Walaupun bertitle sampah tapi ia tetap wujud dalam kehidupan majoriti manusia.
Entry berkonsepkan sampah ini akan melibatkan lalat-lalat dan mungkin langau-langau sekali.
Pakej.
Dah namanya lalat. Halau2 pun datang lagi. Buat onar. Ignore pun dia akan bising jugak.
Ignore salah, tak ignore lagi lah salah.
Tak pe lah, lalat-lalat pun makhluk Allah juga..yer..co-baaaan..
Makcik2 warung kuey bese halau lalat guna plastik boddo jer. Ikat pada batang lidi. Kemudian kebas2 atas kueh. Lari lah kejap, kemudian datang lagi.
Makcik memang penyabar..syabas makcik2.
Hari ni mood aku baik-baik saja. Kebetulan khamis kot. Kebetulan juga KANGKUNG yang 'very the mahal 'tu turun harga.
Makan pagi sampai 2 jenis makanan tanda aku happy.
Jadi aku akan tulis pun berkias-kias.
Tak payah translate lah nanti jadi mental pula.
Kalau aku tulis straight forward pun orang suka menyalahfahamkan jugak.
So apa beza?
Biar hanya aku saja yang paham.
Sebab korang suka salah paham. Woha!
Tersalah paham atau ssengelleng buat2 tak paham.
Dah lah tak paham, lepas tu twist pula jadi 'bahan'. - eh, mcm pantun 1 kerat.
Bahan untuk enjek2 orang.
Enjek ke ejek?
Bukak kamus.
Kamus bahasa pulau ke bahasa melayu?
Wikipedia pun boleh..asal boleh paham.
Cakap pasal paham x paham, teringat kat puisi Ungku Aziz.
Suka lah puisi pasal kangkung ni, sungguh indah bahasa melayu.
"Puncaknya megah memanjat bukit, tak sedar akarnya terendam air parit"
Makan kangkung jom!
Nasi lemak kangkung.
Nasi lemak kangkung.
Malaysia sibuk pasal isu kangkung yang-kalau-dilempar-belakang-rumah pun biasa tumbuh meriah (dengan izin Allah), tapi dunia sedang gembira dengan pemergian Ariel Sharon, aka penyembelih Beirut. Setelah 8 tahun koma.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.
-rujukan ASD
Selingan lagi. Tentang Palestine.
Minyak zaitun terbaik ialah keluaran Palestine.
Tata.
*Jumpa lagi di lain risalah...
No comments:
Post a Comment