Bonda' s health

"Fabiayyiaa laa irobbikumaa tukazzibaan.." Sesungguhnya nikmat yang mana lagi patut kamu dustakan?

Pertama sekali saya sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi sebab bonda saya sudah sembuh. 3 minggu mungkin tempoh yang singkat bagi orang lain menghadapi sesuatu dugaan tentang kesihatan. Saya rela diri saya sakit daripada melihat orang-orang tersayang menghadapinya. Mulanya saya bawa ibu pergi berubat homopati. Kata doktor buah pinggang bonda kotor sedikit, sebab tu darah bertoksin dan menyebabkan gatal keseluruhan tubuh badan. Doktor bagi ubat dan tempoh seminggu. Setahu saya remedi homopati menyebabkan penyakit 'keluar' sebelum sembuh. Maknanya mungkin rasa gatal2 tu berterusan untuk 1 jangka masa, tapi saya rasa tak sanggup melihat bonda saya dalam keadaan tu. Dan itulah yang berlaku. Kemudian, saya belikan minuman kesihatan Exfuze Seven. Semoga keadaan lebih baik. Tapi belum pulih. Abang saya sarankan minum minyak zaiton, kapsul habatusauda, cecair mandian anti-bakteria Tea Tree. Tapi situasi masih sama. Bonda belum pulih. Sehingga lah bonda saya ajak pergi rawatan alternatif. Untuk 'check' penyakit ni berpunca dari apa. Kata perawat, ada la sangkut2 jugak dengan benda luar. Saya macam malas nak percaya sangat. Apa pun kami berikhtiar, dan suami tetap 'memagar rumah' sepertimana yang disarankan. Cara itu juga digunakan oleh ustaz2 untuk menghalang benda2 mistik dari mengganggu anak Adam. Tiba satu masa, kakak no4 dan ibu saudara saya yang bongsu memujuk bonda untuk berubat di Kuantan dengan imam masjid. Pujuk punya pujuk, bonda setuju. Keputusannya, tiada kaitan dengan saka atau benda2 luar. OK, saya percaya. Tok imam guna air, limau nipis dan bedak sejuk sebagai 'ubat' penyembuh. Dalam masa yang sama saya terus mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan bonda saya ni. Akhirnya dapat petua Air rebusan daun sup. Cepat2 saya hello pada kakak dan suruh buatkan bagi bonda minum. Katanya banyak juga bonda saya minum. Alhamdulillah, sangat mudah petua ni. Selama seminggu bonda saya di Kuantan. Setiap hari saya minta update keadaan bonda saya. Akhirnya kami adik beradik sepakat untuk bawa ibu ke klinik untuk periksa darah. Bincang2 lagi, lebih baik terus ke klinik pakar supaya rawatan lebih cepat. Kerana saya masih berkerja, kakak2 saya bawa bonda dptkan rawatan ke klinik pakar kulit menon di bandar atas cadangan saya. Dengan kebaikan Allah jua, sehari dia selepas rawatan, ibu saya tidak menggaru lagi. Apa yang doktor buat dan check ialah;
  • injet kat punggung sebijik
  • check urine
  • BP
  • jantung
Hasilnya semua OK, doktor siap memuji tahap kesihatan bonda saya. Masalah utama yang doktor kata cuma masalah kekeringan kulit. Doktor bagi;
  • Sabun badan Margo - iklan Rani Mukherji
  • Losyen sebelum mandi
  • Losyen selepas mandi
  • Ubat makan 3 jenis.
Itupun untuk tempoh seminggu juga. Doktor juga cadangkan guna losyen VASELINE 'Intensive Rescue moisture locking hyperallegernic moisturizer'. Alhamdulillah saya bertemu losyen ni kat pasaraya berdekatan. Itu pun tinggal satu je. Rezeki bonda saya. Harga cuma RM11.70. 

Selepas 3 minggu, ibu saya start dah active. Buat macam2 kerja. Masuk 'office' aka 'hotel' yang sebenarnya ialah tukar cadar katil, basuh baju, pergi kedai acap kali dan macam-macam. Itu lah dia. Mana boleh duduk saya walaupun umur dah nak masuk 74 tahun. Alhamdulillah...3X semoga Allah SWT panjangkan umurnya untuk melihat anak saya membesar di depan matanya.



No comments: