Maal Hijrah 1432H


Salam,
Belum terlambat utkku ucapkan selamat tahun baru Islam buat semua, 1432H. Ya, bumi semakin tua. Perlu luaskan skop view spy lbh besar lagi, bkn shja hanya melihat diri sendiri @ usia perkahwinan. Terima kasih buat collegue(s), family member(s) yg berpesan-pesan spy membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebagai azam dan niat kepada jalan hidup yg lbh baik. Insyaallah.

Walau sepanjangmanapun doanya, bait2 maksud perlu kita perincikan. InsyaAllah terasa sayu, pilu dan terkesan di hati untuk berubah dan bertekad ke jln lbh Diredhai.

Alhamdulillah doa akhir tahun sesuai dibaca selepas solat Asar. Sedang saya membelek kertas doa menjelang maghrib itu hari, tetiba tersedia di kaca talibesen memaparkan bacaan doa tersebut. Alhamdulillah, lebih memudahkan dan bersemangat.
Tetiba suara hubby memecah kesunyian.."Aik! Doa ader background muzik?"

Sedikit terkilan apabila kita sedang ingin concentrate doa namun sedikit terganggu dan tdk selesa dengan alunan muzik tersebut sebagai latar. Oh! Apakah...
Usaha stesen tv tersebut utk menyiarkan doa2 sebegini sebagai alert amat dihargai namun jika ader unsur2 duniawi yg tdk blh ditinggalkan walaupun sekejap amatlah perlu direnungi.

# Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kita umat Nabi Muhammad SAW yg sentiasa mencari kehidupan mengikut jejak Baginda..Amin

No comments: