Bismillah..
Allahuakahbar..
Alhamdulillah..masih Dipinjamkan nafas hingga saat ini ... yang akan menyambut Ramadhan yang suci buat kesekian kalinya.. Syukur pada Ilahi.
Pastinya cabaran Ramadhan kali ni darab dengan 2.
Yang lepas Q baru 'buleh kaki' dan ligat dalam masjid kalau bawak dia. Memang nak beribadat tu 'kelaut' lah jawabnya. Dan susah juga untuk Walid tinggalkan ke masjid sebab pasti akan ada drama.
Sekarang, aku masih kurang yakin untuk handle anak-anak tanpa ke-berada-an Walid bersama atau Bonda aku bersama sebab almaklumlah hero sama hero suka berebut perhatian wanita idaman mereka buat masa ini haha.. Berebut mainan lagi. Yang sulong ahu jadi dominan. Yang muda mahu bersaing. Lepas tu drama. Bergilir menangis. Auuu migrain mak!
Tsaqiif Ahmad belum merangkak. Suka sangat menjulur sampai kulit ibu jari kaki dah 'auh'! Kesian. Jadinya, prinsip2 semasa anak pertama tak dapat kekal dengan anak ke dua. Terpaksa wujudkan kenderaan untuk baby T juga untuk elakkan sebarang kecuaian Abg Q yang kdg berlari laju atau terlompat-lompat. Ramai yang menentang tapi apakan dayaku. Asyik abang Q jer yang dapat habuan. Adik nak juga. Tsaqiif Ahmad juga ada kalanya perlu full attention. Memang tak boleh nak buat ape lah. Kerja-kerja memasak dan memakan dikuasai Walid 80%. Hanya jika T tdo baru aku boleh berkarya di dapur.
No comments:
Post a Comment