukan untuk dibalas manusia. Bukan untuk dihargai sesiapa. Bukan untuk dibalas oleh anak2 pun. Semuanya LillahiTaala..semua akan diberi ganjaran olehNya as long as kita ikhlas menggalas cabaran ni.

Kita buat yang terbaik.
Kita didik anak2 kita dengan Quran & hadis.
Supaya jd generasi ummati.
Macam arwah Ahmad Ammar.
InsyaAllah Yu.
Kita usaha sama2.

Ramadhan 2014 saya diberi sedikit kekuatan untuk mengejar si permata sulong yang tengah aktif. Dengan perut menghampiri 7 bulan. Kali ni Allah beri perut tak berapa besar macam sebelum ni. So takde lah kelihatan sgt seperti big momma mengejar anaknya dalam shopping complex, haha. Sementara walid tengah memilih kurtanya. Walid agak cerewet. Tu sebab saya biarkan dia take his time to choose. Penat saya jeling2 kerepek yang pelbagai jenis tu hehe tapi tak sempat nak beli sebab asyik kejar anak. Dia tak mau dipegang. Dia nak bebas sebebas bebasnya. Dia berlari. Bukan tahap berjalan dah. Saya pun berlari sama. Kesian adik kat dalam pun sure kene berlari sama. Sebab tu kami pilih waktu malam untuk amik masa sekejap beli keperluan asas untuk raya. Kalau siang, maunya pengsan! Saya berpeluh. Walid pun sama. Lawak. Kami usahakan balik cepat2. Haha. Nak sangat selami suasana raya setahun sekali membeli belah mencuci mata kat jualan raya kan kan...kan dah exercise.


Qushayyi nak g 'school'

Sampai masa yang dijanjikan.
Pabila si manja dah boleh mengadu sakit..
Pabila si manja dah boleh cakap sikit-sikit..
Hero pertama kami akan dihantar ke taska..huwaaa..mommy nangis awal2 okay.

Bila sebut saja anak nak dihantar ke taska, ramai juga yang skeptikal. Aaah saya sendiri pun sama pd asalnya!
Dah lama dah bff hubby cadangkan hantar ke taska permata keluarga. Bayaran pun tidaklah mahal sangat walaupu ada kenaikan sikit iaitu RM30 untuk bayi setahun ke atas. Bawah setahun RM250.

Saya betul-betul tekad minggu lepas. Semakin kasihan tengok Q main sorang-sorang, lebih2 lagi bila walid tertidur. or walid penat melayan. MySis#2 yang jaga Q faham keputusan kami. Dia kasihankan kami hantar anak jauh-jauh. Dalam masa yang sama diorang dah bayangkan akan kesunyian. *DramaAirmata*
Bonda saya kurang bersetuju. Kasihan katanya anak kecik lagi. Hmm masih ada angan2 dan keinginan ibu saya untuk menjaga cucu yang sorang ini. Usia dan kelasakan Q tidak mengizinkan. Mana boleh, maunya aku kene bambu dengan adik beradik nanti. He he he. Apepun saya dan buat keputusan. Dah rangka apa yang sepatutnya untuk putera pertama kami. Pagi2 pergi kerja dan balik kerja mahupun masa rehat, saya mahu dia DENGAN saya. Saya bukan la terlalu tidak percayakan Q dengan orang lain, it is just that, saya NAK lihat dia.

Cerita bab taska pilihan. Saya tak tahu pun berapa banyak/buah taska(permata) yang berdekatan tempat kerja. Saya just tanya officemate. Dan terus tuju ke situ. Disebabkan jarak hanya 3-4 minit dari office, saya dah tak survey tempat lain lagi. Buat masa sekarang. Terus saya pergi ke taska tu untuk soalsiasat bertanya khabar aka mahu booking. Kebetulan waktu saya sampai sana tu waktu rehat/lunch hour. Babies sebaya Q semua tengah tidur atas katil masing2. Cuma seorang je yang duk terkebil-kebil. Saya duk tgk dia. Alahai comelnya. Saya masuk ke situ macam masuk ke tempat apa jer sebab perasaan saya teruja semacam plus jakun. Membayangkan ia akan jadi 'school' untuk zuriat kami nanti. Saya dipanggil oleh staf2 taska untuk briefing. What the heck, suara saya berubah. Sebak + Teruja, semua ada, mixed feeling sangat. OK tarik nafas. Staf lelaki pun ada jugak rupanya. Dah kawen dah ada anak. Sempat bergurau pasal buku rekod anak. Complete katanya .. perkembangan anak2 kita akan dicatat dalam buku rekod yang besar tu. Wah! I like. Satu bende yang saya n bff rancang dan sedang buat. Then, taska akan buatkan. Alhamdulillah. Jadual makan pun teratur and healthy. Since Q dah umur 1 tahun setengah (bulan depan), pemakanan semua akan diuruskan di taska permata keluarga.

Sebenarnya sebelum saya pergi booking dah ada 2 baby tengah que nak masuk. Entah macamana mungkin nak jadi rezeki anakku, Qushayyi dijangka berpeluang masuk lebih awal disebabkan dia dah boleh berjalan lama. Bulan 8 aka bulan depan waktu paling awal dijangka dapat daftarkan Q. Ya Allah, Alhamdulillah kerana memudahkan dan memberi laluan buat usahaku. Semoga menjadi kenyataan.  Sempat juga bertanyakan baby lepas berpantang ader kuota ke tidok. Saya pun booking la dulu. Yang lawaknya si staf lelaki tu buat muka heran siap jenguk perut saya sambil tanya eh bila due. Oktober ni jawab saya. Elok2 awal tahun depan boleh register masa umur adik 3 bulan.

Sekarang ni saya dah mula berpesan-pesan pada Qushayyi apa yang patut. 

Semoga Qushayyi tak mintak cerita bumba dengan cikgu. (now dah reti nak demand cerita lain2). Time nak ulit tidur buleh plak dia mintak pasangkan zikir "Yahanana Allah!"..kat rumah bolehla sayang...
Semoga Qushayyi tak joget2 sangat kat taska, haha.


Expand everything

Sekrang ni 5 ramadhan. Otak mommy dah full of everything. Yang tak berkait dengan puasa raya semua berebut nak masuk dalam list. Apedaa. Boleh bersabar sikit tak?

Mommy sangat tak cukup masa nak kejar semua dalam masa tak sampai sebulan ni. Apepun akan kuuasahakan. Currently approaching 24w aka 6m. Naik tangga office pun rasa tak mampu. Pelik, puasa la sangat kan? Makan kemain banyak.

Asal plan jer nak tulis, asal berangan jer nak kene tulis betul2. Eh! Serabut la otak mak macam saya ni kan.

Masa nak sambut si abang Q, mommy tak fikir secara wide pun. Mendalam maksud di situ. So mommy fikir somehing simple and cuma memenuhi keperluan masa tu jer. Lemari baju anak pun cuma hagak2 jer mengisi space. Lainla kalau rumah besar maca dato' aliff syukri terlajak laris, kan.




 Ye lah kan, kain baju nak kene pecah 2-3 bahagian kat rumah lain2. Mula2 tu mommy cuma nak beli storage box besar jer pun. Lepas tu terfikir, eh! aku bukan nak pindah randah. Nak stay sini lama lagi. So convert pada drawer 4-tier jer. Coror pink pulak tu. Available stock time tu. Tapi tiap kali walid nak cari apa2 mesti dia tanya tingkat berapa? Auw..diri sendiri pun sebenarnya malas nak buka semua tingkat kalau tak jumpa. Itu anak baru satu orang. Tetiba Allah nak beri tambahan. Mula lah bercapah otak fikir nak almari baru design yang lebih senang mata mencapah. Skali bukak kalau boleh nak nampak semua.
 Skali bukak boleh nampak terus abang punya kat bawah, adik punya yang atas. Boleh siap labelling(office rule dah yer) mention siap2 nama kat situ. So that walid tak perlu tanya/laung baju anak kat tingkat mana?
 Drawer atas pun khas untuk 2 orang. Tapi barang mommy akan menyelit sama! Yang penting boleh lock OK!
Biarpun xde signature baby's thing pun kan, boleh letak kat satu sudut taska dalam ruang tamu. Plan asal nak yang jenis safety, buatan dari plastik dan takde bucu. ape pun kene rajin survey kat kedai2 tengok mana yang lebih praktikal. Tengok lah nanti ape yg mommy grab nanti.


*Adik punya somersault memang hebat. Asik nak terkucil je mommy kat office & rumah.