Kopi dan cawan

Salam,
Lanjutan daripada ini, masih menjurus pada hal2 kehidupan, kerja dan tekanan..terjumpa akan saya dengan entry yang agak best buat panduan. Asasnya entry ni berkenaan dengan hubungan persahabatan..tapi suka saya memetik beberapa rangkap yang boleh dijadikan panduan dan perlu difikirkan;

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.
Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain. Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Bagaimana penulis ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberikan sokongan di kala diri lemah. Bagaimana pelajar-pelajar tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang leka dibuai mimpi indah. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi. Hargailah sahabat yang berada di sekeliling kita.
 Sumber

No comments: