Makan, makan & makan

Malam td berkesempatan pergi majlis tahlil arwah bapa saudara belah hubby. Arwah Pak Harun. Sempat lah beramah mesra bersembang dengan mak-mak sedara hubby. Yang pasti mesti la topik mereka berkisarkan isu kandungan dan kelahiran. Bila tok keluar after solat, Tok Yam tegur perut saya yg besar, kenyang ni katanya, disambut gelak ketawa mak-mak sedara. 9 bulan dh ni .. sambung Tok Yam. Mak-mak sedara mcm terkejut sebab tekaan Tok Yam sgt lebih tepat berbanding anak-anak Tok Yam sekalian. Haha! Kagum dengan Tok Yam. Bila tiba time makan, Mak Cik Ani, mak sedara hubby juga offer saya kuaci *biji labu* lepas kami makan nasi kuning. Saya tolak dengan baik sebab kenyang sangat makan bertambah. Dia tanye lagi, tak teringin ke ni? Tak, jawab saya lagi. Saya faham dan sangat terharu dengan orang sekeliling termasuk kawan-kawan. Mereka sebolehnya akan mengotakan apa saja hajat makanan saya selama mengandung, dan lebih2 lagi bila dah sarat begini. Semoga Allah saja membalas kebaikan dan pemahaman mereka pada saya. Si husband lagi la, time2 gini saya sebenarnya kene control makan jgk sebenarnya. Tak boleh ikut nafsu. Padahal time gini la nafsu membuak-buak untuk makan dan makan. Mengalahkan 8 bulan sebelumnya. Hai, masak lah nak kecik balik nanti. Dah janji dengan hubby kene kuruskan balik. Kalau tak janji dengan dia pun, tetap janji kat diri sendiri seboleh mungkin nak jaga badan. Walaupun ada suara2 yang akan cakap..ala susah punya la. Kita cuba la kan. Sebab bonda saya sekarang dijaga oleh kakak saya #2. Jadi, bonda tak dapat la nak catu apa yang saya makan, Yeay! Suami, macam biasalah, ikut je selera bini. I want this, want that, u go get it. Huuuu..Bila berpantang nanti, akan dijaga oleh kakak no2 juga. Siap lah, awal2 lagi dia kata kawalan makanan pantang semestinya ketat. Yo lah tu kan. Ikut ajer lah kalau nak sihat n back to normal semula. 2 bulan je pon paling singkat. Sama juga tempoh macam alahan. Hopefully, ia tidaklah memebebankan. Ikan bakar dah memang faveret pun. Tak ada kuah2 pun dah cukup. Ikan bakar cecah air asam..yuuuuu bes nya.

37 minggu 2 hari.

Auuuu, bila nak banak ni ?

No comments: