Next

Done lantai. Urgent punya pasal nak settle cecepat sebelum cuti sekolah sebelum Ramadhan. Abang ipar komen la kata lawa. Dia saja la nak jaga hati aku. Then dia bagitahu kakak aku dia kata gelap! Haha.
Tak pe lah. Apa nak buat. Nanti aku cover dengan karpet cerah pulak! Nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. Atau nanti tindih dengan corak lain. Mak aih. Konon bajet. Pelan asal, alah pilih je dulu mana-mana tak payah nak beria-ia sangat.
Lepas tu kakak buat lawatan di malam hari. Kakak cakap, ok je lah. Takde lah tak lawa sangat! Ye ke? Dalam hati lega lah sikit.
Itu dalam rumah dan dalam bilik semua.
Kemudian dapur.
Port penting bagi suami terchenta. Haha. Ye lah. Dia kan chef kami.
Kedai ke2 juga. Lepas minta pendapat kakak dan anak dia, akhirnya aku pilih color faveret aku + silver sikit. Ramai puas hati.

Next. Kakak dah bagi meja. So kene cari kerusi je lah.
Mana ada kedai perabot jual kerusi makan sahaja. Haha. Kot.
So, cari kat bundle lah.
On the way balik ke rumah family, ternampak kerusi konsep bar. Dah berkenan sangat. Janji punggung empuk.

Lepas tu mulalah pergi kedai Mr.DIY cari pelapik serbaguna. Haha. Bagi selesa sikit.
Apa-apa lah. Janji sedap duduk makan.
Kaki meja dah mcm kaki kuda.
Susun atur belum final lagi. Sebab dalam proses mengemas lagi.

No comments: