Renungan pagi# Dari Ibubapa Cemerlang
Kita manusia adalah sebahagian dari alam yang tertakluk kepada peraturan alam yang sepenuhnya di bawah ketentuan qada dan qadar ilahi. Manusia punya kehendak dan keinginan yang tertakluk kepada kehendak yang Maha Berkuasa.
Salah satu sebab kita jadi kurang sabar kerana merasakan kita mampu menentukan sesuatu itu seperti yang kita kehendaki dalam imaginasi fikiran kita dalam tempoh masa yang tertentu. Bila ianya tidak berlaku seperti yang inginkan, kita jadi hilang sabar dan mula marah-marah.
Kehendak dan keinginan kita adalah imaginasi keegoan kita di dalam fikiran kita. Yang kita sendiri tetapkan berdasarkan ilmu dan pengalaman hidup kita. Bila kita marah kepada sesuatu yang diluar dari diri kita (anak-anak yang melakukan 'kesalahan', peristiwa yang tidak 'betul' menurut neraca fikiran kita), kita sebenarnya sudah meletakkan kesalahan kepada benda yang bukan sebenarnya. Yang 'bersalah' sebenarnya ialah apa yang di dalam diri kita, iaitu imaginasi keegoan sendiri yang kita guna pakai sebagai neraca.
Kita akan kekal sebagai seorang yang tidak sabar dan pemarah selagi imaginasi keegoan kita tidak dapat diperbetulkan.
Ia bukan suatu yang mudah untuk diperbetulkan, memahaminya pun agak sukar. Renung-renungkan lah.
No comments:
Post a Comment