Hikmah dan dugaan datang bersama


Alhamdulillah..
Setiap apa yang telah Ditentukan oleh Allah SWT, itu yang terbaik buat hambaNya. Cuma doa yang terbaik diperlukan. Bukan pula mengeluh tatkala doa2 tidak termakbul. Kerana yang terbaik untukku sentiasa ada terhidang. Dalam sedar, dalam tidak.
Apa pun jua, perancangan semestinya yang terbaik. Yang penting harus diletak di barisan depan.
Err..merapik sudah. Gagal bermadah.
Setiap ketentuan ada hikmah perlu dipandang, dirasai, dinikmati. Ini ramadhan ke2 saya sebagai seorang isteri dan anak yang masih diberi kesempatan untuk hidup berdampingan dengan bundanya. Saya sangat2 berasa bertuah, tuah yang tidak dapat dirasai oleh abang2 dan kakak2 saya sepenuhnya.
Terima kasih Tuhan.
Terima kasih Tuhan, bagi saya bernafas di sisi suami dan ibu.
Terima kasih Tuhan bagi saya rezeki yang belum putus.
Saya malu untuk minta berlebihan.
Saya meminta yang perlu dipentingkan.
Ya, penting.
Dalam masa setahun setengah lagi, saya mahu terbang sebebasnya.
I aim financial freedom..wat else to do..
$$$ Errrrrr….saya masih boros $$$
Tapi, itu perlu. Maknanya? Saya tidak kedekut. Kan? ~Kenyit sket!~
;B

No comments: