One day break.

One day break. 
"Kak Long mengandung ker?"
"Sekejap"
"Dari hrtu lg tanya ma sebab nampak lain je badan."

Okay fine! Saya gumuk. Nothing much I can do rite now. 



Sayu. Sekian...

I know deep inside we shared the same kind of feelings

Kemahiran lelaki ialah memendam. Kemahiran wanita meluahkan. ;). Trust me, perasaan dia sama je dgn kita. Atau mungkin lebih lagi. Cumanya dia berjaya pretend. Dpn kita. Tak macho la kan kalo x tunjuk kewl. Dalam hati Allah je tau. Macm saya, sgt jelas kekecewaan di wajah suami bila saya konpem miscarriage. Sebab dia optimis. Tak fikir -ve sebelum dapat kepastian. Ape yg dia alami xjauh beze dgn kita. Tengah2 mkn, ade jugak kawan lelaki dia tba2 btau eh ank aku dah pandai ni. Pandai itu. Tak tanye pun. Tapi kami phm, naluri ayah ibu, mstilah xcited nk express how excited they are with the baby growing infront. Selera saya terbantut. That y i always avoid crying in front of people i love most. I wanted to pretend too. That I am OK with that. Terserah to our Almighty.

Pati Delima Gulsan Dari Turki

Pati Jus Delima Pekat Gulsan Dari Turki
Sumber: www.iklanmalaysia.net

Harga: RM15/250ml (yang saya dapat dari Hilwah Trading)

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat: 
Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh & berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenalpasti & teruji ialah:-

01 Menyihatkan fungsi jantung & hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan

02 Melancarkan peredaran darah

03 Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus & mengeluarkan keracunan badan

 04 Menyingkirkan lemak berlebihan (BEST NI)

05 Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga & memulih keletihan

06 Mengelakkan rasa mual

07 Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid

 08 Menegangkan payudara, membentuk perut & punggung yg lebih kemas (WOW)

09 Dikenali sebagai \'natural viagra\', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi

 10 Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. I tell you.. memang ketat!(PERGH!)

 08 Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka & badan dari dalam (PHEWW)

09 Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis

10 Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk

 11 Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua >> jangan lupa berikan pati delima ini utk bonda kesayangan anda(Bertuah kalo bonda saya mahu minum. Saya akan paksa okey..)

 12 Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda..(Memang beli ni bila tau conceived..tapi dah tinggal kenangan. Tp agak ketakutan mahu minum coz rasanya ala2 tajam mcm khal kurma gituh..bila campur dengan gula baru rasa ok.)

 13 Awet muda.. amal dari sekarang.. tengok lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai & bersyukur.. InsyaAllah.. (10 tahun? lamanya nk kene tunggu utk dpt kesan..)

Buah delima, antara ciptaan Allah yg banyak memberi manfaat utk kesejahteraan hidup manusia.. Alhamdulillah..



Jauh di mata di hati jangan

TRG - Cheneh: 1 jam 
TRG - KTN: 2 jam 
TRG - KL: 4 jam setengah

Tak ke bahagia tu namanya? Ewah. Buleh la jenguk kebun tetiap hari minggu. (Bajet mcm gagah jer.) Exit highway sangat dekat dengan rumah saya. Ini sudah bagus. Jika jarak sudah dipendekkan, sudah pastilah tambang bas dan kos fuel dapat dijimatkan. Masa apatah lagi. 


LPT2 dari Bukit Payung ke Bukit Besi dibuka tahun ini

KUALA TERENGGANU: Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), pakej Bukit Payung ke Bukit Besi dijangka dibuka pada akhir tahun ini setelah kerja menyiapkan lebuh raya di kawasan itu kini hampir mencapai 90 peratus. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'aba Mohd Adib, berkata pembukaan lebuh raya Bukit Payung ke Bukit Besi itu membabitkan jalan sepanjang 64 kilometer.
"Bagaimanapun pakej lain masih ada yang belum siap, dan kita buka dulu pakej itu untuk kemudahan penduduk terutama dari Kuala Terengganu ke Bukit Besi, Dungun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) ke-38 di sini hari ini. Hadir sama Pengerusinya, Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar. 

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman dekat sini ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu adalah kesinambungan projek lebuh raya LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek sebanyak RM3.7 bilion. 

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej di mana 15 pakej dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. 

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun lalu itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kenaikan harga barangan pembinaan di pasaran. - BERNAMA 

Sumber berita: Berita Harian & http://ece2.jkr.gov.my

Blighted ovum

Source: 1 & 2

What is a blighted ovum?

A blighted ovum (also known as “anembryonic pregnancy”) happens when a fertilized egg attaches itself to the uterine wall, but the embryo does not develop. Cells develop to form the pregnancy sac, but not the embryo itself. A blighted ovum usually occurs within the first trimester before a woman knows she is pregnant. A high level of chromosome abnormalities usually causes a woman’s body to naturally miscarry.

Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

What causes a blighted ovum?

A blighted ovum is the cause of about 50% of first trimester miscarriages and is usually the result of chromosomal problems. A woman’s body recognizes abnormal chromosomes in a fetus and naturally does not try to continue the pregnancy because the fetus will not develop into a normal, healthy baby. This can be caused by abnormal cell division, or poor quality sperm or egg.

Apa yang berlaku?

Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.

How do I know if I am having or have had a blighted ovum?

A blighted ovum can occur very early in pregnancy, before most women even know that they are pregnant. You may experience signs of pregnancy such as a missed or late menstrual period and even a positive pregnancy test. It is possible that you may have minor abdominal cramps, minor vaginal spotting or bleeding. As with a normal period, your body may flush the uterine lining, but your period may be a little heavier than usual.
Many women assume their pregnancies are on track because their hCG levels are increasing. The placenta can continue to grow and support itself without a baby for a short time, and pregnancy hormones can continue to rise, which would lead a woman to believe she is still pregnant. A diagnosis is usually not made until an ultrasound test shows either an empty womb or an empty birth sac.


Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2X berturut-turut kepada waniita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

Masih rasa hamil

Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

Tanda-tanda

Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

Should I have a D&C or wait for a natural miscarriage?

This is a decision only you can make for yourself. Most doctors do not recommend a D&C for an early pregnancy loss. It is believed that a woman’s body is capable of passing tissue on its own and there is no need for an invasive surgical procedure with a risk of complications. A D&C would, however, be beneficial if you were planning on having a pathologist examine the tissues to determine a reason for the miscarriage. Some women feel a D&C procedure helps with closure, mentally and physically.


Dapatkan rawatan

Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.

D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Peluang hamil pada masa hadapan

Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

How can a blighted ovum be prevented?

Unfortunately, in most cases a blighted ovum cannot be prevented. Some couples will seek out genetic testing if multiple early pregnancy loss occurs. A blighted ovum is often a one time occurrence, and rarely will a woman experience more than one. Most doctors recommend couples wait at least 1-3 regular menstrual cycles before trying to conceive again after any type of miscarriage. 

Mungkin ini yang terjadi pada saya. Mungkin. 4pm met Doctor Khuzaini as per planned. Masuk je bilik doctor lps bg salam, doctor excited je tanya, dah register buat kad ke? Dah takde doktor..Hah? Dah takde dah. Doktor plk yg mcm terkejut lelebih kan..Makanya dia suh la citer wat was happenned. And we're discussing wat to do next. Doctor did advice me as pe article above. No need  to rush. Namun, semua berlaku atas kehendak Tuhan kita jua. Dptla ubat hormon(EPO- RM13) and still kene continue folic asid..Tapi, ade kemungkinan ke2. Saya terlalu lasak. Blame on me.

Cara nak kurus dengan cepat

Sebelum melekat bulan lepas, saya brangan mahu tumpukan pada diet untuk slim dan sihat. Mayb hanya dengan cara tu je masalah fertility boleh selesai. Agaknya lah. Tapi, punya lah susah mahu slim semula mcm dolu2. Jika ada produk yang konpem berkesan, konpem saya dah beli. Anyhow, tiada jalan pintas untuk berjaya. Duk belek2 majalah lama, jumpa menu crash diet dr sorg doctor.

Menu diet:

Sarapan:
Jgn ambil minuman manis.
Roti sekeping + epal@pear @ jus epal TANPA gula & ais

Lunch:
2 gelas air 0 sebelum makan.
Nasi(1X sehari) + epal@pear

Dinner:
Roti 2 keping + 1 biji telur + epal@pear @ jus epal tanpa gula & ais


Senaman: 20 minit sehari.

Result in 1 week!!!

Sample workout;
http://www.youtube.com/watch?v=HBm7lNWxTcw&feature=related

Hikmah Keguguran Bayi

Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA." (HR. Ibn Majah & Darimi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku." (HR. Ibn Majah)

Testimonial Jamu Ratu Dara

Tiap kali telan tiap kali tu lah sakit kepala..adoih. Tak jadi nak sambung..

SayYida sayang

Kita pernah celebrate birthday sama2.
Of course aku xkan lupa momment tu.
Sampai bila2.
Depan kek cantek pon nak gaduh2 manja.
Walopon ko muda dr aku, tapi aku suka nyakat ko lg tua.
Padahal kulit ko sgt tegang mcm kulit telur.

Sangat terkilan coz tak berkesempatan menjadi pengapit saat bahagiamu.
Tapi aku tetap hantar doa buat korg.

Aku juga terkejut dengn beritamu.
Sama juga ko terkejut dgn khabarku.
Dulu kita kongsi gembira tanpa had.
Sekarang kita kongsi rasa yg bertentangan.

Aku harap ko sihat cpt2.
Dapat gembira macam dulu2.
Ko lebih kuat dari aku.
Aku memang tau tu. Sejak dulu.

Kadang-kadang pujukan itu menambah lagi duka

Petang semalam saya rasa dah berjaya reset perasaan kecamuk saya. Saya sedia & cuba terima semua ketetapanNya. On the way back home dari office, saya suarakan angan-angan pada suami.
"Jom kita buat IUI??"
"Proses dia mcmn?"
"Pilih sperm terbaik, masuk dalam isteri."
"Berapa kos?'
"RM500 rasanya"
"Sekarang ni ade ke xde?"
"Tak tahu keputusan lagi. Pagi sabtu ni nk konpemkan."
Diam.

Lepas solat maghrib, baca Yasin dan zikir Ya Mubdi Ya Muhyi, then terus tertidur langsung tak sedar pe. Sedar2 dah jam 11.30pm. Ada gmbr besar atas netbook sebelah saya tidur. Suami yang letak. Entah macamna dalam cahaya samar saya boleh nampak siapa dalam gambar tu. Bangun pagi je bonda beritahu berlaku ribut malam tadi. Seperti malam baru2 ini. Ya, dlm hati saya juga sama.

Pagi2 ni dapat fb mesej dr kakak. Dia pujuk. Tapi hati kembali terganggu. Dan2 tu juga rasa nak meraung. Tapi masih terkawal sebab @office.

Harini Rabu, 22/6/2011 sepatutnya ade appointment dengan Doctor Azizan. Doc yang mengesahkan kehamilan saya. Hari ni perkiraanya 6w, so dia mahu lihat perkembangan. Tapi....apakan daya..saya rasa perlu berjumpa dengan Doctor K dulu. Entah apa lah keputusan Allah nnt..

What is next?

25/6/2011 - am: To retest UPT @home.(-ve/+ve). Then, to confirm with Doctor K. Am I still preggy or complete abortion. (3rd Ultrasound)

If the result is NEGATIVE:
A. Minta ubat turunkan darah/cuci rahim.
B. Urut peranakan
C. 1/7/2011 - Homeopathy Clinic. Ubat subur + kuatkan rahim.
D. Biodex?
E. Duphaston? - to stabalize hormone

If the result is POSITIVE:
Then what???

Antara asid folik dan duphaston

Saya dah keliru dah ni. When we r talking about asid folic, ramai sebut tuk kuatkan janin. Once got pregnant, mesti dibekalkan dengan asid folik. Tapi keguguran masih berlaku. 


Persoalannya, adakah asid folik tu untuk kuatkan janin?
Macamana pula nak kuatkan rahim?


Asid Folik:
Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.  Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Conclusion: Bila janin x cacat, means dia lebih kuat untuk survive.


Jika hanya janin yang gagah, tapi rahim lemah, tak guna juga. 


Duphaston:
Duphaston ialah ubat hormon. Ubat ni boleh merawat masalah hormon progesteron (period tak teratur) dan endometriosis(penyakit yang luarbiasa seperti senggugut yang teruk).


Fungsi duphaston (berisi hormon progesteron) adalah untuk mempertebal dinding rahim(rahim yang tebal dipercayai lebih kuat untuk melindungi janin). Obat ini biasanya diberikan untuk orang dengan kadar progesteron rendah. Karena kerja progesteron mulai setelah ovulasi, maka memang baru diminum setelah hari ke 16 (diasumsikan ovulasi telah terjadi.)...dan pemberiannya tidak boleh terlalu banyak, karena bisa mengakibatkan perdarahan yang banyak pada saat mens nantinya..


Oh mcm dah penat jer cari info..fuh! nnt akan update kalo jumpa info lagi..

Zikir elakkan keguguran

- AL-MUBDI’
Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut. 
Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahnya.


- AL-MUHYI
Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali.



Atas nasihat kawan2 yg prihatin. Thanx A LOT frens.

Surah Al-Rad Ayat 8

Ini juga merupakan doa bagi mengelakkan keguguran kandungan. Boleh baca dan dihembus ke dalam air untuk diminum.

Rahsia buah goji

Terbaru my kakak #6 memperkenalkan buah goji sebagai makanan tambahan utk kesihatan dan kecantikan.

UPT still +ve

Semalam saya wat UPT semula. Still +ve walaupun kabur2..Kakak saya pun ader buat sama..saja gatal2 berdua. Kemudian, kami sebuk2 nk pegi shopping complex. Tetiba saya patah balik sebab tertinggal barang. On the way out, saya ternampak sorang old fren. 'II'. Dia dah pregnant pun. Saya perhati dia dari jauh senyap2. Kandungan dia mayb dlm 5-6 bln gitu. Dia baru jugak la kawen. Perasaan saya...entahlah..

Tapi itu pun mimpi sebenarnya. Yang menghiasi tidur saya malam tadi. Saya tertewas lagi. Dengan mimpi2 harapan palsu.

Hari ni sorang doctor reply email saya.Dr. Raja. Katanya:

"kandungan puan gugur terlalu muda, jadi ketulan dan pendarahan yang banyak tidak berlaku.jgn risau"
Hati saya remuk.

Jenis-jenis peranakan/rahim

Ni baru pertama kali tahu. Tak pernah dengar. Masa saya pergi scan lps confirm +ve, DK menerangkan psl rahim. Katanya ade 2 jenis.

1 - Tanah(kalo x silap ler)
2 - Batu

Jenis tanah ni susah nak nampak kalo scan. Jenis batu menas OK. Saya pun konpius dengan mende ni dan google lah. Apa yang saya jumpa cuma..

...ada rahim yang mudah teralih.....dan ada rahim yang susah teralih.....rahim jenis batu biasa nya akan bergerak apabila ditolak ke tempat nya dan tidak mudah untuk teralih lagi......jika pada rahim yang mudah turun, selalu nya ada urat2 lain dan otot2 lain yang perlu diberi perhatian untuk menguatkan nya.....


source: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8000.0

....rahim yg bermasalah tidak boley diurut sebarangan.....dengan cara senaman di atas, rahim akan turun dan terletak di tempat nye sendiri......laksana batu yg bergolek ke bekas berlubang, ianya akan terletak dan kemas sendiri......bidan2 bersalin yg lama2 biasa nye akan mengunci rahim tersebut sejurus rahim tersebut betul dikedudukan nye......kecuali jenis "rahim batu".....nak kunci pung boley, tak kunci pung boley......sebab bile dah terletak, payah dah nak terubah tempat.....


Source: http://abgcomei.blogspot.com/2010/03/suatu-pagi-di-harmoni.html

Saper2 yg tahu psl ni dari org2 tua ke, boleh kongsi info.

Life must go on

Saya kembali ke klinik DK. Doktor ke2 untuk pemeriksaan lanjut. Doc analisis keadaan saya. Katanya, semuanya OK. Baby development OK. No probs. Tidak sepertimana klinik swasta yang tersohor tu. Alhamdulillah, saya bersyukur dan tak perlu berteka-teki lagi.

Tapi rupanya itu hanyalah sebuah mimpi indah. Saya tewas dengan perasaan sendiri.

Menjelang malam saja, saya gagal lelapkan mata. Hanya berteman airmata. Mendakap kemas surah mathurat di atas perut. Dalam gelap saya meratap. Hingga terlelap.

Esok saya akan teruskan hidup.

Adakah ultrasound berbahaya pada kehamilan awal?

Persoalan ni seringkali kita tertanya. Dan ramai orang mengatakannya bahaya. Berdasarkan pembacaan saya;

USG diawal kehamilan seperti pada paruh waktu lain dalam kehamilan tidak berbahaya. Karena USG kan bukan sinar X. Radiasi yang dihasilkan lebih kurang seperti peralatan rumah tangga lainnya seperti TV, komputer dll. USG hanya berupa suara yang ditembakkan ke jaringan lalu pantulannya di tangkap pada layar monitor. Cairan biasanya berwarna hitam dan jaringan padat berwarna putih (USG 2 D).
Nah. Tak bahaya. Malas dah nak cari info lagi.

Trauma akibat keguguran

Penantian anak pertama yang ditunggu-tunggu. Rupanya lebih hebat dari yang disangkakan. Lebih hebat dari sebelum ini. Saya sangka saya kuat untuk menghadapinya. Bila perasaan makin tidak terkawal, saya lari ketempat lain. Bila tension dan selepas basah baju dengan airmata, saya tertidur. Dengan harapan semua ini adalah sebuah mimpi buruk. Bila terjaga dari tidur saya jadi terpinga-pinga dan rasa gelap. Bukan tidak pernah melawan perasaan. Dalam keadaan biasa2 dan sedang buat sesuatu tetiba perasaan sedih datang dan membuak-buak. Terkilan, terharu, terlampau sedih dan segala ter semua ada..Tersoal dalam diri kenapa semua ni terjadi..Apa hikmahnya? Dan saya tahu hikmahnya adalah sebuah KESABARAN kerana itu semua ujian.

Keguguran ketika usia kandungan 5 minggu 3 hari

Pg (18/6/2011) saya buat UPT lagi. Ternyata 95% negative. Hati dah bersedia sejak semalam. Bersedia menerima hakikat yang amat pahit.

ADAM: "Adam dah penat dah.."
AIDIL: "DAM..tgk abg..kenapa nak jauh dari Allah? Kenapa salahkan takdir?"
ADAM: "Saya tak sanggup tgk Nur kecewa lagi..."

Airmata adam mengalir bersama air mata saya.


Surah penghibur Nabi Muhammad SAW slps pemergian 2 orang insan tersayang.

Sudahla tunggu lama, gugur pula. Suami saya marah bila ayat ni terkeluar dari hati saya. Saya tau dia lagi frust dari saya. Mungkin.

Bila kita belum pernah disahkan mengandung, banyak telunjuk yang menyalahkan isteri sahaja. Bila keguguran berlaku, kesalahan tetap di pihak isteri kerana mungkin stress atau tidak menjaga kandungan dengan baik. Ketika belum tahu berbadan dua, segala kelasakan saya lakukan tapi UPT tetap positive. Bila dah tahu, bukan main lagi saya dimanjakan suami dan bonda serta keluarga, namun ia tetap bukan milik saya. Tetap pergi jua.

Perasaan saya?
Rasa mahu campak semua supplements. Mahu tidur seminggu. Saya tidak menangis-nangis dedepan semua. Walaupun saya rasa mahu. Saya menangis teresak di dalam hati. Di mana tiada seorang pun nampak. Kadang2 mata saya bergenang air tanpa terlihat oleh sesiapa. Jika bonda saya terlihat saya menangis, pasti lah dia semakin risau anak bongsunya akan meroyan.

Kenapa doctor azizan x bagi asidfolik atau duphaston bila dah confirm saya positif? kenapa doctor k cuma bagi asid falik? Saya pun terlambat untuk dptkan ubat kuatkan rahim dari doktor homeopati. Dia tiba di saat saya sangat perlukannya. Namun, kehendak takdir, dia pergi di saat saya sangat mendambakan kehadirannya...

Saya redha selepas terbaca web Dr Zubaidi. Jangan ditangisi bayi yang keguguran. Kerana dirinya tidak sempurna. Seandainya dia hidup, adakah kita gembira dengan ketidaksempurnaannya?

Esok saya akan gagahkan diri hadir ke office. Pretend like nothing happened. Selepas seminggu baru saya akan menghadap doctor lagi. Dengan harapan dptlah MC seminggu.

Moral value

Saya teringat-ingat tentang seseorang. Yang sgt sinis dlm menyampaikan maksudnya bhwa: saya tidak mampu mengandung. Pelajaran yang saya dapat hrn; Saya manpu mengandung. Bidan2 juga bgtahu yg saya & suami tdk mandul. Tapi Allah syg saya sbb itu Dia bg ujian lebih. Dia bagi skjp tapi skrg hlg. Belum tau lg hlg kjp/lama.

Pendarahan dan senggugut sekitar usia kandungan 5 minggu

 Setelah beberapa hari dilalui dengan senyum dan bayangan indah bersama suami dan insan terdekat, seterusnya saya Di-uji lagi. Pagi td(18/6/2011) bangun dari tidur ader pendaran warna merah gelap, coklat gelap dan cair. Panik. Bersihkan dan pakai pantyliner. Bermulalah rasa sengugut dan sakit perut ditambah membuang air besar berkali-kali. Hati dah gundah. Resah. Bertahan sehingga jam 10am. Darah kering dan sakit hilang kejap jer. Ingatkan nak tunggu malam baru refer DK @Klinik RH & K. Tapi ht minta disegerakan. Banyak klinik tutup hari jumaat. Diskas2 akhirnya decided pegi Pusat Perubatan Intan lps hubby smyg jumaat. Doc scan lagi. Dah tak nampak aper2. Ia kosong sekosong hati saya. Dah x nmpk imej sac tu. Sprptimana masa DK scan 3 mlm lps. Doc cakap tak de tanda mengandung dan juga tak de tanda gugur. Doc pusing2 calendar dia yg mcm roda more jutaria tu. Katanya sepatutnya usia kandungan saya sudah 7w.

Then WHAT?? Adakah 2 strip UPT adalah false positive? Dah banyak saya baca jrg/hampir xde UPT false positive. Even samar2, means mmg ader  kehadiran janin. Adakah imej scan dgn DK mlm itu juga imej yg fake? Macam lah DK x prnh scan org menagndung kan..its OK. Saya masih mampu menahan air mata dan perasaan. Saya tahu hubby boleh membaca airmuka saya. Tp saya pretend. Doc suruh tggu lg semenggu. Saya rasa akan tunggu 1 bulan lg. Kot. Sepatutnya DA nk scan saya rabu nanti(23/6/2011) time dah capai 6w. Sekarang saya dah konfius. Ada atau tiada.80-20. Hubby masih optimis. Dan saya cuba untuk belajar menerima hakikat sekiranya ia pahit melebihi hempedu. Scan: RM39. Ubat demam bonda RM29. Mahal 5iut.

Semuanya di tgn Allah SWT...Seandainya Allah mengizinkan kami terus senyum, EDD anak kami adalah bersamaan dengan birthdate hubby. 14/2. 2012. Adakah Allah izinkan sesuatu yang indah itu berlaku dalam hidup kami...

* Pagi esok saya akan retest urine.

Brownish spotting at early pregnancy

Lepas jer confirm +ve, asyik keluar je brownish spotting. Hati manalah yang tidak gusar. Apetah lagi ni adalah 1st pregnancy. Rumah pula bertingkat. Office pula bertingkat-tingkat.

13 Jun 2011(Isnin). Masih bersisa spotting. Punya la tak senang duduk, akhirnya kami ke klinik khuzaini dan raja himah. Sebab dah kamceng dengan Doktor K. DK pula dah tahu sejarah kesihatan saya. Bila diceritakan duduk sebenar keadaan, doctor pun gembira dan bertahniah. Doctor buat ultrasound untuk tgk sac. Punya lah saya minum terlebih air sehingga tak tertahan nak terkucil. Boleh nampak sac n bintik. Doc siap ukur. 4w6d. Syukur dan lega dari biasa. Scan + asid folik = RM40.

Tapi tipu lah kalau nak kata happy teramat.  Perasaannya 80% risau 10% syukur dan 10% happy. Sebab doc homeopati pernah bgtau rahim saya lemah. Saya pon belum berkesempatan untuk pergi ambil ubt kuatkan rahim sebab masih baru confirmkan +ve. Sebaik sahaja tahu ader isi, saya begitu ambik berat ttg pemakanan. Tidak berenggang dengan kurma, air zam-zam, air zafaran, susu anmum tak missed. Kismis. Bonda dan suami begitu memanjakan. Tak boleh buat itu tak boleh buat ni. Kdg hampir jatuh air mata lihat abg buat itu dan ini kerja saya. Sama juga dengan bonda saya. Saya tak sanggup lihat mereka buat macam2 tanpa bantuan saya.

Dari sehari ke sehari spotting berterusan walopon sedikit cenoet. Mungkin ramai yang kata hal ni normal. DK pon dah explain jika darah itu darah lama/hujung2 period thats means OK. Peranakan saya juga jenis batu = OK.

1st time pregnancy

Bagaikan mimpi.

Sejak jln2 @Mesra Mall rasa nak singgah Guardian cari tester. Beli Dip & Tell for irregular period. Pai esoknya test. 
Resultnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi x sure +ve ke -ve. Pastu, saya upload dlm 1 web ni utk netter vote.

Your vote

Result: 95% vote positive. Esoknya pergi klinik area office. Baru lah 2 line terang muncul.

DA: "Ada ni. Tapi baru lagi..dalam sebulan baru.."
TN: "Ada ??????Erm.."
DA: (Senyum sambil angguk). Jaga baik2.
TN: "Alhamdulillah.."

@Klinik Ummi Azizan.
Susu anmum percuma + UPT = RM10 ja. Masuk kereta terus kol suami.(Dia tgh meeting). Baru je cakap skit terus menangis. Perasaan hanya Allah yang tahu, tak tertahan air mata keluar. Cepat-cepat cover bimbang org lalu lalang depan parking perasan. Saya cuba bertenang. Dan menahan sedih. Airmata gembira dan kebimbangan bercampur baur. Tapi kebimbangan lebih menguasai diri. Saya bertindak terus berjumpa doctor kerana ada sedikit bleeding bgn tidur pagi tu. Plan nak test sendiri sekali lagi dalam seminggu lagi. Mula-mula pergi klinik Ummi Azizan. Tutup lagi. Pergi Klinik Wan Saleha. Doc masuk 10.30am. Patah balik Klinik Ummi Azizan. Tanye2, doc masuk kul 9.30am. 9.15 doc dah masuk pun. Doc Azizan yang baik-baik tu..Like! Lepas solat Zohor. Menangis lagi teresak. Pilu. Terharu dengan rahmat Allah.

Sehari sebelum tu(7/6/2011 - Rabu), dah tekad nak check sendiri. Tapi line ke2 masih samar-samar. Tapi dalam hati 80% rasa positive.

Sehari sebelum tu lagi (6/6/2011). Cuti aka bercuti seharian. Melepaskan tekanan dengan jalan-jalan ke Mesra Mall dengan family kakak no2. Dah la banyak jalan-jalan sampai lenguh. Teringin nak beli urine tester. Rasa2 dah setahun tak pegang mende ni. So, beli la sorok2. Main pula bowling, guna bola berat. 14  dan 15. Lepas je main 1 game, terus rasa kepala berpusing-pusing. Mimi ajak samb 2nd game. Tapi moksu dah xmboh main sebab pening paler doh. On the way back(malam dah), rasa juga sakit2 dekat ari-ari tapi layan je la rasa x serius mana. Sampai rumah dalam 1pagi.


2-3 hari sebelum tu (2-4/6/2011) tu ialah cuti Keputeraan Sultan. 3 hari cuti. Time to berkebun. 3/6 berkebun waktu petang. Sbnrnya ptg tu tak buat pe sangat. Layan Amna dan Aqil je killing the time @kebun. Pagi esoknya baru bersungguh buat kerja-kerja kebun, tanam pokok pisang dan pokok ubi dan pasang banner kat  pondok. 2 hari tu lah bleeding sket. Tapi tak fikir banyak.

ALhamdulillah. Allah Maha Besar. Maha Mendengar. Trima kasih kepada yang mendoakan saya. Termasuk yang mendoakan saya di Tanah Suci Mekah. Sangat menghargai. Yang memberi tips, menasihati dan semuanya. Terutamanya sahabat lama, Alina. Aku dan suami banyak ikut nasihat n tips ngko.

1st scan@ 5 weeks

13-6-2011.
Ader calit koko. Brownish spotting. Hati runsing. Malamnya, pegi Klinik Khuzaini & Raja Himah utk scan and consultation. Punya lah tunnggang banyak air nk penuhkan pundi kencing punya pasal. Sia2 lah kalo scan tak nampak pe kan gara2 xde air lam pundi. Masa doc scan tu tertahan-tahan nak terkucil. Adoyai. Doc phmn gelak jer la. Alhamdulillah walaupun malu2,tapi si dia masih tunjukkan diri. boleh kesan la kawasan mana tempat tertanamnya embrio. Lega dan Alhamdulillah sangat2. Now im a bit happy. Lesser the worried. Doc ukur. Baru 4w6d. Esok jd 5w. Khamis lps(9-6-2011), nk tepat dh doctor Azizan(Klinik Ummi Azizan suspect baru sebulan).

Doc Khuzaini juga ade terangkan terdapat 2 jenis rahim;
1- tanah
2- batu
Ini pertama kali saya dengar. Ini mungkin bukan istilah saintifik atau perubatan. Tapi kenyataan ini keluar dari mulut seorang doctor. Jadi kita terima je. Jika rahim/peranakan jenis tanah, means susah sikit nk nampak sac. Jika peranakan jenis batu, lebih baik/OK. Alhamdulillah rahim saya jenis batu. Imej scan bukanlah terlalu jelas tapi cukuplah dah boleh nampak sac tu.

Lps scan trs doc suh g buang air..kesian punya apsl sbb de bende nk diterangkan lg. Doc pon terangkan lah jika spotting tu brownish, namanya cuci muka(ayt org2 lama). Secara saintifiknya, apabila implantasi berlaku, embrio akan tertanam dalam rahim. Proses penanaman ni lah yang sebabkan pendarahan. Pendarahan berwarna coklat sebabnya itu darah lama yang berada di kawasan bawah/belakang embrio. Dats why macam hujung2 period keadaanya. Itu adalah biasa dan normal. Tapi jika spotting berwarna merah segar, itu baru bahaya.

OBIMIN PLUZ. Hanaya booleh diambil bila usia kandungan melebihi 3 bulan. Punya lah saya kalut pegi beli cpt2. Tapi baru mkn 3 biji. Harap2 xde pape. Sebenarnya tak perlu lagi. Bukanlah kata bahaya.

Saya sangat bimbang juga sejurus sebelum masuk blk doctor sbb sudah bersms dengan kwn2 yg prnh keguguran. Lain orang lain keadaan/pengalaman masing2. Kawan saya tu spotting pon sikit sajer. Bila scan doc ckp dah xde. Sedih kan..dia dah 2 bln peknen masa tu.


Blk rmh, kira due date sendiri. Jika sekarang usia dlm 5minggu, maknanya due date ialah jatuh pada hari lahir suami! Jika diizinkan Allah, akan lahir pada 14-02-2012. Allahuakbar. Indahnya ketentuanMu. Jika bulan 1, adlh bulan perkahwinan kami. Jika bulan 3, bulan kelahiran saya. Jika bulan2 selepasnya semuanya istimewa. kami terima.


Doc bgtahu biasanya alahan akan sampai bila dah masuk bln ke2.

Na na na na Tanu Kitter...

Assalamualaikum..wi salam sket..sopang sket dok..ke guaner? Napok dok? Dang2 tu je ambe nok nulih dalang bahser ibunda ambe hari ni saat ni. Holllah! Tranung Kitter kang...org luo baca ni dengor macang ge riak molek jer..bukang riak ye kawang2...tapi bangga giler ar jadi warga Tranung ni..

Perenggang ke2 lok. Tiapkali Tranung menang bola, mesti ambe nk tulih sining..Sukkaannya nok royak wi. Bukan pende. Bukangla kata nebeng lembu ke dok. Tapi gok, misti ar suka nge. Sebagai anok jati negeri tanoh tupoh daroh, mesti la ade perasaan jatidiri tu. Kalu dok bangga, ader skru ar tu ccabut la sel otok. Sama jugok dengang rasa sayangkan negara kita, Malaysia. Dok gitu? Tapi gok, saya pelik gok bila ader anok Tranung sdiri hok wak ayat:

"aku sokong hok mana menang jer.."

Kalu kata orang luo oyak gitu dakpe r jugok dok..Sedangkan de org luo pun sokong negeri Tranung. Ni gok..orang Tranung sddiri. Ambe pung malah gok posseng nok komeng banyok2. Tu masing-masing ar nok kata mende kang. Yang penting kita sayang nge hargai asal usul kita. 

Ramai la pakat gi stadiung bukit jalil nok buwi sokongang padu. Termasuklah encik abg dumoh. Semangak pelik. Anok-anok sdara pung pakat gi tgk. Dok kira banyok mana bas catar tiap DUN hok kajaan negeri atur. Berkobar-kobar. Bukang kata Tranung je ni, set Klatang pung soheh la lebih rama lagi. Tgk peta ar besor dok besor negeri yer. Kalu kata Tranung ni smangat pelik..org Klatang lg lah dok..memang set2 ni jenis bersatu-padu tu. Baguh r gitu. 

Orang Klatang ni, memang kuat ikatan kekitaan dia. Ambe suka ngak dengo. Gi la mana2 pung, memang set2 ni bela awok2 yer. Kalu gi negeri orang, bila jupe je dinung walopong x penoh kenal, teruh kacip molek macang ge 10 tahung dh jadi gu. Memang tabik ar nge orang Klatang ni. Dok macang ge orang2 Tranung. Maaf kata lah, bukang seme tapi segelintir je kot..Pengalaman saya dari kecik banyok duk negeri orang. Kalu org Tranung tu tau kita ni sama Tranung ye wak dek jer. Kene molek, cakap luo pullok. Ado la..seeh sungguh la.

Masuk bab kenangang lalu..Masa ambe matrik kat Melaka. Lacturer tu dok heran pun ambe sama negeri nge ye. Bukan kata nok suh herang ganer, kurang2 tanye ar duk Tranung beloh mana..Gong Badok ke..Koliba ker..ork? Doh nok wak ganer, lacturer puang ork, kalu laki dok gitu besenye. Tapi bila saya jd star sukan bola tapor, (ceh star tu..!) baru lah dia recognize saya..Hor tengok2! Bila kita jadi someone baru lah ye macang alert ke kita ork. Maaf kata lah, cukup la stakat contoh tu. Tapi cuma ambe pelik se ni jer. Bakpe au ade org Tranung jenis wahi cakap luo. Saya nk sebut pun macang ge nok jeluwok jer. Lebih ar dari sorang hok ambe kenal. Kalu gi luo Tranung mapuh gi ar nok kecek luo pun janji jangan wi ambe prasang ar, jangang glecoh doh ar lidoh tu. Ni gok selama ni duk Tranung je padahal..Ambe hok duk merantau blajo ke luor Tranung sejok Tingkatan 1, dok plok lupa loghat asal -usul. Ambe cuma pelik je la. Kalu deme rasa bese dakpe ar. Ke ye napok uduh kalu cakap Tranung? bia ar dok..Peseng masing-masing. 

Nok cakak pasa bola je, narat tah ke laing. Berat nanang ngguh. Ni ar baser yer, dang waser nok nulih gok, pah jadi blebe no..Dulu bbenornya dari awal lg nok wak blog dalang longat Tranung. Tapi kadang de waser dok sesuwa je nge jenih entry tu. Dakpe ar, pah ni ambe tra nulih gining lagi neh. 

Balik ke paka jalang mulla..malam hok de bola tu, ambe stay umoh kakok no2. Pakat kupul situ rama2. Anok sdara hok arkitek tu pon ader mari jugok. Beh ar koho rama ni. Riuh damat ar kekgi. Air kene wak berkole-kole. Abg ipor org Pahang. Dak au ar tu ye sokong lik aner ser. Dok ingak starang nok soal siasat. Wase-ang sokong itang putih gok tu. Masing-masing semangak ar ni tunggu bola stak lawang. Mula2 tu debbo sket2 je la sebab dua2 team pakat play safe je. Bese doh tu baru nok baca game kang. Skali skala je la wak rrepok g sumbak gol.

Doh bila lama ngak dok gol2, mari debbor jugok kita ni, sebab ambe dok brahi ngak kalu kene kira penalti  kalu dua2 seri. Memang dok wahi jok2 dulu lagi masa lawan hoki nge UTM, masum kat USM dlu2. Sebab dok berbaloi ar kalu kaloh nge penalti gitu. Tapi gok, ambe memang panah hati ar napok laser kene Sharbinee. Oloh la..memang nyekit dokleh nk kata ar. Dalam 3X gok waser awok ye main pacor laser. Lepor ngecun ser. Dalam hati ambe, maing ar kotor gitu, dok berkat ar.

Waser abg ipor ke ank sdara(Amir) au kata, alamak! pah klatanag doh piala ni. Ambe balas, eh dok dang sapa Klatang ni, ssakut di Tranung dulu. Pahtu ppakat suka plok blaka..

Tp masa ngelah2 tu awok yer cokeh wak gol tu memang sedih ar waser..Mari teringak ke abang dinung..sia2 abg gi, ank2 sdra gi..Memang ar sedih sebab masa nok abih ler ler doh tu. Tapi dang lagi tadoh tangang doa..Ya Allah berilah TRG menang..dok putuh2 doa. Masa frust2 tu, tiba2 je awok yer saloh ttanduk bola masuk. Ssukaang dok soh kata ar. Rasa macang ge mmipi jer. Nok ccabut jatung tengok. Seme pakak sorok gedung gedang gedung gedang. Ambe nge anok2 sdara dumoh sama naik ar nge kakok siap lambung2 bantal lagi..Pah pada tu gokkk, semangak waja mari memang ssungguh ar nok menang ni. Tengok pada mainang set Tranung pun napok doh koho bijok gelek bola, passing2. Paling nonjol kat mata ambe mesti ar Joseph Kalang Tie r. Sebab muka yer lek lek macam saing dulu nama Sean(sebut Shawn). Adik wadik ssaboh doh.
Dalang2 Klatang kaloh pon, ambe ssiang ngguh ke Daudsu. Tapi patutnya jangang saloh ke Daudsu bila Klatang kaloh, tapi saloh ke penyokong sebab lepor ngecung lah. Sebab kih tu ar masa tambahan koho panjang. Ork..Beh ar waser pah menang tu. Kalu kata kaloh ker, konpem ambe rasa sedih seminggu. Bese ggitu ar.

Pepepun saya bangga dengan Marzuki Yusof sebab dapat man of the match. Waser nok ulang balik tengok game tu. Dok seke ar jugok leni yer leh jadi kapten bola doh. Pernoh dulu baca profile ye masa skoloh. Cita-cita: Pemain Bola Sepak Profesional. Saya doakan Marzuki akan diserap ke team Malaysia. InsyaAllah. Marzuki ni, saing ambe masa koloh rendoh. Sama-sama maing hoki. Pernoh gura-gura main kejo2 dalam taman bunga koloh..haha..sapa de saing ngusik..kejo2 tu kekgi lepor bunga ar tu..Zaman budok2 dok tahu bende lai bab2 tu. Tak dok perasaan org kata. Kana budok2 lening ork. Masa jamang bujang senang, pakat g jalan raya nge saing2 koloh rendoh, Azura, Asrul, Mija, Timoh, Sitt..singgoh gok raya umoh marzuki..time tu ye nikoh doh ar..nok bbanding nge set2 mbe ni lewat sket..hehehehehe..duk ggalokkang ngak lagi..hahaha..klakor la plok..

SUKMA plok TRG juara juga. Kali ke3, buat hatrik. Rasa suka la. Walaopon ambe dok tunjuk, tapi hati ambe mmg obses sport. Dr kecik2 dari sblm masuk TADIKA lg jns main2 sukan doh kkapung. Teringat ar dulu zaman bercinter, tengok final bola sepak SUKMA kat stadium runtuh tu. Memang beh ar masa tu sebab Tranung menang. Walopon kali ni banyak suka2 killer Tranung hok xdok macang ge silat nge bola, tapi anok2 Tranung memang hebak sebab leh kekalkan kuasa kejuaraan. Mitok maaf la ke anok2 negeri lain kalu waser hati saya tulih gini.

OK. Sapa sining je neh. Pening owh nulih.

# Wiken hok penuh nge keceriaan. Tambahan pula bonda ambe nok balik doh sining. Ade dumoh kakok doh di Kemaman. Rindu!

Kalu dok pahang, tanye ar perkataan hok aner ser nok tau makna..

Kasih Yang Suci

Selalu teringat lagu Tuk Ti.

"Cintaku bukan kerana harta, cintaku bukan kerna paras rupa..."
Tapi yang mendendangkannya dan yang mengakui hakikat ini ramai yang sudah mempunyai wang berjuta. Jika cinta kamu bukan kerana harta pasti kamu tidak teragak-agak untuk berkongsi hidup dengan hamba Allah yang tidak punyai apa-apa kan?

Lately tengah hangat dengan drama Nora Elena. Garapan asal dari novel Kasih Yang Suci. Bila sahabat saya bagi link novel tu, saya baca laju2 sbb dh lwt mlm. Lgpon sbb e-novel sudah pasti ade hidden page sana sini. Cerita pun tergantung dan tersambung tak ikut order.

Letak pula Aaron Aziz casting as hero, mestilah menggamit angan-angan indah sang puteri and isteri2 menonton. Dan Siti Saleha yang berwajah pan asian sebagai heroin. Wahla!

Siapa yang tidak mengimpikan seorang teman jiwa sehidup semati ibarat Seth Tan? Sudahlah kaya, romantik pula in fact penuh dengan kejutan selain bersabar semoga cintanya diterima oleh si isteri yang hatinya dimiliki oleh insan lain. (Namun kenyataan ST sebagai seorang perogol NE banyak mencalar titlenya sebagai SUAMI IDAMAN MALAYA, dan saya tahu itu cuma jalan penyedap cerita.)

Wang hantaran RM50k tak jalan, Rm1k tiap bulan autodebit tak jalan. Akhirnya hati batu Nora Elena cair tatkala makanan siap dihantar ke bilik dan disuap suami dengan penuh kasih-sayang. Ditambah dengan hadiah bunga segar kesukaan si isteri.

Ehem, Sebenarnya saya lebih feeling cirita ni masa NE dengan Eid. Lepas Eid membawa hati ke Dubai, saya dah rasa scene2 seterusnya akan jadi stereotaip. Mana-mana lelaki/suami yang nak tambat hati wanita/isteri akan membuat perkara yang sama bergantung kemampuan dan method masing-masing.

Ada yang bagi selori bunga dengan pembesar suara ditangan melaungkan cintanya di depan khalayak. Dan pelbagai lagi.

Hari ni(Isnin), boleh sambung tengok cerita ni versi TV. Kawan saya cakap rasanya versi novel lagi feel. Siapa yang pernah baca novel dan tengok cerita ni kat TV mungkin akan tahu kenapa. Tambahan lagi status pelakon yang perlu menjaga batas-batas sebagai orang Islam dan punyai kelurga perlu diletak paling atas. Dalam novel, penulis boleh mereka apa sahaja.

Penat dan bisa-bisa badan masih terasa hari ni. Melangkah ke tempat kerja dengan lemah. 3 hari cuti dimanfaatkan dengan kerja-kerja kebun. Kali ini saya cuma menanam 5 anak pokok pisang, dan 5 batang pokok ubi kayu. Dan memasang banner 2 keping di kiri dan kanan bangsal usang tempat berteduh. Kepenatan tu tidak sehebat sewaktu menanam banyak anak pokok pisang pada fasa sebelumnya.

Selain menjadi chef yang boleh concour dapur kakak no.1(yang baru selesai menjalani pembedahan buang rahim), agak meriah bila dapat menjamu beramai-ramai hasil air tangan saya. Suami menolong pada sela masa tertentu.

Balik je dari berkebun semalam dlm pukul 11am lbh.saya bergegas menjadi pemandu peribadi kakak dan anak ke kenduri yang jauhnya kira2 x sampai 20 mnt kot. Abg ipar kerja. Disebabkan jalan lengang, jadi saya bawa 100km sejam. Sebenarnya mengejar masa kerana janji dengan suami mahu pulang ke KT lebih awal. Selesai kenduri 10 minit sblm pukul 2pm. Kami terus bergegas ke Peringkat 2 rumah kakak no.1 selepas packing semua baju.

Saya tanye suami, dia dah rehat ke?(Selepas mengerah tenaga di kebun) Katanya belum lagi. Saya tidak mahu soal banyak cuma diam dan pelik kenapa dia belum rehat sbb sepatutnya dia dah tidur melepaskan penat sebelum memandu pulang ke destinasi lebih jauh.

Rupa-rupanya kakak n0.1 saya bagitahu suami saya yang masak utk tengahari tu. Terkejut pun ada. Rasa terharu ini tidak dapat dibendung lagi. Dipendam semakin dalam dan akhirnya timbul juga. Terima kasih suamiku. Semoga Allah membalas semua jasa baikmu.

Percutian kali ini kurasakan sangat bermanfaat dan penuh terisi dengan keluarga di samping mengisi masa dengan kakak yang sakit.