Petanda Jodoh

SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.

Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan? Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?

Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.

- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.

Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?

Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.

- Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

- Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.

- Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.

- Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.

Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.

- Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.

- Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.

Petua Mengikat Kasih Sayang

Di sini, terdapat beberapa petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sesama pasangan.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.

Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

Belajarlah berterus terang. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

Schedule

31/3/08: Sign. 01/4/08: Started. 01/5/08: Teamwork. 05/5/08: Declaration.

LAgi c.i.n.t.a

Cinta Bukan Untuk Pengecut

Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.

Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time `dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.

Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.

Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”

Anda Takut! Risau!

Apa kena dengan anda ni?

Takde apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.

Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah… takut dan risau pun bertambah juga.

Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!

Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat `girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..

Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon `parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.

Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!

Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.

Anda akan `berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.

Tapi JANGAN buat begitu.

Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.

Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.

Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.

Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.

Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.

Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.

Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.

10 Ciri Lelaki Kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.