Aku ada tulis plan aku next dalam entry yang lepas. Dan dah buat. Cuma tak
sampai pada sample ikan koi dan udang sebab aku bakal dapat sample baru! Iaitu
seahorse.
Apa yang penting sebenarnya dalam research ni? Aku tak layak sangat nak jawab persoalan ni, boleh belek blog Dr OT. Cuma aku boleh bagitahu berdasarkan pengalaman yang secubit ni.
1. Data
2. Expert
3. SV yang ada chemistry dgn ko
4. dll
So, sebelum buat kajian, sebelum mulakan kajian apa2, kene check apa yang perlu ada mula2. Macam kes aku, sepatutnya sebaik selepas daftar jer, memang aku perlu dapatkan data ikan arowana tu dulu. TAPI, SEBAB location kajian aku tu jauh di Perak sana, aku terpaksa bergantung pada pihak lain. Banyak kekangan dan perkara-perkara yang terkilan berlaku yang malas aku nak ulas dalam ni. Sehingga membawa kepada aku nak tukar sample atau data kajian.
------------------------------------------------------kene
tahan 15 jam---------------------------------
Pandang belakang
sikit pada minggu sebelumnya. Selepas seminggu berhempas pulas berkejar
sana-sini, akhirnya kesihatan aku sedikit terjejas membawa kepada anak3. Dalam
masa 2 hari bila Auf selesema dan batuk, tiba2 Sabtu malam tu aku perasan
pernafasan babyAuf agak tidak stabil. Dia tidur dalam pukul 11mlm. Lepas tu aku
bz lah nak buat kuih ropal sebab perut lapar malam2. Sambil2 jenguk anak2
tidur. Beberapa kali aku bagitahu Walid dia, tentang kerisauan aku. Aku plan
nak check kat tempat berurut dulu dalam pukul 6pg, lepas tu baru nak pergi ke
doktor. Bila dah pukul 2pg aku rsa lambat lagi nak tunggu 4 jam. Aku kejutkan
baby Auf sebab nak check mood dia ok ke tak bila terjaga. Mood dia ok jer, cuba
nak main bila dah terjaga sambil2 aku kejutkan walid untuk tengok pernafasan
Auf. Hati dah rasa tak sedap so kami terus siap2 kejutkan anak2 dalam pukul
2.30pg keluar pergi KD lepas tu terus ke emergency hospital besar. Terus masuk
seksyen kritikal. Paramediks check pernafasan kiraan dlm 60 perminit. Mulalah
drama baby Auf melalak sebab kne ambil darah. Percubaan kali pertama gagal nak
ambik kat tgn. Kali ke2 berjaya pasang jarum di kaki. Lepas tu terus masuk ubat
dan neb. Warded sekitar jam 4.30pg. auf tidur sekitar jam 5pg. Tapi aku
takdapat nak lelap pun. Hanya memerhatikan dia tidur. Hinggalah waktu azan
subuh. Aku pesan pada nurse sebab aku takut auf terjaga. Aku rsa sempat baca
doa satu ayat jer kot, bergegas keluar dari bilik solat, jiran2 di katil dah
lambai2 kata auf terjaga. Nasib baik tak sempat melalak. Lepas menyusu,
dia tidur semula. Suhu dia sebelum subuh makin meningkat ke 38.2. ubat demam
diberi. Jam demi jam syukur sebab suhu semakin turun aku rasa2 mungkin sebab
jarum ubat kat kaki dah tercabut. Dipendekkan
kisah warded kali ke3 ni, Doktor pakar bagi izin discharge petang tu. Syukur
tak terhingga.
Auf agak sensitif
dengan bulu kucing, debu dan asap. Walaupun doktor mengesahkan hanya 5% chances
dia nak kne asthma, tapi kekerapan tidak sihat dalam setahun agak tinggi.
Sebelum auf kne acute kali ni, kami ada peprgi rumah sepupu dia untuk sambut
birthday abang aku. Ada la sekor kucing yang beaar giler dan bulu pnjang giler.
Dan satu lg Auf alah dengan karpet. Kami pakai sebab cuaca sejuk sangat. Nak
pijak kaki kat lantai jubin pon tak sanggup. Dah kne mcm ni terpaksa simpan
balik karpet. Krim herbal pun habis stok kat rumah. Terus cepat2 beli.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh ya. Masa cuti
konvo aku ingat nak rilex2 kosongkan pikiran serabut tapi aku curi2 masa dengan
hadamkan tulisan2 Dr. OT dlm blognya. MasyaALLah. Rugi x hadamkan awal. Dulu
sempat jenguk fb dia jer. Malangnya aku bkn belek fb skmo. Jd termissed. Rugi
masa satu sem sebab kurang ilmu tentang pemilihan tajuk research. Aku
fikir tidak akan ada masalah bila just follow the advice. Kalau engkorang yang
bakal nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi tu,elokla hadamkan semua
penulisan Dr Othman Talib dalam blognya. Sebab aku tak sempat nak sisipkan pesanan2 berguna dia dalam blog aku ni. Aku
Cuma remark dalam log book aku jer.
Mulanya aku plan nak jumpa Dr Uzair hari rabu. Malangnya dia
tak free pula pada masa aku free. Hari selasa aku ‘ambik’ lagi sehari untuk
recovery process untuk sihatkan anak3 bawa mereka pergi berurut. Tiba2 lepas
zohor hari selasa tu Dr.Uzair free. Apa lagi, kami bergegas ke pusat
penyelidikan INOS. Mulanya fikir nak pergi sorang2 jer and hantar Auf pada
pengasuh tapi kesian pula sebab dah bagitahu pengasuh Auf awal2 nak cuti lagi
sehari. Padahal encik hubby pun tidak sihat. Tapi aku bebankan juga dia. Dalam
hati boleh bawa anak2 sekali hirup udara petang di tepi laut sebab INOS betul2
tepi laut. Keluar rumah sekitar jam 3ptg.
Dalam hati rasa macam mahu menangis. Sebab
rasa tertekan. Ini dah kali keberapa aku terpaksa kejar seorang demi seorang
demi mendapathan sample data mahupun secebis cadangan. Apa nak buat, aku fikir
perlu simpan saja airmata keperitan ini untuk sebuah masa depan nanti. Selepas
semuanya selesai, aku mahu menangis kesyukuran bukan menangis kepenatan atau
sebab tekanan.
Balik rumah malam tu aku terus baca 2 naskhah jurnal yg Dr
Uzair bg. Dan sambil2 cari literature lepas. Aku rsa mcm dah banyak yg buat psl
photoID utk sea turtle. Aku terjaga jam 2pg and still searching dan fikir pasal
gap apa nak isi bab penyu.
BUNTU sampai
jam 5pg.
Kebetulan Dr Mus
baru blk dr KL. Walaupun dia x sempat nk balas emel aku psl masa mana
dia free..aku sempat curi2 cari dia. Dengan izin Allah kami sempat diskas. Last2 dia cadangkan buat pasal sea horse.
Maka bermulalah pencarianku data seahorse....