Nasi & Ulam


Terapi diri.
Selama berTTC, saya jarang untuk menulis mengenai cabaran hidup tanpa anak.
Kenapa? Kerana jika saya menulis tentang itu, bermakna saya SEDANG MENGELUH.
Berkeluh kesah tentang percaturan Allah Azzawajalla.
Saya tidak kata orang keliling saya waktu itu baik-baik belaka dan memahami. 
Tidak.
Ada yang memandang saya dengan label 'TIADA ANAK'.
Saya tahu dan saya dapat rasa itu.
Bukan assumption tapi dah terbukti.
Dan saya tidak pernah berbuat demikian sehinggalah ada orang yang menjauhi saya kerana label ini.
Bukan saya yang memutuskan silaturrahim dengan orang lain.
Tapi, orang lain yang memaksa keadaan sedemikian.
Saya hanya 'follow the flow'.
"Andai orang itu menjauhi/memutuskan silaturrahim kerana saya ada anak lebih awal dari dia, cuba terbalikkan situasi.
Saya percaya, perkara yang sama tetap akan berlaku.
Jadi, saya terima perancangan Allah sebaiknya."

Selama berTTC, saya tak perlu berbuat demikian. Tak perlu cari musuh. Tak perlu cari dosa kering. Hidup ceria macam biasa sesama kenalan tak kira usia dan status ibu anak berapa atau tidak.
Setiap hari menghadap cerita kaum ibu tentang ketelah anak-2 diorg, ia tak jadi kudis buta pun dalam hati saya.
Tak perlu nak compare saper lebih happy.
Tak perlu nak pretend apa2.
Tak perlu sangat2.
Kalau kita beria-ia sangat nak tunjuk lebih happy, maknanya hal sebaliknya akan terpapar.
Sapa yang makan garam lebih dulu faham sangat ironinya.

Motivasi dan kekuatan diri sendiri adalah bergantung pada prinsip sendiri yang dipegang.
Dan kekuatan keyakinan pada catur Allah.
Ketepikan saja kata-kata orang.
Bagaikan lalat berterbangan.
Saya sering ingatkan diri sendiri.
Kenapa saya meminta-minta Allah memberi saya tanggungjawab (sebagai ibu) sedangkan pada waktu itu saya belum layak?
Pada waktu itu, Allah memberi saya(kami) masa untuk membaiki apa yang kurang dari segi tanggungjawab dan persiapan fizikal dan mental.
Allah memberi kami masa untuk beribadah dengan tenang.
Ya Allah, sayangnya Allah pada kita kan..

Bila baca blog mostly-ttcian-now-mother such as J Farhana dan lain-lain, baru saya realize, perspektif kami sama jer semua.
Fasa sebelum, semasa dan selepas.
So, don't judge.

Jay adalah salah sorg ttcian yang out-spoken.
Haaa, jangan berani-berani tersalah anggap dengan dia.

Selagi kita bernama manusia, ujian dan dugaan tidak berhenti walau kita berada di tahap/fasa mana pun.
Tu tanda Allah SAYANG.

T_T

No comments: