Resepi steamboat





Steamboat dlm erti kata lain Yong Tau Fu.

Bahan A:
Sup ayam. Rebus rangka ayam/ketulan ayam yg dipotng kecik2. Letak garam/perasa sket.
Kalau nak sedap, buatlah sup tu sptrmana anda buat utk makan dgn nasi ayam.

Bahan B:(Kuah/sos)
  1. Cili besar 8/10 biji(terpulang kepada hidangan) 
  2. 2 ulas bawang putih 
  3. Cuka  1/4 gelas kecik
  4. Gula halus 1/4 gelas kecik
  5. Air masak 1/2 gelas kecik
  6. Sos tiram 6 sudu besar teh
  7. Sos tomato 2 sudu
  8. Sos cili thai 2 sudu 
  9. Sos sotong(jika suka, tapi saya tak suka ;( ) 
  10. Kacang tanah - yang telah digoreng dan ditumbuk kasar (untuk ditabur atas sos) 
Bahan 1-7 diblend hingga sebati dan pekat. Masak sekejap atas api yang perlahan.

Bahan C:
  • Fishball, meatball, lobster ball dan segala jenis ball yg anda mau
  • Fishcake 
  • Udang
  • Sotong
  • Wan tan
  • Fucuk
  • Sosej
  • Kangkung
  • Tauhu keping
  • Cendawan
  • Sawi madu 
Cara2:
  1. Masak kuah sup dahulu dalam periuk biasa. Reneh dalam dalam periuk elektrik besar@periuk khas utk steamboat. Tutup suis jika ia mendidih.
  2.  Masukkan bahan C beberapa minit. 
  3. Angkat untuk dimakan bersama bahan B iaitu sosnya.
  4. Selamat mencuba!
*Requested by sista #2 & Ayu.

1 comment:

PelikBinAjaib said...

Owh.. steamboat tu Yong Tau Fu eh? Hehe, baru aku tahu, boleh tahan resepi steamboat nie. Nak kena cuba. Kalau letak gambar lagi mantop.