"Anger vs Cool: Cool won the situation"
Aku bkn seorang yang pakar ketenangan. Cuma berkongsi apa yang aku belajar dr setiap perkara dlm hidup. Aku percaya ramai yang gagal mengawal emosi ketika marah. Bila marah suara lain macam jer. Tahap didih naik lagi, graf nada suara pun makin menaik. Bila plot graf suara di sebelah sini menaik, amat jarang plot graf suara di sebelah sana menurun atau stable. Dgn kadar tidak mengharapkan perubahan plot graf kemarahan org lain, kita kene beruhasa kawal tahap kemarahan sendiri.
Berdasarkan pengalamanku, perbincangan dlm keadaan marah/perli-memerli tidak akan menghasilkan keputusan yang baik. Jika adapun, muungkin lambat kerana tahap kesejukan hati masing2 tidak sama dan keadaan rasional mungkin akan dtg kemudian dan mungkin juga tdk akan muncul.
Tdk kiralah dgn sesiapan kita ader argument tapi praktikalnya sama sajer. Dlm agama kita pun sangat tdk menggemari kemarahan kerana ia dr syaitan. Marah yg tdk terkawal akan menimbulkan pertelingkahan dan lebih dasyat lagi ia berpanjangan kerana lukanya terlalu dalam.
Caraku mengawal marah(adakalanya berjaya adakalanya gagal, yng penting kne berusaha lakukan yang terbaik);
- Bayangkan org2 yg jns cool. Tak kiralah org yg kita knl ke org selebriti ke atau watak2 dlm cerita/filem2 ke. Aku bygkn kwn2ku yg jns cool. Ku fikir, hmmm dah la mereka cantik, cool pula tu. Lg cantik. Bg yg tahap rupa biasa2 saja,kalau marah mesti lg buruk. Bukan sajer muka jd x cantik tp reputasi akhlak juga akan robek.
- Segala ketidakpuasan hati/perkara berbangkit disuarakan dlm keadaan tenang dan terkawal. kerana aku blh nampak *suara yg rendah itu lebih didengari(diambil perhatian)* berbanding suara2 yg menekan-nekan seakan mendesak.
- Yakin dengan Allah SWT dan audience yg kita semuka itu bahwa segala yang benar itu akan mendapat tempat akhirnya. Walau sehebat manapun dirasakan ada pihak yang mahu menindas. Allah kan Maha Adil. Mungkin mereka menang di peringkat awal,namun akan tewas akhirnya.
- Ingat: Sesiapa yang berundur drpda keadaan perbalahan sedangkan dia berada di pihak yang benar, Allah SWT menyediakan sebuah rumah untuknya di tengah2 syurga.
Marah, kesannya sangat dasyat. Berbahagialah bagi mereka yg berjaya menahan mrh.
No comments:
Post a Comment