Semua tahu yang rezeki itu mencakupi banyak aspek.
*kesihatan
*persekitaran yang baik
*jiran2 yang baik
*jiran2 yang baik
*dll
Banyak yang terpendam yang boleh dikongsi tentang dunia ke-ttc-ian.
Ada kawan lama yang cakap padaku bhwa tidak sempurna seorang wanita kalau tidak bergelar ibu.
Sentap kan?
Tapi saya tidaklah sampai perlu memutuskan tali ukhuwah.
Siapa saya untuk menghukum jika itu pendapatnya.
Saya masih layan kawan itu tahap terbaik(sama layanan mcm bestfriends sekalian, tiada double standard), dan anggap ia satu cabaran.
Tidak ada dendam walau sekarang masih teringaat kenangan & cabaran ttc. *Pengalaman berharga.
Ada sedara yang suruh ambil anak angkat.
Saya cuma gelak2 senyum2. Tak tahu nak menjawab kalau orang lebih usia dari kita.
It's OK. Small matter.
Ada yang nasihat, silalah banyakkan bertaubat. Solat taubat dan sebagainya.
Sentap? Ya.
Itu agak menyentapkan lebih dari biasa.
Tapi saya buat.
*Setiap nasihat dan saranan membina tidak boleh dipandang ringan. Jauh sekali diperkecilkan.
Kenapa perlu saya ego untuk melakukan semua nasihat orang kan?
Even bukan untuk meminta rezeki pun kita still kene bertaubat sentiasa.
Allah sangat suka hambaNya yang apabila melakukan kesalahan maka dia bertaubat.
Being ttcian-now-mother banyak mengajar saya erti kesabaran.
Kesabaran yang mempunyai batasan.
Kalau zaman solo saya boleh banyak bersabar n tolak ansur, tidak semestinya saya boleh kekalkan momentum kesabaran tu masa mengandung dan fasa seterusnya dalam hidup. Namun, ia pelajaran cukup bermakna.
Mendewasakan.
Hanya yang pernah mengandung tahu macamana beratnya nak handle perubahan hormon selama 9-10 bulan.
Walaupun ada cobaan untuk mengganggu tahap bP saya, Alhamdulillah saya boleh tangani dan masih berfikiran positif.
*bP=blood pressure
Catatan bP consistently baik. 110/70. Cuma pernah turun sedikit sekitar kandungan 6 bulan mengakibatkan pening-pening lalat. Doctor bg makan fish oil, ok dah.
Point di sini: bP tidak pernah meningkat akibat emosi marah/sedih atau apa.
Tips: Saya berdoa setiap kali saya diuji dengan sifat marah dan apabila saya bersabar, saya minta Allah jadikan zuriat yang saya kandung itu menjadi seorang yang cukup penyabar. Amiin.
Api syaitan akan padam.
Ujian semasa sakit beranak? Will story in kesah beranak Q.
Dugaan semasa berpantang? Alhamdulillah semua dalam kawalan.
-------------------
Sedikit pencemaran dalam blog ini;
Waktu aku preggy sekitar trimester ke2 and last, biasalah kan check up semakin kerap.
Bila balik ofc tanye collegue pasal kerja,,
boleh pulak sindir2 kat status fb.
Haaa..dengki lettew!
Kepada seseorang yang rasa aku ada buat salah BESAR sebelum status kamu itu ditulis/selain soalan itu, aku mintak sangat kemukakan pada aku a.s.a.p so that aku boleh mintak mahap secara sincere jika benar aku memang salah besar sehingga membawa kepada sikap2 mintak penampor yang berlanjutan seterusnya.
Andai aku ada buat salah sehingga perlu bermusuh, sila kemukakan pada aku kesalahan itu supaya syaitan tidak gembira dengan persengketaan ini.
* Aku tanya pasal kerja jer kot??!!
Tak buleh?
No comments:
Post a Comment