Check up @36 weeks

Malam tadi terjaga lg around 2.30am, muntah2 lagi. Angin kus-kus. Kene avoid terus cekodok atau kuih diperbuat dr gandum. Solat Isya' dan terlelap semula sebelum masuk kul 4am.

36 weeks 2 days. (Based on 1st day of last period. 4/5/2012)

Summary check up hari ni;
BP - OK 110/70

HB - Cantik & Naik 12.7 - Rasa2 ada kaitan dengan khasiat buah kurma. Cuma sempat makan sebiji kurma ajwah & 1 sudu VCO sblm pergi check up.

Berat - Lebih 0.5kg - Yess selera agak melampaui batas lately.

Degupan jantung baby - OK walaupun kali ke-2 JM Norazrin cari baru jumpa. Mungkin kerana faktor tumbesaran baby sebabkan bunyi semakin sukar untuk dikesan sedangkan baby dah jolok2 perut mama.

Sembab kaki - Ya. Alami juga bila dah hujung2 ni. Jari-jemari of course memang x leh nak pakai cincin baru dah walaupun cincin tu bsr - longgar time sebelum peknen.

JM brief mulai sekarang bila-bila masa saja akan deliver walaupun due 11/2/2013 sebab kandungan dah melebihi tempoh 9 bulan. Kata orang pulan, mungkin juga boleh delay lagi memandangkan 'perut masih belum turun'/masih kemas. Entah la. Berserah pada Yang Maha Kuasa. Yang selalu bermain di fikiran cuma - berapakah berat baby sekarang agaknya. Risau la sebab selera bertambah sakan sekarang. Nasib baik dah hujung2.

Sementara tunggu nama dipanggil untuk check perut and timbang, ada lah sorang preggy woman ni, leh dikatakan muda lagi, dalam lingkungan akhir belasan tahun hingga awal 20-an(entah lah saya bukannya reti nak bajet usia orang skrg ni.) Dia toleh saya, and panggil "Mokcik, kene kencing dulu ker?"
Whatttt??? Mokcik mu pggl aku? Hua3. Walaupun saya ada anak saudara yang dah umo 27 tahun, tapi aku x suka kot org pggl aku makcik! agak jengkel di situ. Agak-agak ar dik berbahasa tu. Then, saya macam..huh..x berapa nak give respond sangat budak muda cam ni. Baru mengandung kut. Dah register & buat buku. Tapi still terpinga-pinga prosedure check up. Should be dah diberitahu JM-JM sekalian yang ada kat situ. Then, dia macam mengeluh lagi, katanya x ramai pun JM yang bertugas. Aik?? Berapa kali kut adik ni dtg check up kat sini. Hari ni dah kira full dan semua JM bertugas. Semuanya 4 orang tak termasuk JM2 bahagian lain, iaitu 2 bahagian lagi, 1 bahagian rawatan pesakit luar dan satu lagi saya tak tahu. Saya macam sengih tak sengih n senyum tak senyum je la. Then dia talk about the cat yang tengah buyung jgk mundar mandir dalam klinik. Katanya, bsrnya perut..dah 8 bln kot..Saya senyum kelat tanpa toleh dia.

Saya tak suka sgt pets. And jarang nk bg respond bila ada yang perkatakan about the pets. Kdg2 je la layan. Teringat zaman kat Buzznet. Sorang kawan; Nadiyah hebat duk cerita pasal anjing area rumah sewa dia. I just like hear cam2 tu je n macam xde orang pun ckp dgn saya time tu. Oh! Kejam kot. Then, nasib baik ada si Ajis(Aziz) kat tempat penceritaan. Dengan semangatnya si Aziz yang baik hati ni la yg merespond cerita Nad. Hehehe..klakar la bila teringat zaman Buzznet. Setiap orang sangat lain karakter. Tapi itu la yang merapatkan hubungan kami. <3

No comments: