Backdated entry




June 23, 2012 
[Belajar utk tulis tarikh sahaja. Peka dengan tarikh. Buka usia  kandungan. Buat apa la saya perlu beratkan perasaan untuk kira bende di luar kawalan saya kan. Redha dan tawakkal.]

Lepas jumpa nurse, doctor, saya dinasihatkan makan vits yg klinik bekalkan. Saya dlm dilema, sya stop shaklee dulu. Saya just amik asid folik. Dalam 2 hari macam tu, pagi semalam saya rasa lain macam. Ni mcm alahan dah datang nih. Tapi saya tahan je lah. Buat2 malas nak layan rasa alahan ni. Petangnya, mandi, muntah! Ops! Dia datang..tanana, tanana...

Saya refer shaklee group kat fb. Luckily, ade testi psl set J1. Lps bertanya 1 soalan, saya decide utk teruskan saja set Shaklee ni and abaikan asid folik yang klinik bagi. Kata diorg set tu dah complete.
Alhamdulillah, hari ni x de rasa loya dan muntah. Cuma mengantuk jer. Tidur kejap dalam kete on the way back from sis’s  home. Pastu malas der layan mata. Buat pape yang patut.

Pencapaian.
Orang tulis pencapaian baby lah. Saya nak tulis ’pencapaian’ saya. Pencapaian la sangat tu sebenarnya ialah kerenah. Kerenah ibu mengandung macam2 kan? Kalo berada dalam T1 tu sbnrnya mcm x mengandung sangat lah, Cuma mengada je lah yang lebih kot ha3. Mana taknya, mesti jaga betul2, sampai tahap stress bila orang macam tak faham betapa saya mengkuarantinkan diri. Sehingga wuju perasaan mahu tyg signboard begini;
”Do understand me. Apa yang saya dapat ialah hasil penat lelah, perit jerih, airmata air hidung bagai. Tak macam orang lain. So, please!”

Demi baby yang ditunggu-tunggu;

  • Saya avoid drive sesuka hati/jauh2. Even tak dibenarkan banyak berjalan, nak ke kedai runcit dekat rumah pun tak diberi kebenaran. Saya berdoa semoga rahim saya kukuh dan tidak akan menyusahkan orang2 yang saya sayang lagi. Memang macam ’patah kaki’ bagi seseorang yang agak ’bebas’ macam saya. Tapi kene tahan, kene sabar.
  • Saya amat berhati-hati memilih makanan,minuman yang disuap. Bimbang memudaraatkan. Walaupun terkeluar dari selera sebenar saya, its ok, just temporary. Sehingga selera hilang. Apatah lagi selera memasak.
  • Jadi tdo banyak, hari2 mau tidur siang. Sebelum berbadan dua, saya bukan begini. Amat susah untuk tidur siang. Walaupon mengantuk, tapi sanggup tahan mata. Now, tidak lagi. Saya lah yang pemalas itu. Ti............dur je la. Adoi! Tolong.
  • Setiap kali ingin ke tandas, saya berdoa, semoga Allah teruskan kandungan saya, sebab saya phobia jika ader spotting.
  • Elakkan angkat benda berat. Kadang2 tak perasan, jug air yg berat. Bakul baju yang tak berat sangat, saya angkat. Tak sanggup saya lihat org2 tersayang buatkan.
  • Sangat tak suka nak jawab kol dari phone rumah, mahupun hp. Huh! Penyakit ape nih? Sampaikan saya set hp sebagai meeting mode. Sms tu blh la bls tp kalo sms yg jns tanye2 soalan sangat, pergh, rsa mcm mls nak jawab. Oh, kejam.
  • Selalu mimpi yang pelik/tak best.

No comments: