Hari ni cuti Deepavali.
Tiket final TRG vs NS = RM50?? Wat the S
Emo bagaikan saya mahu pergi jer kan?
Politik oh politik.
Cukup MUAK, LOYA dan MUNTAH HIJAU dengan semua tuh.
Wah, rasa hari2 mau tulis cerita ceriti.
Tapi malas yang amat nak buka laptop.
Kalau buka, nnt x menjadi kerja lain.
Banyak la sangat kerja kan..@home.
Kain, baju, kain baju. Kedengaran mcm baaaanyak lah sangat kain bajunya tu,
wal hal tdk la mana.
Tapi, memesinnya selalu-selalu lah juger.
Hobi kot, mesin baju dan yang paling hobi ialah JEMUR baju.
Seronot okay jemur baju.
Rasa macam I lah penjemur baju terbaekkk.
Boleh gituh?
Paling tidak pun mahu tweet.
Tapi malas juga tweet even dr hp.
Entah.
TTC section:
Sudah dapatkan jus moments HPA.
Alhamdulillah.
Bulan ni kita gandakan usaha ya bang.
Oh, minggu depan abang out station lah sayang. Salahkan bos abang.
Erm, wat can i say.
Biar lah.
Saya akan terus berusaha.
Dalam kesengketan hidup belum bergaji lagi,
demi ttc saya akan usahakan. Sekadar termampu.
Terpaksa lah memendam nafsu untuk mendapatkan sesuatu barang *untuk bercantek-cantek* tuh. Saya teramat-amat nak sangat. Saya kene tunggu. Tunggu dulu.
Saya dah plan financial baek punya dalam 2,3 bulan ni.
Tengok-tengok cukup je untuk segala expenses.
Tapi....entah.
Macam ada lelehan duit lagi tu, saya upkan simpanan TH.
Tapi, tiba2 saja ader 2,3 perkara yang butuh uwang.
Oh! Nak benci pun macam tak baik.
Tapi plan saya always hancur.
Not on the right track.
Saya sangat bencikan jika PLAN saya hancur.
Sejak dulu lagi perasaan ini muncul.
Ok..saya hanya merancang.
Ketentuannya dari Allah jua.
Baiklah merancang *walaupun ketentuannya berlainan* daripada tak merancang langsung.
Dalam hancur-hancur tu plan kewangan peribadi saya, saya gamble jer melabur dalam 2 jenis koperasi.
Ade 2 pesakit yang kami lawat harini.
Dua-dua pesakit kanser.
Sorang kanser *broncus*, sorang lagi kanser kulit.
Keluar dari wad, kami pergi makan-makan b4 balik.
Keluar dari kfc hospital, mak baby tu tutup kepala baby tu dengan tuala sebab hujan rintik2. /* Ayat ni macam "sesuatu" lah. Tak reti nak susun macam mana lagi. */
Jadi, saya cuma nampak tangan bbay jer, saya rasa nak sangat pegang.
Nak sangat.
Tapi dah tak sempat.
Mereka dah menjauh.
Jika sempat, memang saya konpem dah pegang.
Tak kira walau apa mak dia n kakak dia fikir atau rasa.
Oh, hati tib-tiba macam 'bengkak' bila tulis pasal ni.
Tukar topik.
Pergi hospital lepas asar hari ni sebab saudara TIBA-tiba disahkan kene kanser.
Kanser dalam salur tengkuk.
Laluan nak masuk makanan tu.
Selama 51 tahun hidup dia sihat walafiat, kerja siang malam tunggang terbalik dan dikurniakan kehidupan yang amat selesa, akhirnya Allah duga sebegini.
Tiba-tiba saya insaf.
Tengok kereta baru isteri dia memang telan air liur sajalah.