Perkembangan Al-Qushayyi (Firas)

sebenarnya, xde masa sangat nak mencatat perkembangan Qushayyi. Bagi mommy, asalkan anak sihat Alhamdulillah. Sebab masa senggang mommy hanya mengepam. Buat kerja lain pun fikir psl nak mengepam. Mengepam dan mengepam. Tapi xde la boleh mengepam banyak kali pun. Cabaran..cabaran..

Masa cucuk 3 bulan Qushayyi rajin sangat berlatih meniarap/membalikkan tubuh. balik dri klinik dengan peha yang sakit bekas cucuk tu pun dia gagahkan diri berlatih. Alhamdulillah sebenarnya dia dah berjaya meniarap beberapa kali. Tapi lately dia malas. Kalau dia rajin berlatih, dia akn kurang bercakap(bahasa bayi).

kami(mommy&walid) dah berjanji, apa2 pun nak ajar anak kenal bahasa Al-Quran sebelum perkara lain. Jika anak boleh mengenak bahasa al-Quran, bahasa/ilmu2 lain dia akan mudah menerima.

so, sejak umur masuk 2 bulan kami dah tunjukkan nasyid kanak-kanak(Sofia & Rayyan) lagu Alif baa taa. Sampai sekarang Q sangat excited dan terhibur dengan vclip tu. Suara dia turut sama berdendang seolah-olah ikut lantunan lagu tu. Sambil-sambil tu, kami nyanyi juga lagu alif ba ta untuk bagi peransang pada Q. Doa kami, Q akan seronok belajar Al-Quran. Amiin. disebabkan kami dah ajar dia tengok/belajar guna tablet(seawal usia 1 bulan), skrg ni pantang tgk bende alah tu dah menangis sambil terkinja-kinja..mesti nak suh bukak alif ba taa dia..bkn stkt nk tgk je tu, nak tekan2 lg..haih bayi zaman sekarang ni..

till then..

Isu meroyan di pesbuk

Entah apa-apa la orang kita ni.

Orang ramai bercakap soal fenomena politik, diorg kata meroyan bab politik.
Mentaliti hardcore parti tu macam tu la kot. Salah ke? Hak masing2 la nak bagi pandangan. Sampai ada yang boleh kata, kalo x suka, pi la duk kat negara lain nun. Dah Malaysia ni nko yang cipta ke nak cakap orang macam tu? Nko ke yang tebang pokok nak buat rumah diorg?

Bab sukan pulak, orang sokong itu ini komen itu ini pun diorang bidas. Biarlah, semangat kesukanan tinggi la tu maknanya untuk tengok bidang kesukanan kita maju. Pemain, penyokong gaduh2 tu biasalah, EPL pon ada. Dah adat permainan. Salah ke peminat-peminat sukan nak jadi pengulas tak bertauliah kat pesbuk?. Diorang pun ada pandangan sendiri jugak.
Oh, diorg nak tunjuk intelligent sangat kot sampai kritik pengomen-pengomen macam tu. Kalau dah jenis kaki bangku atau memang tak minat sukan, diam2 sudah lah. Tak payah nak meroyan komplen orang lain pulak.

Pulangkan balik meroyan diorang.

Itu baru meroyan kes 2 perkara besar. Belum lagi hal kecil.

Kenapa yer? Suka sangat nak komplen/control orang suka buat apa, bukan dosa pun. Orang buat dosa you all tak control pulak.

Best selling COSWAY products

Tercapai hajat untuk memiliki rangkaian produk Cosway. Alhamdulillah. Semuanya hot selling item. InsyaAllah boleh cerita kemudian satu persatu tentang keberkesanannya.

Two step backward


Takkan nak cerita psl anak je kan? Berbulu telinga dengar. Tak kuasa mata membaca.

Undur sket. 
Undur lagi. 
OK, stop!

Dulu masa ttc saya tak de la nak mengeluh sangat pasal dugaan berttc. Hadap je la. Kalau mengeluh terlampau, maknanya kita tak redha, tak sabar. Allah kan ada sbg tempat mengadu. Malas nak mengeluh even dalam diari tertutup or terbuka. Tapi once dah ada anak, mula la terfikir macam2 perasaan pasal ttc. Tak sangka ye, entry psl ttc ader 21 post je berbanding psl kerja ada 25 post. Wah, entry psl kerja menang!

Orang yg ttc nak dilayan sbg ttcian ke eyh? Maknanya kalo org nak tanya kita psl anak kene pastikan ttcian xde dulu baru tanya? Orang yang ada anak boleh sembang dengan orang yg ada anak jer, org yg xde boleh cakap2 dgn org yg xde jer? Huh. Peliknya darjat. 

Saya dulu selama xde anak, tetiap hari duk tadah telinga org citer psl anak, ok jer. Kwn rapat dgn golongan mak2, ok jer. Kdg mmg la bosan tp xde la nak tunjuk sgt tak suka/terasa hati sampai nak buat orang yang cerita tu terasa kan.(haa kan dah pening, sapa yang patut terasa..hua3).haih.  Allah suh kita ttc sbb kita mampu n kuat, dan cuba utk lbh berfikiran positif jgn sampai nak putuskan hubungan antara yg ada anak n xde anak pulak.

Ampun maaf pada silent readers blog ni jika ada antara entry yang buat korang terasa. Saya tidak tulis blog untuk hentam orang. Tak pernah pasang niat untuk sakitkan hati siapa2. Tapi seandainya sebarang tindakan atau tulisan saya yang membuatkan korang terasa secara kebetulan, open your heart. Silap sendiri jika terlalu sensitif. Buat lah sesuatu untuk lebih berfikiran terbuka dan positif sebab orang yang positif, kesan usahanya lebih baik. Saya faham apa yang saya tulis sebab saya pun melalui fasa-fasa perit berusaha. Jangan heret orang lain untuk terjun dalam lembah duka kita sebaliknya bawak diri kita untuk sama2 tumpang kegembiraan orang lain, InsyaAllah hasilnya berlainan. - Eh! Ayat Dr.Muhaya ke ni? Bukan2 dia..nampak sama tapi bukan dia punya ayat.

Jika rasa berat sangat beban diduga, pandanglah golongan di bawah kita. Kalau kita dah kawen, bagaimana orang yang belum bertemu jodoh? Itulah cara saya pujuk hati. 

Mommyhood

Dalam kesibukan dunia baru bersama Qushayyi, agak penat sikit bila jadual berubah. Nah! Baru seorang anak dah kne bangkit seawal 4 pagi. Bukanlah hari2. Dah tak perlu nak set time bangun pagi. Qushayyi akan 'kejutkan' mommy ikut jadual dia yang dah tetap. Sekitar 5.30am dia akan bangun menyusu untuk kali yang ke3. Masa untuk change diaper, lap2 badan, tukar pakaian. Sambil Mommy n Walid siap2 untuk pergi keje, bergilir-gilir siapkan anak. Siapa yang siap dulu kene handle Qushayyi. Apa yg penting? Kerjaaasama!

Dah tak tahu bila nak buat hal2 luar.

the early toys

Trying his new pacifiers n toys
Yesterday we bought 2 more toys for dear son. And one more will arrive soon. The toys have so-called function to enhance holding and listening skill. Yellow horse..purple elephant n strike green bird shall attrack qushayyis attention to be better. The horse is for home use..elephant for cekdas house n bird for car entertainment..all have their sound when we shake n press. I decided to add qushayyis play item whenever he started enjoyed hanging bear n monkey on top of his rocking or bouncing chair. As he reaching the 3rd month in few more days. We need to alert what is best for him as development booster. I always pray to Allah I requested a brilliant n intelligent yet religious son.? Amiin.

Perjalanan perjuangan saya dalam menyusu badan anak

Wah tajuk, tak hengat.

Item.
Setelah penat dan puas membanding-bandingkan banyak aspek(sambil2 diskas dgn kwn), akhirnya saya pilih Medela PISA (double pumping) dan my fren pilih Medela Swing. Sebelum tu dua2 aim FS. (Haaa! Nampak tak akhirnya? Kami tak suka meniru kehendak n keperluan hehe)


Beli dari web littlewhiz. Saya ni regular customer dia sbb bila shopping kat situ dpt point, so later on blh redeem dgn brg lain. Harga asal rm1799 tp on sale jd rm1399. Tak rugi pun melabur demi kesihatan anak di masa depan yang lebih gemilang dengan susu ibu, yeah! Kita bakorr semangat sket.
  • Proven to feel most like a baby
  • Proven to get more milk in less time
  • Proven to achieve faster milk ejection and faster milk flow
Ia ada 2 fasa suction. Slow n fast. Diorg dah kaji kot, ala2 baby isap pon macam tu;
  1. Stimulation Phase - when babies first go to breast, they suck fast and light to stimulate milk flow.
  2. Expression Phase - after milk flow or "let-down" starts, babies breastfeed with a slower, deeper suck, bringing out more milk faster.
*Salin dari web medela.

Tapi sebab gelojoh punya pasal, saya tak de la baik sangat nak guna slow phase tu. Bila suction pam automatic changed to slow phase, saya trs tuko ke fast. Ulang2 mcm tu la sampai dpt susu dlm masa yg cpt. Daaaah x sama dgn baby punya suction.

PISA vs FS

Bag.
Love the PISA bag. Sebab boleh sandang belakang. Perasan smart. Kalo bag FS ladies like giteww. Nanti x hensem lah kalo mister husband yang kelek. Gittu..

Misi.
Kalo tak renew semangat setiap hri jgn mimpilah..alamat bungkus la pam yg beli. (Tiba2 baca ni sambil leher jadi lembik )Kalau murah tak terasa sangat yo. Anyway thanx to tmahyati..my old fren yg sntiasa bg support spya jgn mengalah. My husband too. Kalo sblm beranak brlagak sgt kunun mmg dah azam nk fully bf. Bla smpai msa fuh bnyk bebeno cbrnnya.

Awal2 dlm pntang pam leh dpt penuh botol 5oz dlm msa 45 mnt. Skrg msk  2 blnbln  dah blh capai jumlah  tu dlm msa 15 mnt.. alhamdulillah buat pmbkr smngt. Malangnya dh x buat double pumping. Rugi pam. Sebab? Tgn sblh lg duk sibuk tulis blog.huhu...x pon duk wechat. Xpon duk keeking. atau googling. Kalo xbuat mcmtu knpem pam smbil tdo..susu tumpah ke mn..pam duk sdut benda lain..

Dengan tahap kesedara semakin bercambah(lepas join fb group Kump. ibu-ibu Menyusukan), saya dah giatkan double pumping. Sebab nak jimat masa. Lbh2 lg di ofc. Kalu dok, apa guna beli yang ada 2 corong yo.
  1. Hari pertama mula kerja, kemain bawak bag pam tapi dua2 corongnya tertinggal. 
  2. Hari ke2 keje, bawak 2 je storage bottle medela. Pam time lunch hour. Line clear blh pam dengan senang hati. Dapat dalam 2 botol penuh. Buat double pumping sbb nak cpt. Alhamdulillah ok la tu utk awal2 ni. Hopefully mommy jd semakin rajin. 
  3. Day 3 bawak 3 storage bottles, medela n pureen. Tu je yang available. Yang lain penuh dgn stok susu beku Qushayyi.
Komitmen.
Hati belum kering. Power Pumping pon belum buat. Kat ofc la kalo nak buat pun. Tapi sebab hati belum kering betul tu la, asyik teragak-agak je nak tinggalkan meja kerja yang tak de kerja sangat buat masa ni. Takut bos atau teammate tercari-cari nanti, bajet macam orang penting la sangat. Tak de orang nak cari sangat pun padahal. Akan diusahakan pam selang 3 jam;

  • 10.30am - masa berehat sebentar bersama kit kat, minum pagi
  • 1.30pm - lunch hour
  • 4.30pm - Asar time
Tengok pada masa2 tu, baek punya time. Dan saaaaangat sesuai. ESOK MESTI BUAT! Hari ni malu2 ayam.

Saya belum jadi sehebat mommies out there yang hati kering boleh pam dlm tnds shopping complex, dlm meeting room kat ofc, dan sebagainya.

Hasil tuaian kat office.
Basic travel storage Medela PISA

Biasanya kat office saya buat power pumping. Eh! Betul ke idok caranya. Senang cakap, buat gilir2. Susah sikit nak buat double pumping kat office walaupun pam dalam bilik solat, tapi risau/malu dengan staf yang lalu lalang nak g toilet.

Semoga berjaya stop fm betul2. Amiin...

Mood.
Betul la kot orang cakap emosi mempengaruhi production. Keje 'kelang' apa pun kan, kalo xde mood nak keje, pastu mesin banyak off daripada on, konpom la production menurun. Dah membebel tahap nak menyimpang ke lain.

Kesahnya. Semalam saya ada sikit rasa2 kejam iaitu MALAS nak pam. Perasaan(Niat) je pun. Tapi malam tu saya pum la jugak ikut rutin. Nah! susu tanak keluar. Pam punya pam cuma 2 hingga 4 oz je kot yang tubaikk. See! Jangan set your mind dengan perasaan2 negative tu semua. Think positive. Susah and sibuk mcmn pun, tangggungjawab tetap kne buat. Demi kesihatan zuriat kita kan. Kesihatan tu lah aset kekayaan paling best sebenarnya. Tapi, hari ni saya dah set susah mcmn pun saya nak pam jugak. Nak buat stok banyak2. Walaupun dugaan corong pam dua2 tu tertinggal lagi kat umah. Rupanya Allah permudahkan. Husband bawak saya balik untuk pam. Saya buat power pumpping dan Allah bagi 13 Oz. Ok la tu kan. Syukur. Tapi saya nak target 1 hari kene dapatkan sekurangnya 20 Oz. Hopefully tercapai.

Moral of the story, dalam semua perkara pun kalau awal2 kita dah set dalam kepala benda yang negative, kesan negative la yang kita akan dapat.

Untuk tambah mood nak buat pumping, kene la tambah benda2 alah ni;

Kaan? Berselera betul nak pam bila tengok storage bottle beratur dlm kotak Autumnz tu. Dapat pulak percuma storage bag 5 keping. Jaadi la tu kan. Sebenarnya harga jualan untuk 8 botol je kalau tak silap and dapat free 2 botol. Berbaloi-baloi.

Manis kan rupanya?

Lihatlah rupa sebenar kecantikan Lilac Sweeties ni memanggil-manggil mommy untuk rajin2 pamkan stok BM untuk Qushayyi.

Tak cukup dengan itu, mommy pun beli jgk Autumnz storage bag. Bukan apa, kalau dah malas sangat nak basuh2 botol2 tu, atau nak ubah selera bagi orang yang mudah bosan macam saya, nnt simpan susu dlm storage bag plk. Dengar kata, smpn dalam storage bag lbh menjimatkan ruang legar dlm peti sejuk beku.

Foremilk & Hindmilk
Ya Allah..kalau tak tau memang sedih sangat. Nasib baik terbaca. Nasib baik berusaha mengepam. Sebab bila bekerja, tak dapat menyusu secara aktif dan mengagalkan hindmilk keluar setiap kali menyusu

Foremilk - susu awal (bahagian depan breast - lbh cair)
Hindmilk - susu 'lewat' (belakang breast - lbh pekat, mengenyangkan)

Qushayyi!!! Mommy sayang kamu ketat-ketat!

* Entry dah edit2 beberapa kali hingga masa kejadian agak mengelirukan. Maaf.

Buzy mommy?

Anak dah berumur 2 bulan lebih. Maknya masih 'sibuk'! dengan hal2 berkaitan tapi lupa nak semak info perkembangan pencapaian anak. Yang pasti moment tu saya cuma nikmati sehari-hari dengan penuh kesyukuran. Ia tak dapat nak diterjemahkan melalui gambar dan video. Mana tidaknya, konpem lah tak sempat nak rakam macamana tak senonohnya Qushayyi bersin dan sendawa. Haha. Siap ambik lajak bersin dulu dan sendawa ada ekor. Saper yang dengar sure terkejut. That's normal.

Once baby Q dah masuk umur 2 bulan, husband start dedahkan dia dengan pelajaran berbentuk music. Kami mulakan dengan pelajaran agama. Kami mahu kenalkan dia dengan huruf dan kalimah2 Allah sebelum huruf2 lain. Music video paling menarik perhatian Qushayyi ialah Aliff Baa Taa. Nampaknya dia sangat excited setiapkali kami mainkan video ni depan dia.


Tsa
Kaf




Pernah cuba bagi tengok Twinkle Twinkle Little Star tapi Q macam so-so jer. Gambar video memang cantik dan cute tp music agak slow motion sikit. Lepas tu kami cuba tunjuk Doraemon pulak. Agak terhibur si Qushayyi.

Sebenarnya suami pernah cuba dedahkan dia dengan music2 learn&play lebih awal, dalam lingkungan umur dia sebulan lebih, tapi time tu dia belum ada respond. Dia lebih suka tengok kelibat orang yang lalu lalang dekat2 dia. See! Mata dia tengok mommy yang tengah snap gmbo.


BERBISIK EMPAT MATA DAN MEMBIARKAN KAWAN KETIGA


Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Dalam suatu majlis dan pergaulan, sikap dan tindakan ini sungguh amat tidak terpuji. Bahkan sikap dan tindakan seperti ini sebenarnya merupakan langkah syetan untuk memecah belah umat Islam dan menebarkan kecemburuan, kecurigaan dan kebencian di antara mereka.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan hukum dan akibat perbuatan ini dalam sabdanya,

إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُوْنَ اْلآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوْا بِالنَّاسِ، مِنْ أَجْلِ أَنْ ذَلِكَ يُحْزِن

“Jika kalian sedang bertiga, maka janganlah dua orang berbisik tanpa seorang yang lain, sehingga kalian membaur dalam pergaulan dengan manusia, sebab yang demikian itu akan membuatnya sedih.”( Hadits riwayat Al-Bukhari, .lihat Fathul Bari, 11/83.)

Termasuk di dalamnya berbisik dengan tiga orang dan meninggalkan orang keempat, dan demikian seterusnya.

Demikian pula, jika kedua orang tersebut berbicara dengan bahasa yang tidak dimengerti oleh orang ketiga.

Tidak diragukan lagi, berbisik hanya berdua dengan tidak menghiraukan orang ketiga adalah salah satu bentuk penghinaan kepadanya.

Atau memberi asumsi bahwa keduanya menginginkan suatu kejahatan terhadap dirinya. Atau mungkin menimbulkan asumsi-asumsi (assumption)/andaian/menimbulkan syak lain yang tidak menguntungkan bagi kehidupan pergaulan mereka di kemudian hari.

Sumber: http://www.loveloveislam.com