Trimester Pertama Berlalu

Alhamdulillah,

Sudah melengkapi 3 bulan @ 12 weeks pregnant. Trimester pertama yang paling kritikal sudah saya lalui dengan izin Allah dengan segala bagai perasaan yang bercampur baur. Namun, melepasi trimester pertama bukanlah tiket untuk tidak terus bimbang. Langkah berjaga-jaga sentiasa perlu kita ambil kira. Doa-doa keselamatan jangan sekali dilupakan.

Melepasi trimester pertama juga bukan bermakna segala dugaan kesihatan lenyap begitu saja, tapi sudah banyak berkurang. Yang tinggal hanya saki-baki alahan. Namun, air liur masih cair dan mahu dikeluarkan sentiasa, terutamanya jika termuntah selepas sahur, alamat seharianlah melayan pengeluaran air liur. Sehinggalah tekak terasa kering dan keinginan meneruskan puasa sedikit goyah.

Alhamdulillah juga sudah masuk 10 Ramadhan umat Islam berpuasa. Syukur juga saya masih menguatkan diri untuk turut sama berpuasa, semoga Allah izinkan saya dan baby berpuasa penuh.

Dan hari ini, saya tidak masuk office. Selagi belum sampai masa, seminggu sekali je kot saya masuk. Belum betul-betul keperluan yang memerlukan khidmat saya di office.

Sahur:
Alhamdulillah, suami tidak cerewet. Dia setuju untuk bersahur dengan nasi goreng sahaja. Malahan sahur hari ini dia volunteer untuk memasaknya sendiri walaupun saya sedia untuk memasaknya. Saya makan saja. Nampaknya lauk sardin belum dapat kami nikmati masa bersahur. InsyaAllah esok mahupun lusa. 


Hari ni kami bangkit pukul 4am. Tapi oleh kerana kepenatan, dan kami tidur awal malam tadi, saya sudah bangkit jam 1.30am sebelumnya untuk update ape yang tak beres di dapur walaupun suami sudah membereskannya. Saya akan bangkit juga jika ada hajat tertangguh. Iaitu minum susu shake dengan ESP. Daaaan... makan puding biskut kegemaran saya. Mak aih! sedap sungguh, tapi saya hanya merasa seketul, sebab tak nak terlalu kenyang sebab mahu tidur balik. Kali ni saya try guna air masak sejuk pula untuk shake ESP, susu tepung anmum perisa coklat dan susu tepung mom&me vanilla.. Wah! agak lazat di situ. Alhamdulillah, ketidaksukaan saya terhapa susu semakin terhakis. Dan saya tekad untuk rajin minum ESP. 
Kalau dah ketiduran awal, memang kene bangun balik untuk solat Isya dan mendorong diri untuk meluangkan sedikit masa menghabiskan 1 surah lagi. Dan sempat menunaikan solat taubat. 


Oh ya, masalah bisa-bisa tapak kaki saya masih berterusan, dan semalam adalah agak kronik dan menyukarkan saya bergerak ke sana-ke mari semasa bekerja, turun-naik tangga. Kata seseorang yang dah ada anak 3, dia juga biasa alami simptom ni masa pregnant. Ia berterusan antara 3 hingga 4 bulan. Saya cuba  cari jalan untuk atasinya. Kakak ipar sarankan tinggikan kaki ketika tidur, saya dah cuba buat. Dan paling saya mahu usahakan, tingkatkan  pengambilan susu. Hari ni, kesakitan masih lagi terasa tapi tidak seteruk semalam. 


OK. Daaaaaa...

Indah Di Mata

Entah mengapa diriku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni tak bererti
Itu bait-bait lagu Aisyah.

Dulu saya selalu menegaskan pada diri sendiri bahawa perjalanan hidup setiap insan adalah berbeza walaupun adik beradik, mahupun kembar sekalipun. Setiap kali kita melihat keberuntungan seseorang, contoh: Kulit muka dia lebih cantik dari kulit muka kita, Dia dapat anak lebih cepat dari kita, Dia kawen lebih awal dari kita, Dia dapat kerja gomen berbanding kita swasta je, kontrak pula. Itu hanya apa yang kita (dan orang lain nampak). But once kita berpeluang mengenali mereka dengan lebih dekat, time tu baru kita tersedar, Ya Allah, aku sebenarnya bersyukur padaMu, kerana aku adalah aku, bukan mereka.

Allah SWT Maha Adil, dia turunkan nikmat bersama-sama dugaan. Terpulang lah pada kita macamana mahu blend 2 perkara tersebut demi menjalani hidup masing-masing. Allah bagi orang tu kelebihan/kegembiraan part lain, tapi dia beri tekanan(supaya kita bersabar) di bahagian sudut hidup yang lain pula.

* Ader seseorang pernah kata, atau saya pernah terbaca entah di mana bahawa;
Jika seseorang tu mengalami kesukaran semasa mengandung(alahan yang tersangat teruk). maka InsyaAllah dia akan Diberikan kemudahan bersalin. Mungkin sakitnya tidak lama. Dan sebaliknya.

Link bertukar

Saya pernah tulis entry yang kemungkinan saya akan open to public semula bila kandungan dah mencecah usia 5 bulan ke atas. Tapi saya bertukar fikiran dengan menukar url blog ini. Saya rasa nama url lama adalah sudah ketinggalan zaman, itu masa zaman muda mudi yang sedang gilakan sport tahap maksima.

Satu perkara ni masih bermain-main dalam hati. Saya tidak luahkan pada sesiapa yang rapat, cuma mahu mengadu dalam blog. ;|

Kali ke2 saya bertemu dengan seseorang tu (yang mana dia sudah tahu sejak awal lagi saya pregnant ), soalan dia;


"Ade ke x?"
Saya buat2 tak paham soalan, sebenarnya mahu soalan yang lebih jelas.
"Lekat ke x?"
Saya jawab: "Ada!"


Kemudian baru dia bertanya berapa bulan. Nah! Itu pun saya nak terasa hati. Mentang2 haku pernah gugur, cenggitu soalan yang di tanye. Ape la salahnya terus tanye berapa bulan dah? Then kalu tak de pun, akan kuberitahu juga.


Entah la, saya yang terlalu sensitif agaknya. Mungkin soalan tu biasa-biasa jer bagi orang lain jika mereka berada di tempat saya. Bukan apa, saya benci dengar perkataan gugur/jatuh. Even sampai sekarang pun saya tak pernah sebut tentang kemungkinan2 depan suami. Saya mahu harungi saya. Selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sebab Dia sajer Maha Memelihara. 


Saya tak mampu lagi untuk fikirkan yang buruk-buruk.

Baby pegang rahim mama kuat2 okai, mama nak bawa kamu ke alam Ramadhan Ya Kareem

Its gonna be fun with you inside my tummy, baby. This is the precious moment. 

Hari pertama Ramadhan, bermula dari bangun sahur, mama rasa sangat bersemangat dan kuat untuk menyediakan juadah sahur walaupun malam tu mama tidur lambat(sebab tak mengantuk langsung). Walaupun tak tidur pada siang sebelumnya, Subhanallah rupanya Allah beri tenaga untuk beribadah. Tapi mama belum menggunakan sebaik mungkin malam itu kerana mama terlebih fokus pada waku sahur. Mama bangun pukul 4am.

Sayang,
Baby kene kuat k, bagi semangat pada mama untuk menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih istimewa dengan adanya kamu bersama-sama mama. Di alam Ramadhan ni, banyak perkara yang kita akan lakukan bersama. Baby kene kejut mama untuk masak dan bersahur, lepas tu kita kemas dapur bersungguh-sungguh. Lepas tu azan Subuh akan berkumandang. Then, kita kene terus solat Subuh. Lepas solat Subuh, kita kene mengaji sehingga letih dan mengantuk. Lepas tu kita baru boleh rehat sekejap, tidur. Bila bangun, kita kene kemas tempat tidur dulu sayang. Lepas tu barulah basuh baju. Ala, mesin yang basuh bukan kita pun. Lepas tu kita akan buat benda yang mama paling muntah nak buat, iaitu lipat kain baju sambil2 tunggu mesin siap buat kerja dia. Lepas tu kita kene jemur baju la pulak. Sayang penat tak agak2? Mama rasa sayang kuat. Sangat kuat dengan izin Allah. Oh ya, buat masa sekarang, mama belum boleh bertarawih di masjid/surau. Mama masih ada simptom kecairan air liur dan mama perlu pastikan muntah-muntah tidak berlaku lagi. Sebab tu sebagai ganti kita kene cuba sehabis baik untuk mencuri waktu yang ada untuk beribadat di rumah saja. Tak kiralah kita di mana sayang, janji kita ingat Allah. Kan?

Itu jadual hari cuti sayang. InsyaAllah, semoga alahan kita cepat2 berlalu bila melengkapkan trimester pertama, mama dah mula kene kerja. Sayang, kerja mama agak mencabar. Tapi mama dapat excuse untuk tidak travel ke client site. Sebab mama terlalu ingin menjaga keselamatan kamu. Sebaik mungkin. Selebihnya mama berserah pada Yang Maha Zat dan Kuasa. Kita buat coding saja okai? Mama agak teruja untuk memulakan kembali kerja-kerja membuat programming, sebab kali ini dengan kamu bersama mama, sayang. Mama terlalu ingin melatih otak kamu bekerja sebaik mungkin. Nanti semoga Allah beri mama anak yang intelligent, efisyen dan cerdas dan juga sihat walafiat.

Sekian ~

Bertuah

Anda bertuah jika anda pernah berada di dalam kasut orang lain. Eh! Gilo ko hapo duk dalam kasut? Rilex2, itulah kalau translate ikut suka hati nak tulis je kat sini. ;)

Saya pernah TTC. I know how was the feeling and hardship.
Now, i'm pregnant. I can feel what the difference.

Bagi yang tak pernah TTC, kau hado? (pengalaman nak memahami hati insan2 TTC). Non hado kan? Jadi di sini siapa lagi bertuah? Ah. Siapa2 aja lah kan. Bila tak pernah ada pengalaman tu, nescaya la tak kan memahami malah sama ada dengan sengaja atau tersengaja atau secara tidak langsung akan men'terasa'kan orang yang masih TTC.

Bila dapat merasa pengalaman pregnant(walau belum tentu Allah izinkan selamat semuanya), kita sendiri akan dapat membezakan statement apa yang sensitif, mana yang tidak, mana yang atas pagar. Atas pagar that means, bagi orang yang mengandung ni, rasa biasa2 je, tapi amat sensitif bagi yang sedang berTTC. Tak semua orang yang tak pernah TTC tu berayat menyentapkan, tapi hanya segelintir. Kadangkala, tak perlu mengeluarkan sebarang kata-kata tapi, pandangan mereka kadangkan diertikan bagai ader sesuatu (disebaliknya). Saya tidak mahu menyebut disalahertikan kerana kita tak tahu apa erti pandangan tersebut sebenarnya, sama ada benar2 ada sesuatu atau sebaliknya.

Tak susah sebenarnya untuk mengenali hati budi, wangi atau busuk atau masamnya hati orang yang tak pernah TTC bila berhadapan dengan orang TTC. Sebagai contoh; Bilamana bersua saja, terus terlintas dalam fikiran dan kata-kata mereka tentang 'dia(bertuah) dapat anak cepat, kawan tu kesian duk tunggu2, x dpt2.' Apa yang terlintas dalam fikiran orang yang tak berapa nak suci hatinya ni, tentang APA yang dia ADA, dan apa yang KAWAN dia tu TIADA. See?? Wangi ke busuk?





Backdated entry




June 23, 2012 
[Belajar utk tulis tarikh sahaja. Peka dengan tarikh. Buka usia  kandungan. Buat apa la saya perlu beratkan perasaan untuk kira bende di luar kawalan saya kan. Redha dan tawakkal.]

Lepas jumpa nurse, doctor, saya dinasihatkan makan vits yg klinik bekalkan. Saya dlm dilema, sya stop shaklee dulu. Saya just amik asid folik. Dalam 2 hari macam tu, pagi semalam saya rasa lain macam. Ni mcm alahan dah datang nih. Tapi saya tahan je lah. Buat2 malas nak layan rasa alahan ni. Petangnya, mandi, muntah! Ops! Dia datang..tanana, tanana...

Saya refer shaklee group kat fb. Luckily, ade testi psl set J1. Lps bertanya 1 soalan, saya decide utk teruskan saja set Shaklee ni and abaikan asid folik yang klinik bagi. Kata diorg set tu dah complete.
Alhamdulillah, hari ni x de rasa loya dan muntah. Cuma mengantuk jer. Tidur kejap dalam kete on the way back from sis’s  home. Pastu malas der layan mata. Buat pape yang patut.

Pencapaian.
Orang tulis pencapaian baby lah. Saya nak tulis ’pencapaian’ saya. Pencapaian la sangat tu sebenarnya ialah kerenah. Kerenah ibu mengandung macam2 kan? Kalo berada dalam T1 tu sbnrnya mcm x mengandung sangat lah, Cuma mengada je lah yang lebih kot ha3. Mana taknya, mesti jaga betul2, sampai tahap stress bila orang macam tak faham betapa saya mengkuarantinkan diri. Sehingga wuju perasaan mahu tyg signboard begini;
”Do understand me. Apa yang saya dapat ialah hasil penat lelah, perit jerih, airmata air hidung bagai. Tak macam orang lain. So, please!”

Demi baby yang ditunggu-tunggu;

  • Saya avoid drive sesuka hati/jauh2. Even tak dibenarkan banyak berjalan, nak ke kedai runcit dekat rumah pun tak diberi kebenaran. Saya berdoa semoga rahim saya kukuh dan tidak akan menyusahkan orang2 yang saya sayang lagi. Memang macam ’patah kaki’ bagi seseorang yang agak ’bebas’ macam saya. Tapi kene tahan, kene sabar.
  • Saya amat berhati-hati memilih makanan,minuman yang disuap. Bimbang memudaraatkan. Walaupun terkeluar dari selera sebenar saya, its ok, just temporary. Sehingga selera hilang. Apatah lagi selera memasak.
  • Jadi tdo banyak, hari2 mau tidur siang. Sebelum berbadan dua, saya bukan begini. Amat susah untuk tidur siang. Walaupon mengantuk, tapi sanggup tahan mata. Now, tidak lagi. Saya lah yang pemalas itu. Ti............dur je la. Adoi! Tolong.
  • Setiap kali ingin ke tandas, saya berdoa, semoga Allah teruskan kandungan saya, sebab saya phobia jika ader spotting.
  • Elakkan angkat benda berat. Kadang2 tak perasan, jug air yg berat. Bakul baju yang tak berat sangat, saya angkat. Tak sanggup saya lihat org2 tersayang buatkan.
  • Sangat tak suka nak jawab kol dari phone rumah, mahupun hp. Huh! Penyakit ape nih? Sampaikan saya set hp sebagai meeting mode. Sms tu blh la bls tp kalo sms yg jns tanye2 soalan sangat, pergh, rsa mcm mls nak jawab. Oh, kejam.
  • Selalu mimpi yang pelik/tak best.

10w

Bismillah..

Saya semakin malas menulis, walaupun ada je bahan. Cewah, bahan la sangat kan. Banyak masa dihabiskan dengan membaca. Otak sangat bosan cuma membaca. Kadang terasa tidak sabar mahu buat coding. Bukan apa, otak perlu diaktifkan secepat mungkin, sudah terlalu lama tidak buat coding.

Oh belum cerita tentang rezeki yang Allah bagi (dalam keadaan terdesak). Maksud saya mengenai masa depan kerja. Sebagai sebuah kampeni swasta, kami perlu bersungguh-sunguh setiap masa untuk memastikan kesinambungan rezeki yang kami kais. Saya fokus pada kompeni induk yang saya bekerja yang berdiri atas nama dan pendapatan unit saya. Sungguhpun begitu, hidup bangun sesebuah kampeni masih bersandar pada kekuatan/senario politik semasa(tekanan keadaan). Ada kabel, ada projek. Itu gambaran secara kasar. Namun, kami berusaha untuk berdiri atas nama kekuatan pengalaman dan produk bukan kekuatan hubungan mana-mana pihak yang berpengaruh.

Dalam keadaan HQ yang terpaksa ditutup sementara dan berlaku restructure staff. Dalam waktu kritikal tersebut saya sangat berat hati untuk berada di bawah pengurusan yang lain yang mana tidak ada kaitan langsung dengan system dan programming. Dengan harapan yang tinggi dan semangat untuk meneruskan kesinambungan pencarian rezeki kami, saya (secara senyap-senyap) telah membuat inisiatif sendiri untuk memasarkan produk(sistem) yang kami ada. Especially, produk terbaru kami iaitu sistem pengurusan sumber manusia.

Akhirnya ia mendapat perhatian senior SBP saya iaitu senior SPM81 yang mana merupakan pengurus IT sebuah agensi separa kerajaan. Saya diminta untuk membuat demo sistem tersebut kepada syarikatnya. Jika sesuai, mereka berminat dengan sistem tersebut.

Demo.
Ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah eventho sistem tersebut sudah siap. Apatah lagi saya terlibat 90% dalam membuat persediaan untuk demo tersebut. Memandangkan demo ini satu titik tolak yang sangat penting bagi kami, saya letakkan fokus dan tenaga saya 200% dalam menyiapkannya. Saya perlu menyediakan salinan online demo bagi sistem ini. Salinan ini bukan semudah yang disangka kerana ia melibatkan sebahagian besar data yang mana perlu dikekalkan, yang mana perlu diubah dan yang mana perlu dibuang bagi mengurangkan beban pangkalan data. Untuk demostrasi, hanya data asas perlu dikekalkan. Saya perlu menyediakan slide yang dapat memudahkan lebih-lebih pagi untuk impress the client of what we have.


* Pregnancy ticker : Hari ni, genap lah 10 weeks a.k.a 2 month and half. Setengah bulan lagi untuk melangkah keluar dari zon yang benar-benar bahaya. Semoga Allah SWT memelihara kandungan kami ini.

Menunggu surat penting

Bismillah..
Hari ni saya masuk office. Sebab nak 'sambut' ketibaan surat penting. Sampai sekarang belum ada tanda-tanda surat tu aan tiba. Tersangat lah bosan saya di pejabat hari ni. Baca online news and baca forum tah pape. Facebooking as always.

Kebetulan hari ni adalah hari meeting sedunia. Oh bukanlah sedunia, i mean meeting management. Bila dah namanya management, mestilah lama. Kawan makan saya juga terlibat dalam meeting tersebut termasuklah si husband. Sebelum perut saya meracau macam minggu dulu, K.Mira dah selamatkan keadaan. Dia bawa saya pergi beli makanan. Alhamdulillah, terima kasih. Katanya ibu mengandung tokleh dibiarkan perut berlapar lama-lama. OK. Alhamdulillah lauk nasi memenuhi selera saya. Entah kenapa atau kebetulan saya suka makan lauk daging lately. Lauk daging merah(aaah tak kisahlah color ape) yang kuahnya pekat.Selera saya dan kmira hari tersama. Tekak ini memang dari dulu kureng sikit dengan kuah cair. Lebih baik nasi putih bersih tanpa kuah setitik dengan sayur goreng atau ikan goreng yang segar. Saya selalu muntah selepas minum air masak/air kosong. Dah la culas air kosong(macamana mahu cantik dan sihat?) muntah pula. Tak apalah, layankan saja. Saya berdoa dan berharap keadaan saya baik sepanjang di pejabat hari ni. Dan siap stamby 3 jenis asam yang beli di pasaraya dan di pasar malam. Sedap! Melampau lah pulak jika saya bawak jeruk mangga yang over sedap yang bonda saya buatkan tu. Lagipun sini xde freezer, sekali makan kene habiskan.

Tengah makan husband kol tanye status (risaukan saya atau baby?) heee whateva.. Sebab bari dia teringat yang 'kawan makan' saya turut terlibat dalam meeting yang sama.

Mengira.
Ikut pregnancy ticker baru 9 minggu 2 hari. Ikut ff(fertilityfriend) dah 69hari (9 minggu 6 hari).

Dengan perasannya everything will under control along the day, tapi 'termun' jugaks sebelum solat zohor. Oh! Sungguh terharu, diorang belum siap meeting lagi. Jam dah pukul 3.08pm. Adoi. Apedaa, mana mau makan lagi, solat lagi. Agak2 la kan.

By topics

Assalamualaikum sblm coretan diari dimulakan.

Interview:
Hari ni, saya kene masuk office. Sebab ader sesi interview new staff for the post of programmer or system developer. Calon nya hanya 3 orang saja yang terpilih untuk datang. Itu pun belum memenuhi kriteria yang kami sangat perlukan. Dan kami sedang memburu 2 orang calon lain. Paling mendebarkan dalam sesi interview calon terakhir(lelaki), our pengarah urusan bertanyakan pandangan peribadinya mengenai politik. Pergh!!! Sabor je lah bos ni. Dan jawapan si dia ni juga agak mendebarkan jiwa. He he he. Rupanya budok ni menantu orang kampung aku!!!! Kampung lama yang telah lbh krg 10 thn ditinggalkan.

Melawat:
Alhamdulillah saya bersama geng perempuan pejabat kedua-dua lot sempat berziarah keluarga si mati. Isteri kepada salah seorang staf syarikat kami bersama anak perempuan yang sedang dikandungkan selama 6 bulan telah dijemput Ilahi. Tambah menyedihkan itu adalah kandungan pertama mereka setelah 8 tahun berumahtangga. Saya terjatuh airmata dan gagal berkata-kata sewaktu mendengar cerita daripada suami arwah. Dia redha isterinya pergi dulu secara mengejut membawa bersama bakal bayi mereka yang sudah cukup sifat. Arwah sebenarnya cuma mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung. Darahnya turun naik. Dan jika diikutkan, agak tidak berbahaya dan saya yakin ramai ibu mengandung yang menghadapi situasi ini. Namun, siapa yang dapat melawan takdir. Allah lebih sayangkan orang-orang yang baik. Arwah pergi kerana sawan yang kuat, datang secara tiba2.

Kondisi:
Keadaan saya hari ni, emosi agak not really good. Mendung cuaca hatiku. Entah kenapa tiada apa sangat yang mencetuskan kegembiraan. Bila saya penat, saya cepat down. Dan kurang bercakap, tiada gurau senda. Dan yang paling merisaukan ialah saya macam dihinggapi oleh penyakit lama - batuk lelah. Banyak kali staf office menegur kondiri saya yang kelohatan melelahkan di pagi hari. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk meneruskan urusan pejabat dan luar pejabat walaupun cuaca agak panas. Saya berusaha untuk melalui tempoh kehamioan dengan gembira namun saya tidak mahu berangan terlalu awal terlalu jauh. Untuk lebih mengurangkan tekanan dalam mengira waktu, hari, minggu, bulan, saya tidak menghiraukan usia kandungan saya. Serahkannya saja pada Allah SWT supaya memeliharanya.

"Innarobbii...ala kullisyai in hafiz"

Makan:
Entah ini siaran ulangan atau tidak, saya sekarang hanya mahu makan di luar. Maksud saya menu luar. Bukan buat dari rumah. Mengada okey. Makan menu masakan dari restoran mana2 pun dengan berselera, namun selepas makan, bluwek. Rasa loya saja sebenarnya. Selalu muntah selepas meminum air masak. Macamana saya boleh minum air masak dengan banyak jika natijahnya saya akan bluwerk..

Supplement:
Bekalan 'remedi' homopati semakin berkurangan, hujung minggu ni saya mensti mengunjungi pusat homapati semula untuk sambung 'ubat'. 4x sehari kene makan 2biji. Pagi, tengahari, petang dan malam. Dan biasalah susah untuk memenuhi waktu2 tersebut dengan makan ubat, namaku manusia mesti ada waktu yang terlupa.

Leave it to Allah...

Reduce the risk:
Saya dah buat perancangan terbaik. Pebgorbanan yang bukannya kecil tapi bila kurang orang yang faham kenapa saya begini, amatlah membangkitkan rasa tension. Saya dah dan sedang buat yang terbaik, saya tidak mahu gagal kerana orang lain. Apabila saya tersepit dengan keadaan, saya ras aberdosa kerana mengecilkan hati-hato orang yang tak faham. Kebanyakan masa saya menolak pergi kemana-mana adlh kerana saya rasa sakit, ketidakselesaan di dalam perut. Tapi, dalam keadaan demikian saya terpaksa lah juga memenuhi demi menjaga hati-hati mereka. Akhirnya saya berbalik kepada Allah, apapun yang saya terpaksa lakukan, saya hanya berserah padaNya. Hanya dia lah pemelihara dan pelingdung yang agung. Dengan itu, hatiku kembali tenang.

Alahan:
Jangan berlagak sangat. Peringatkan diri sendiri. Konon tak kene alahan. Bg pengalaman sendiri lah kan, bg diriku yg dikira 1st timer ni(wpon yg 1st timer sbnrnya failed) kalo x ada alahan tak sng duduk juga. Aku ni mengandung ke tak, ye dok? Nah ambik, tak kene alahan, dimintanya pula. Ingat ke best ke alahan tu..Orang yang biasa kene alahan tahu lah betapa seksanya. Iman pun blh terguris okey..Jadi, Allah memenag mendengar dan tau mmg tau lah apa yg saya fikir iaitu (okey ke aku ni x de alahan?mengandung btl ke tak ni?), jd mula2 Dia bg la stater pack muntah seminggu sekali for the 1st month. Next month nah ambik nak sangat kan? Tak kira masa muntahnya, pagi, ptg, siang malam..muntah ler saya yer. Allah masih bg ihsan lagi tu, dia tak bagi pening2, skt kepala bagai..saya redha apa saja Allah tentukan asalkan kandungan saya selamat n survive! Biarlah saya menanggung apa saja kesakitan yang menimpa. Kadang saya rasa baiklah alahan betul2, sampai thp fikir di kuar kotak, (baik aku masuk spital, baru lah tak de org suh aku pergi situ sini..). Sampai macam tu sekali. Ya Allah ampunkan keterlanjuran fikiranku yang mengikut perasaan ni.

Makan:
Sejak awal pregnancy, tekak ni mengada-ngada mahu western saja. Selama 3 thn stgh ni tak heran sangat pun. Hubby jer yang suka. Now, nasi pun dah kurang lalu. Sbr je la tekak ni. Yang tak berapa molek itulah tekak ni mahu. Spagetti yg hubby buat, maggi ayam in cup. Oh tidak, maggi ayam in cup tu memang selalu menggoda sehingga ku tertewas. The previous week, hubby bagi rasa 2,3 mulut jer. Pasti rasa maggi tu trs menghantui sehinggalah saya beli sendiri kat sevenE. SimpSaya buat2 sibuk lalu dpn hubby sampai dia tanye, nak ke?
Tak mboh. Pusing lagi, eh nak ler semulut..Semulut jer k..See!!!! Siang td tgk tv rancangan JJCM, iqram dinzly jd hos..kbtln dia kunjungi gerai bergerak yg jual western food, sempoi murah dan sedap katanya lah. Masa dia try 4 jns spagetti tu saya rilex lg, pastu bila dia mkn chicken ommelete, pergh..saya mcm kucing berak kapur tgk dia kunyah. Mengganggu sanubari okeyh. Saya trs google cari resepi. Otak dah liar fikir bahan ape yg ade. Tiba2 teringat lagi nak makan kebab pita. ya tuhan..saya trs plan esok nak singgah giant. saya google semula resepi inti kebab pita yam. Dah lama x buat. Lupa. 'Gila' kan org bunting ni?