Few things in my mind

Apa yang berlaku semalam dan hari ini randomly. Just to update my blog.
  1. Malam tadi try buat tudung sekolah anak sedara, Amna yg darjah 1. Yang ada awning punya. Hampir nak siap, tengok2 rupa tudung tu dah jadi tudung gangster sekolah menengah. Oh, semua ketawa. Amna rilex je dengan muka xde perasaan. Mungkin hampa tudung sekolah dia tak siap. Nanti moksu beli kain lain. ;)
  2. Harini pakai baju kurung. Baju kakak #2. Termasuklah tudung bawal pon dia punya. Dia suruh saya pakai buat kerja. Sebab baju tu dah ketat kat dadanya. Oh, elok2 je baju ni dengan tubuh saya. Punggungnya jenis kecil. Fuh, nasib badan dah slim sikit lah ni boleh muat. Eheks. Pagi2 husband tanye, ni baju mn pulok?(Ade2 je kan bini dia ni kalau bab 'bersiap'.) Wifey: Comey dok? Husband: Comey.. Wifey: He3
  3. Exchange handbag + purse sekali dengan sister #8. Dia tak nak pakai dah beg besar lebik dan saya dah bosan dengan beg kecik. Saya yang cepat bosan dengan harta benda suka sama suka lah tukau barang dengan dia. Tak dapat beli baru pun kira OK la boleh tukau angin. Angin juga dalam mode berjimat pun. ;)
  4. Cuba tips CPM sapu krim kecantikan safi rania untuk kecutkan/hilangkan jerawat. Will see the result. Dah tak tahu apa lagi ikhtiar tak nak bagi jerawat naik. Clueless.
  5. Tiba-tiba lipstik kesayang yang mungkin tak akan dapat lagi keluaran baru Silkygirl Cute 23 lesap. Itu yang terakhir. 
  6. Ops! Ada kedai jahit baru lah near office. Ganti kedai handset. Mahu usha.

No comments: