Jika digoogle tentang personaliti seseorang yang lahir pada bulan Mac, mesti ader tertulis tentang sikap kreatif dan cenderung dalam bidang seni. Itu hanya kajian. Dan tidak ader kene mengena dengan saya.
Jadi, saya tidak ader kemahiran dalam penulisan. Cuma angan-angan. Hanya suka membaca tulisan orang lain. Tambahan pula tidak tertapis perkara yang perlu dikongsi. Dan kebanyakannya sudah terlupa.
Buat masa sekarang, saya sempat dan akan kemaskini dari semasa ke semasa amalan dan doa-doa yang boleh sama-sama amalkan.
Sementara terlintas dalam minda, saya semakin kerap menjengah perkembagan pokok-pokok sayur yang saya tanam. Setelah lama menanti, benih peria dan lada yang saya beli di cameron highlands baru-baru ni tumbuh juga. Bersyukur dan semoga dapat mengeluarkan hasil. Belum ada kerajinan untuk snap gambar tumbesaran pokok-pokok di kebun kecil depan rumah.
Oh, akhirnya hari ni saya terima surat lantikan jawatan untuk tahun baru. Debaran sudah berakhir. Makanya, 2011 menuntut usaha yang lebih gigih. Dan mungkin juga cabaran yang baru dengan projek yang baru. Apapun, mestilah bersyukur sebab masih mempunyai pekerjaan di tanah air sendiri.
14/2 hari lahir suami. Walaupun dah bagi hadiah dan sambut awal2(takut terlupa bila tiba masa), tapi penyakit lupa datang juga pada pagi hari tersebut. Yang saya ingat pun jika tuan punya badan sendiri yang catat dalam calendar handphone saya. Dan yang seMac dengan saya ataupun yang lahir dengan kehadiran saya di hospital seperti anak-anak saudara yang hari lahirnya jatuh pada hari kematian Micheal Jackson dan yang lahir pada hari cuti pekerja. Dan vdate bukanlah tarikh yang asing sebab 1 dunia sudah maklum. Oleh kerana hati dan kepala masih semak dengan fikirkan tugasan pejabat, jadi urusan2 lain terketepi(alasan).
2 malam ini, ada liputan mengenai kenangan arwah Sudirman. Terpaut dengan kenyataan kenalan yang memuji sikap baik dan humble arwah. Hingga hari ini pun saya tidak dapat menyanyi-nyanyi untuk telinga sendiri lagu Salam Terakhir tanpa ada rasa batu dalam tengkuk(sebak). Hairan dengn Tuk Ti yang dapat mengalunkan dengan baik walaupun dia sebak.
Sekian merapu merapik sambil layan buletin utama.
No comments:
Post a Comment