I'm back to work ;)

Alhamdulillah,
23 Ramadhan aka 12/8/2012 - saya sudah kembali bekerja. setelah 2 bulan bercuti. Ramai kawan-kawan yang bertanya kenapa tak teruskan saja cuti sehingga raya aidilfitri. Jawapannya banyak. ;)

Memang sedikit pelik, orang bercuti 2 bulan(sektor swasta) kerana berpantang, tapi saya kerana mula mengandung. Cuti ini sangat penting bagi saya sebab kebetulannya saya mengalami alahan. Jika saya bekerja pun, mesti rekod kehadiran saya banyak berlopong dan jenis cuti sangat mengelirukan. Doktor mana yang mahu bagi MC lama2? Walaupun kerana alahan?

Pertama;
Saya dah bosan keseorangan di rumah.

Kedua;
Tahap keseriusan pengeluaran air liur di rumah jauh berbeza bila berada di luar. Sangat menghairankan yer. Sepanjang mengandung hanya sekali merasai kenikmatan pengeluaran air liur berhenti sepanjang berada di rumah. Dan malam itu, saya berkesempatan solat terawih berjemaah di surau berhampiran rumah mentua. Saya ingatkan masalah air liur ni dah berakhir. Hingga ke hari ini, ia belum selesai. Jumaat baru-baru ini saya pergi melawat jenazah ibu sahabat office. Berada bersama tetamu lain yang dtg melawat - tiada pengeluaran air liur langsung! Begitu juga dengan hari ini di mana saya mula bekerja. Ada sikit-sikit tp much much better.

Ketiga;
Saya mahu merasai pengalaman bekerja untuk minggu yang terakhir sebelum raya menjelma.

Note: 14 weeks aka 3 months and half.

Risiko keguguran pada minggu ini sudah terlalu kurang. Apepun, langkah berhati-hati masih perlu diteruskan.

No comments: