Repeat minum air gula

Short update.
2 hari lepas nurse dari klinik besar called me. Mula2 mcm reluctant jgk nk jawab sebab tak tau siapa caller. Memang lately gerus semacam nak jawab no yg xde dlm list. Serik kalau kene tipu atau kene promote entahpape. Nurse tu cakap sample darah saya dah beku dan tak dapat nak buat test. So, saya kene REPEAT minum air gula dan ambik darah semula. Aaaaaaaaper??? Dan2 tu jugak saya mengeluh dalam tel. Siapa suka minum air gula yang pekat likat tu? Dalam keadaan berpuasa. Bukan mengeluh tapi sangat ragu2 cara klinik nak mengesan penyakit kencing manis ibu mengandung. Nampaknya kene tanya doktor ni. Hari tu dia kol, esoknya jugak means hari semalam saya pergi repeat. Sebab rasa terkilan saya pergi lambat sikit. Nurse tu macam merungut sebab saya lambat. Bila nurse cuba nak sedut darah saya sebelum minum air gula tu, darah saya sikit je keluar. Nah! See. Darah pun tau nak merajuk. Nurse tanya biasa cucuk kat mana. Dengan xde mood n sikit emo saya jawab kat2 sini jgk la. Then, dia cucuk tempat lain pulak. Nasib baik darah banyak keluar. Lepas tu bila turn minum air gula, kene tunggu pulak sebab dah habis. Nurse kene bancuh lain. Sambil2 tu adoi lah kene menjawab soalan2 interview budak2 praktikal. Layankan je lah! Entah kenapa la pulak kali ni kene tunggu 2 jam untuk ambil darah selepas minum air gula. Biasanya sejam jer. Maknanya lama lagi lah saya kene puasa. Nasib baik lah malam tadi dah dinner berat2. So, tak terasa kelaparan cuma sedikit dahaga. Apa pun saya terima ni cuma sekelumit  cobaan dalam proses mengandung. Tapi dalam masa yang sama, saya plan seandainya Allah bagi peluang untuk mengandung kali ketiga(anak ke2), saya nak check up kat klinik swasta. Bukan kerana banyak duit, tapi kerana sayangkan masa.

Bukankah masa itu lebih berharga daripada wang ringgit?
Bila kakak saya tahu saya pergi repeat minum air gula, punya la dia terkejut n marah. Kenapa minum?? Saya cuma patuh. Dia kata sebab minum tu lah nanti senang dpt penyakit kencing manis. Ayyo! Moga disisihkan. Saya kene avoid gula sebaik mungkin lah ni nak cover balik.

No comments: